Isnin, 26 November 2012

Tips Bercuti di Kuching, Sarawak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

   Alhamdulillah trip ke Kuching, Sarawak telah pun berakhir, beli tiket dari bulan Februari berbulan-bulan aku dengan kawan-kawan duk sibuk countdown. Sebenarnya banyak blog yang aku jadikan rujukan dan panduan untuk trip kami berlapan. Aku akan kongsikan dalam entry kali ini tempat menarik di Kuching Sarawak. 

   Jadi kat bawah ni aku nak kongsikan trip itinerary yang aku sediakan sebelum ke Kuching, dengan adanya benda ni, mudah untuk kita merancang... Asalnya itinerary ni macam lain, tapi disebabkan beberapa perkara yang berlaku dan tak dapat dielakkan, kami ubah plan, tapi semua tempat dapat pergi. Jom tengok Tips Bercuti di Kuching.



Tips 1 (Tempat Menarik di Sekitar Kuching)

So kalau nak ke Kuching, tempat mana yang sepatutnya nak melawat? Ni pun menjadi tanda tanya kepada kami, Kuching ni bukan kecik tapi besar dan ada sesetengah tempat tarikan utama terletak jauh dari bandaraya Kuching. So tempat-tempat kat bawah ni tempat yang kami dah terokai,

1) Waterfront
2) Tugu Kuching
3) Bako National Park (Bagi yang minat nak terokai alam semulajadi)
4) Semenggoh Wildlife Centre
5) Jong's Crocodile Farm
6) Sarawak Cultural Village
7) Masjid Jamek Negeri Sarawak
8) Masjid Jamek Bandaraya Kuching
9) Kek Lapis ( Ada Banyak Pilihan)
10) Pusat Membeli  belah ( Ada Banyak Pilihan)

TAMAN NEGARA BAKO

Untuk ke Taman Negara Bako, waktu yang sesuai adalah luar dari musim hujan, dan perlu dingatkan faktor air pasang surut tu penting. Waktu aku sampai ke Bako, nasib kami baik sebab air sungai belum surut, kalau tak terpaksa la batal, lepas tu kalau dah air surut waktu hiking alamatnya kena tunggu berjam-jam di Jeti Taman Negara Bako.

Harga Tiket Masuk : RM10.00
Sewa Bot : RM94 untuk 1 Trip pergi dan balik (Maksimum 5 Orang)
Sea Stack (Mercu Utama Bako National Park) : Bayaran Tambahan dikenakan sebanyak RM35.00 

Ni Seastack bahagian belakang, jangan la amik gambar kat belakang.

SEMENGGOH WILDLIFE CENTRE

Bagi peminat hidupan liar, peluang nak tengok Orang Utan ni menjadi sesuatu yang wajib. Semenggoh Wildlife Centre adalah tempatnya. Kunjungan kami semasa bulan November tak kena waktu la bro. Time tu musim buah, sekor Orang Utan pun tak nampak apatah lagi bulunya... Haha... Waktu terbaik untuk melawat antara Mac dan April, peluang nak tengok Orang Utan amat cerah!


Waktu melawat ke Semenggoh Wildlife Centre yang terbaik ialah :
9.00 - 10.00 am & 3.00 - 4.00 pm waktu ni Orang Utan akan diberi makan, makanan diletakkan di atas pelantar dan petugas akan menjerit macam ala-ala tarzan untuk panggil Orang Utan ni keluar dan makan kat atas pelantar tu. Tiket masuk hanya RM5.00 dan boleh digunakan sekali untuk sesi di sebelah petang pada hari yang sama.

SARAWAK CULTURAL VILLAGE
(KAMPUNG BUDAYA SARAWAK) SCV

Satu lagi tempat yang wajib dikunjungi, Sarawak Cultural Village. Mula-mula kami plan untuk melawat tempat ni di sebelah petang, tapi disebabkan hujan, terpaksa batal. Borak-borak dengan orang jual tiket, dia syorkan kami datang esok pukul 9.00 pagi, 2 jam jalan-jalan lepas tu jam 11.30 pagi tengok show kebudayaan.

Persembahan Budaya, wajib tengok best!

Esok kami datang time tu jugak, tapi kami spend almost 6 jam di Sarawak Cultural Village! Tengok orang jugak la kot, bagi aku, aku minat interview orang yang jaga rumah2 tradisional kalau ada demo macam tarian aku cuba, menyumpit pun aku cuba, so tak hairanlah aku dengan geng2 spend masa kat situ berjam-jam... Jangan lupa bawak bekal air minum kalau time panas, berbaloikan kalau ada bekal sendiri.

Salah satu rumah tradisional di SCV 


Sambil tu boleh la belajar serba sedikit budaya kaum di Sarawak, diorang ni permah

Sebelum ni aku ada search tentang Pantai Damai, dan kalau nak masuk kena bayar RM5.00. Masa kami bercuti di Kuching, berhampiran Sarawak Cultural Village, berhadapan dengan gate masuk, kat situ ada kawasan pantai dan ada tugu burung Kenyalang, view lawa, boleh snap2. Berbaloi jugak kan, tambah pulak tak kena bayar apa-apa. Cuma tandas ja berbayar.


Kawasan ni betul-betul terletak di depan Sarawak Cultral Village, tempat ni baru bukak rasanya.

Tiket Masuk : RM60.00 (Dapat Passport)
Tiket Masuk dengan Student Card : RM15.00 (Diorang tak bagi Passport)

JONG'S CROCODILE FARM

Jong's Crocodile Farm pun menarik jugak untuk dilawati. Kalau tengok buaya kat Zoo lebih bosan, disini ada acara bagi makan buaya dan boleh la tengok buaya lompat dan ngap makan tu. Selain daripada buaya, haiwan-haiwan lain pun ada contohnya macam Ikan Naga, tapi tarikan utama orang ke sini tak lain tak bukan nak tengok buaya lompat. Aku spend masa kat sini lebih kurang 2 jam.



Tiket Masuk : RM16 (Bukan Warga Sarawak)

Selain tu kalau nak menyaksikan pemandangan yang indah di Sungai Sarawak boleh la naik river cruise, tapi kami tak naik pun atas sebab bajet yang tak berapa nak banyak. So pilihan kami di Masjid Bandaraya Kuching yang terletak di atas bukit. Waktu tu pergi ke sana untuk solat Maghrib dan sambil tu kami menyaksikan keindahan alam di Sungai Sarawak, subhanallah!

Waktu nih terasa sangat syahdu, tidak Engkau jadikan alam ni dengan sia-sia, insaf seketika.

Tips 2 (Membeli Belah/Makan-makan)

Membeli belah kat Kuching tak dak masalah, banyak tempat yang boleh kita pergi, jalan kaki pun boleh. Kalau bab makanan, aku suggest untuk ke seberang Sungai Sarawak, kat situ ada food court, banyak pilihan dan harga pun berpatutan. Menu yang aku suggest untuk cuba since dah datang Sarawak nih adalah :

1) Mee Kolok
Ada yang rekemen Mee Kolok Haji Salleh.

Mee Kolok Haji Salleh
2) Nasi Goreng Dabai

3) Ayam Pansuh


4) Laksa Sarawak



Ni yang aku suggest je... Sebenarnya banyak lagi makanan tempatan yang nak kena cuba. Kalau nak beli kek Lapis pun di seberang sungai sana, macam tu la jugak dengan ikan terubuk masin. Bagi survenir, di seberang sungai sana lebih murah dan banyak pilihan. Sebelum nak beli tu elok2 la survey dulu.

Kenderaan untuk ke tempat-tempat menarik tu tak susah, ada public transport dan ada transport yang hotel sediakan. Bagi kami yang travel 8 orang, kami lebih selesa untuk sewa kereta. Drive di Kuching tak dak la tension sangat, jalan luas dan tak jem, tapi roundbout banyak....

Mungkin itu saja tips yang nak dikongsikan, mudah-mudahan dapat membantu plan korang untuk ke Kuching. Apa-apa pun aku suka dengan Kuching, best dan banyak lagi tempat untuk diterokai. Selamat Bercuti!

Kat bawah ni aku share sikit dengan pembaca bajet yang aku keluarkan sepanjang 5 hari aku di Kuching Sarawak. Jadi kalau ada yang plan nak bercuti di Kuching, leh la siap-siapkan bajet. Bajet di bawah tu aku travel dalam group 8 orang, kos penginapan dengan kos sewa kereta tu kira average la...

TIKET FLIGHT
1. Penang - Kuala Lumpur = RM92.00
2. Kuala Lumpur - Kuching - Kuala Lumpur = RM64.25
3. Kuala Lumpur - Penang = RM24.70


PENGANGKUTAN DI KUCHING

1. Airport - Hotel - Airport = RM12
2. Sewa Kereta & Minyak = RM60 (Untuk 3 hari dan Share 8 orang)

PENGINAPAN
1. Kos Seorang = RM79.00 (Untuk 4 malam di Hotel 360Xpress)

TIKET MASUK TEMPAT
1. Bako National Park = RM10.00
2. Sewa Bot Bako = RM32.25
3. Semenggoh Wildlife Centre = RM5.00 
4. Jong’s Crocodile Farm = RM16.00 
5. Sarawak Cultural Village = RM20.00
    
KOS PERBELANJAAN PERIBADI (MAKAN DAN CENDERAMATA) = RM360.00
 
JUMLAH KESELURUHAN = RM775.20

    Harap-harap Tips Bercuti di Kuching ni dapat membantu korang buat planning. Selamat bercuti ke Kuching Sarawak


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Ahad, 25 November 2012

Bercuti di Kuching, Sarawak Cultural Village (Part 6)

Pagi ni aku bangun dengan penuh bersemangat waja. Memandangkan misi semalam untuk menawan Sarawak Cultural Village gagal, hari ini aku takkan biarkan ianya berulang!

Sarapan pagi ni di Warung Nusantara! Aku dengan misi aku,"Mencari Mee Kolok yang Paling sedap!"

Menu dah sampai di atas meja, aku tak pikir banyak.. yang aku oder untuk sarapan pagi "Mee Kolok Special dengan Kopi O Ais' 

Ni kali ke dua kami datang ke Warung Nusantara, penangan Nasi Ayam Penyet tak dapat dilupakan. Akhirnya sampai la mee kolok tu, jom rasa tengok sedap atau tak...

Rasa Mee Kolok ni kurang mengancam sebab sup ni tak rasa apa2... 

Makan pun sudah, sekarang tiba masanya untuk kita meneroka Sarawak Cultural Village. Lokasi Sarawak Cultural Village terletak lebih kurang 30km dari Bandaraya Kuching dan ia betul-betul di kaki Gunung Santubong.

Sarawak Cultural Village menempatkan 7 buah rumah kaum-kaum yang terdapat di negeri Sarawak, antaranya Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Penan, Melanau dan Orang Ulu. Selain daripada melawat rumah-rumah tradisional yang ada di sini, anda berpeluang menyaksikan pertunjukkan kebudayaan, kami datang sebelah pagi dan persembahan bermula jam 11.30 pagi.

Rumah Kaum Cina, kat dalam rumah ni ada mak cik yang terangkan cara buat lada.

Mak cik ni demo buat kuih kapit.


Persembahan kebudayaan, mula jam 11.30 pagi

Ngajat Lesung

Dah habis persembahan penonton diberi peluang naik ke pentas menari bersama. 




Selepas persembahan kebudayaan kami meneruskan perjalanan melawat rumah-rumah yang belum di lawati antaranya Rumah Bidayuh. Masa kami masuk ke rumah Bidayuh memang kosong, orang yang jaga pun hilang entah ke mana, mungkin masa lunch dia la kot.

Sambil aku dengan kawan-kawan lain membelek2 rumah tu, aku ternampak costum yang disangkut dekat tempat duduk kat dalam rumah tu, apa lagi, aku panggil semua geng untuk pakai sambil bergambar, macam-macam posing ada. Hehehe...

Tok Moh kita

Lepas tu kami ke rumah yang lain pulak, nampak banyak pakaian Tradisional, so aku pun pergi la tengok dan sepatutnya dekat situ ada mak cik-makcik yang sedang berdemo buat pakaian, tapi diorang tak ada kat situ...

tapi ada sesuatu yang aku nampak dekat tempat sangkut baju tu...

"ONCE U TRY, CONSIDER RENTAL RM10.00 PER HEAD"


Tapi tadi..... Kami tak payah bayar pun..... Kena sumpit baru tau....haha....


Kawan aku sorang ni cakap dia teringin nak menyumpit, RM1.00 sekali sumpit. Wahh... macam best teringin jugak nak cuba tapi tak tau di mana tempat nyumpit.

Dari Function House kami turun tangga dan di situ ternampak signboard "PENAN HUT" Rumah orang Penan ni hanya sekadar pondok dan kat situ la ada tempat nak cuba menyumpit.

 RM1 untuk 3 kali sumpit BUKAN RM1 untuk 1 kali sumpit. Nak cuba, nak cuba... Aku excited...

Brother yang jaga Pondok Penan ni la yang aku nampak dia menari Ngajat Lesung masa persembahan tadi. Dia ni bukan orang Penan, tapi dia orang Iban, dah 2 tahun kerja di sini.

Tiba turn aku untuk menyumpit...

Dengan confidentnya aku cuba menyumpit...

Argghhhh tersasar...

"Mata empat pun boleh tak kena ka?"

Ketiga-tiga sumpit tak kena sasaran. Aku tak puas hati! Kali kedua aku cuba untuk sumpit, tapi pegang dengan tangan, bukan sangkut kat tiang macam gambar kat bawah.

"Abang kalau nak sumpit, pegang macam ini, pastu aim, tangan jangan ketar, yakin terus sumpit..."

"Fuhhh......." aku menyumpit... Tersasar lagi..

"Cuba lagi.... abang tak fokus tu" mamat tu cakap...

"Ok, aku cuba lagi.... Fuhhhh....."

Yea kali ni aku berjaya sumpit dan seterusnya..... Aku baru puas... kalau tak... bayar lagi RM3.00, sampai malam la aku menyumpit.

Cara pegang tu lain dengan sumpit yang tak pakai penahan.

Brother ni memang sempoi, masa buat persembahan dengan gaya selamba buat lawak. Ramah jugak dia ni, paling penting dia ni sempoi...

 Dah habis semua orang menyumpit, kami bergambar dengan bro ni....

"Bang nak amik gambar sekali, boleh??" kawan aku bersuara

" Ok, x dak masalah...." Sambil dia bukak baju yang tinggal hanyalah cawat...

" Kalau pakai baju ni nampak sangat Penan moden..." Adeyyyy....


Demo membuat Sape di Rumah Panjang Melanau

Rumah Orang Ulu

Dari sudut tingkap rumah Orang Melanau

Dar jam 9.00 pagi sampai membawak ke petang, rupa-rupanya hampir 6 jam kami di Kampung Budaya, setiap rumah kami interview orang yang jaga, tanya macam-macam soalan, dan diorang pun seronok cerita. Lepas tu kami cuba tarian alu-alu di Rumah Melanau, 2 jam??? Tak cukup!!


Berhamiran kawasan Sarawak Cultural Village ni ada satu kawasan pantai, dengan bangunan yang masih baru tersergam indah dan ada tugu Burung Kenyalang di situ, boleh la bergambar di sana, dan pemandangan cukup indah!


Alhamdulillah misi menawan Sarawak Cultural Village berjaya, nasib baik hari ni cuaca cantik, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuching dan sempat singgah di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Kemudian drive sampai ke Matang Jaya untuk makan di sana, ada banyak pilihan kedai makan yang menyajikan makanan istimewa. Masa kami pergi tu ada macam pasar malam, tapi tak banyak makanan yang dijual. Durian banyak la...

Makan petang aku, Mee Racun

Untuk solat Maghrib kami ke Masjid Jamek Bandaraya Kuching yang terletak di atas bukit, dan terletak di tebing Sungai Sarawak. Kami tiba awal dan sempat merakamkan suasana ketika Matahari terbenam, subhanallah, sungguh indah alam ciptaanMu.


Misi Sarawak Cultural Village dan mission is completed. Sekarang dengan misi seterusnya mencari "Mee Kolok" orang kat hotel tu suruh cuba Mee Kolok Pak Lah, nak ke sana kena la menyeberang sungai, tapi kami drive ke sana, sebab nak habiskan minyak.... hehehe....

Dah sampai di Food Court, kami mencari kedai Mee Kolok Pak Lah, akhirnya ku jumpa jua, mee kolok yang dioder, Mee Kolok Special RM5.00 sepinggan.


Mee Kolok Pak Lah, antara yang sedap. Sebenarnya ada satu lagi Mee Kolok yang femes, Mee Kolok Haji Salleh, tapi tu dah x sempat nak cuba, perut aku pun dah penuh dengan mee...

Malam tu kami bukan makan mee kolok saja, Nasi Goreng Dabai dan Laksa Sarawak turut menjadi pilihan, maklumlah esok hari terakhir berada di Kuching. 

Kalau nak makan-makan lebih baik datang ke Food Court kat seberang sungai, banyak pilihan dan harga lebih murah termasuklah cenderamata.

Lepas makan, kami ada la shopping sikit-sikit. Beli fridge magnet, keychain dan Gambir. Gambir ni dari hari mula-mula orang yang jual tu asyik promote, katanya baik untuk sakit gigi, aku beli jugak sebotol untuk resedung.

Malam ni nak kena balik hotel awal, nak packing lagi. Hari ni hari yang sangat meletihkan, pengalaman di Sarawak Cultural Village memang best dan membuatkan aku rasa nak travel seluruh negeri Sarawak.

Esok aku bakal mengucapkan selamat tinggal....

Zzzzzz......



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Bercuti di Kuching, Kek Lapis & Terubuk Masin (Part 5)


*Setibanya kami di Hotel 360Xpress, Bandaraya Kuching*

Kami tiba di Kuching jam 2.15 petang, on the way ke sini, kami dah singgah makan dulu, jam 3.00 petang baru nak bertolak ke Sarawak Cultural Village.

"Haissshhhh macam tak sempat ja nak ke sana...." Aku berbisik dalam hati.

Cuaca masih lagi ok, walaupun dua tiga hari sebelum ke Kuching aku dah tengok ramalan kaji cuaca...         ~HUJAN LEBAT DI SESETANGAH KAWASAN~

>Sampai Hotel
>Solat
>Bersiap-siap
>Drive ke Sarawak Cultural Village
>Isi minyak
>Pergi tandas
>Sambung perjalanan ke Sarawak Cultural Village

Jalan di Kuching ni nak cakap susah, tak jugak.... Sign board tu kurang sikit, nama jalan pulak tak nampak, tapi bagi kami tak dak masalah sebab dibantu oleh papago.

Hampir 15 minit memandu, sampai la kami di Jambatan Santubong, pemandangan cukup indah, sungai yang berlatar belakangkan Gunung Santubong yang penuh lagenda, kiri dan kanan penuh kehijauan, mengasyikkan. Cuaca masih lagi panas.

Dari hari yang terang bederang, tiba-tiba bertukar menjadi kelam, tidakkkkk hari mau hujan... Nak tak nak kami terus memandu ke Sarawak Cultural Village, sampai saja di sana, hujan turun bak salji yang cair. Punah, hangit!

Kawan aku stop kereta di depan pintu masuk Sarawak Cultural Village, dalam hujan ku berlari-lari ke sana...

"Selamat Petang....." 

"Selamat Petang encik...." Sambil orang kat pintu masuk tu tengah tutup entrance gate.

"Esok bukak pukul berapa encik?" Aku tanya lagi walaupun aku dah tahu... 

"Esok encik datang jam 9.00 am, jadi sempat encik jalan-jalan sebelum persembahan budaya jam 11.30pagi"

" Student ada potongan harga?" Aku tanya sekali lagi untuk confirm, sebab tiket masuk tanpa student card RM60,  kami ni nak bajet....

"Ya, untuk student hanya bayar RM15 sahaja, jangan lupa bawa kad sekali"

"Ok terima kasih...."

"Sama - sama"

Memandangkan hujan tak menampakkan tanda-tanda untuk berhenti, kami terpaksa balik ke Kuching sambil memikirkan apa yang nak buat malam ni...

On the way balik ke Kuching kami pun sepakat yang malam ni kami akan ke Kek Lapis Dayang Salhah di seberang Sungai Sarawak. Untuk Dinner malam ni, kami nak Cuba People's Food yang terletak bersebelahan dengan 7E.

*Malam Hari ke-3 di Kuching*

Sampai di  People's Food, tengok orang pun ramai... Kami masuk dan cari tempat yang sesuai, perut pun dah lapar, jom oder makanan!

Antara Menu yang di cuba.....

Tak ingat nama, nampak sikit tapi banyak...

Spagetti Bolognese With Chicken Ball (Mesti Cuba) Kongsi 4 orang tau...

Kiri - Kopi Cincau (Mesti Cuba) Kanan - Three Layer Tea

Selepas mengisi perut, kami terus drive pergi ke Kek Lapis Dayang Salhah yang terletak di seberang Sungai Sarawak, kalau naik bot penambang lebih mudah berbanding naik kereta untuk ke sana, tapi disebabkan kami dah sewa kereta, minyak pulak banyak lagi, tu yang sanggup drive ke sana, lagi pun bukan aku yang nak kena drive... :)

Senang saja nak cari Kek Lapis Dayang Salhah, dan di situ bukan mak cik dayang ni ja yang jual, Mira Kek House pun ada, tapi kami tak ke sana. Kedai Kek Lapis Dayang Salhah ni terletak di belakang masjid, waktu tu masjid masih dalam pembinaan.

Kek lapis untuk pengunjung rasa, boleh rasa sampai kenyang.... Hahaha....

*Dalam kedai Kek Lapis Dayang Salhah*

*Rambang Mata*

Aku tak dak idea yang mana satu nak beli, last2 tanya orang kerja kat situ yang mana yang selalu orang beli. Kek Lapis India, Kek Lapis Surabaya tu antara pilihan pengunjung yang ke sini. Selain kek lapis ada jugak dijuai frozen karipap, yang karipap tu dia tak goreng pulak untuk test.... hehehe....


Promote2 ni aku tak dapat apa2 komisyen tau...

Kek Lapis Dayang Salhah ni ada buat delivery kat hotel, peti ais kecik, sorang beli dah 5 ke 6 bijik mana nak muat, tu yang amik delivery. Memandangkan kami menginap di 360Xpress delivery ke sana percuma. Kami pulak siap dapat free sorang satu kek lapis.

Kek Lapis mana menjadi pilihan????

Azura... Kaulah sinar hidupku Yang mengalirkan cinta Di dalam jiwaku 

Azura... Kaulah sinar hidupku Moga takdir menyatukan Cinta kau dan aku Azura...


Yang ku pilih KEK LAPIS AZURA, ntah kenapa kau menjadi pilihan.... Please jangan buat gosip di sini...

>Tengok Kek Lapis
>Rasa Kek Lapis
>Pilih kek lapis
>Bayar kek lapis
>Misi mencari ikan Terubuk masin pulak...

Lepas Kek Lapis, terus ke kedai sebelah beli ikan Terubuk masin, ada banyak saiz, kalau yang kecik tu dapat la 3 ekor RM10.

Ikan terubuk ni kebanyakkannya diimport dari luar negara, terubuk tempatan lebih mahal harganya dan isi ikan tu nampak putih berbanding yang import, warna ikan import tu agak kekuningan.



Perlu diingatkan ye, ikan terubuk ni "Ikan Terubuk Masin", bukan Ikan Terubuk Kering, jadi nak beli kena simpan dalam peti ais. Ikan terubuk ni diorang akan packing siap siap supaya tak berbau. Ingat simpan dalam peti ais, takut berulat nanti.

Kek lapis sudah, ikan terubuk pun sudah, walaupun jam baru pukul 10.30 malam aku rasa macam dah pukul 1.00 pagi, kat Kuching ni time-time macam tu dah lengang.

Kereta meluncur deras meredah hujan, kami pun ke hotel dan terus Zzzzzzz..... Misi esok adalah untuk menawan Sarawak Cultural Village!



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...