Rabu, 21 Ogos 2013

Tips Melancong ke Busan & Seoul

Assalamualaikum and Heyy Guys

Horas... Anneyong Haseo 안녕하세요....

    Terima kasih aku ucapkan kepada pembaca yang sudi share dan bertanya tentang trip ni dalam entry yang lepas. Travel itinerary yang aku buat dulu aku dah rombak balik, raya cuti dua minggu sempat la aku edit sikit-sikit balik travel itinerary aku ke Korea nanti, sambil-sambil menguli tepung buat kuih raya, gigih!


Tak sabar nak pergi melancong ke Busan. Bila planning balik 5 hari serius tak cukup!

Gambar sekadar hiasan semata-mata

Pesanan untuk pembaca sekalian, aku belum pernah gi bercuti di korea, malahan aku tak pernah bercuti di Busan atau bercuti Seoul, yang aku tulis ni hasil dari pembacaan aku di beberapa buah blog dan web site.

Banyak komen yang tanya macam-macam, maaf la kalau aku tak leh nak story mory... Entry ni hanya plan aku, dan kalau yang dah pernah pergi boleh la bagi cadangan kat komen...

Mula-mula sekali aku share dulu travel itinerary yang aku dan edit. Asalnya aku plan terus nak ke Seoul first day on 18 November, akhirnya aku dah ubah. Sehari je aku di Busan.

Memandangkan masa yang agak singkat di Busan, aku bercadang untuk melawat beberapa tempat menarik di Busan, antaranya

1. Gamcheon Cultural Village


Asalnya Gamcheon ni lebih kurang macam rumah setinggan la, tapi ada pihak terbabit majukan tempat ni jadi tempat tarikan pelancong. Diorang upah artis (bukan artis kpop ye) untuk decorate perkampungan ni dengan mural untuk bagi nampak cantik

Selain tu ada sesetengah review mereka-mereka yang pergi cakap, kat sana leh la tengok budaya orang Korea, leh la jenguk ahjumma dengan ahjussi buat apa kann...

2. Gwangan Bridge




Gwangan Bridge jugak bakal menjadi destinasi wajib Trip Bercuti di Busan - Seoul nanti. Gwangan Bridge merupakan jambatan kedua terpanjang di Korea Selatan.

Jambatan ni dibina pada tahun 1994 dan menelan belanja sebanyak 789.9 billion won dan panjang jambatan ini ialah kira-kira separuh daripada Jambatan Pulau Pinang I.

3. Taejong Dae




Taejongdae menjadi pilihan aku kerana aku dapat rasakan tempat ni ada keunikannya yang tersendiri, cewahh... Taejongdae merupakan pantai berbatu yang terdapat di Busan. Kat sini macam-macam ada, dari website yang aku baca kat sini ada rumah api, observatory dan ada macam train yang boleh bawak pusing jalan-jalan. Nak tau, baca sini http://taejongdae.bisco.or.kr/

4. Jagalchi Market


Jagalchi market merupakan pasar ikan terbesar di Korea, ala aku pergi sini bukan nak beli ikan pun, aku teringin nak tengok pasar diorang, mana tau ada orang yang pekik " yaaa kak abang mai mai mai termenung lemak sekilo RM5 RM5..."

5. Haeundae Beach 


Kat sini kebanyakkan yang aku search maklumat, agak berserabut dengan orang ramai, macam kat phuket la kot...


6. Yongdusan Park (Busan Tower)


7. Busan Mosque al-Fatah



Masjid ni merupakan Masjid yang kedua dibina di Korea, so sebagai seorang muslim bagus jugak kita melawat ke sini, boleh berjumpa dengan saudara seagama yang menetap di sana dan berkemungkinan dapat cari makanan halal di Kota Busan

Habis trip di Busan

Sekarang dari Busan beralih ke Seoul

Dulu berangan nak naik keretapi laju kat Jepun, err bullet train kot istilah yang lebih tepat... Tapi aku berkira-kira belum mampu lagi untuk travel ke sana walaupun visa ke Jepun dah dimansuhkan.

So, trip bercuti ke Korea, Busan dan Seoul ni aku tak nak lepaskan peluang naik keretapi laju ataupun KTX (Korean Train Xpress) yang laju maksimumnya mencapai 301 km/j.


Keretapi Laju KTX 

Aku memang cadang nak ambik first class, dan harga tiket dia pun first class la... leh rujuk kat travel itinerary kat atas.

Kebanyakkan tempat aku dah share dalam entry yang mula-mula aku buat.

Salah satunya Bukchon Hanok Village, yang jugak merupakan filming location bagi Drama "Personal Taste"

Sapa tengok angkat tangan...

Lepas tu boleh la posing ala-ala Lee Min Ho kat situ


Ok habis di situ

Masa aku tengah wat travel itinerary aku ada la jumpa satu apps ni yang sangat berguna untuk aku masa trip Busan dan Seoul nanti.

Jihachul "Korea Subway" boleh download secara percuma klik sini 

Dalam apps ni siap segala macam mak nenek punya detail dari station mana, kat mana nak transfer dengan detail masa dan harga tiket. 

Jom aku share sikit dalam Tips Bercuti di Busan dan Seoul 

Ni rupa apps tu, dapat free je, pas tu nak derma pun boleh


Pas tu setting la, nak banda mana. Seoul, Busan dan lain-lain...


Kat bawah ni subway bagi Seoul, hang klik ja kat stesen mana hang nak mula dengan stesen mana hangpa nak pi, 


Nanti dia keluar la "Depart from" Through dan Arrive at


Lepas dah tanda "depart from" dengan "arrive at" dia akan keluar jangkaan masa untuk sampai dengan fare sekali. Untuk info lebih klik kat "Transit info"


Transit info

Aku rasa cukup setakat tu aku berkongsi AKU PUNYA PLAN (aku belum pernah pergi korea lagi tau, banyak orang komen tanya macam aku dah pernah pergi, ni based on pembacaan di blog dan website je) insyaAllah semoga berjumpa lagi yeeee haaaa....

pesanan ikhlas : Duit Won setakat sesaat sewaktu aku menulis blog ni tengah mahal tau. Masa aku beli bulan puasa dulu boleh dapat bawah RM3.00, sekarang nehi!

Sape nak leh download, pastu print pastu gune, pastu masuk lokap... hehehe....


Baca entry terdahulu




Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...