Ahad, 25 Januari 2015

5 Fakta Menarik Tentang Nottingham

5 Fakta Menarik Tentang Nottingham Nottingham terletak di kawasan East Midland " Timur Tanah Tanah".Aku amat menyukai Nottingham kerana bandar ini tidak sibuk seperti London dan lain-lain bandar besar di United Kingdom. Nottingham mempunyai jumlah penduduk seramai 292 400 orang, dan 7.7% adalah terdiri daripada orang asia. 

Nottingham merupakan salah sebuah bandar yang terletak di negara England. Nottingham terkenal dangan lagenda Robin Hood. Juga pernah terkenal dengan industri pembuatan basikal dan lace pada zaman Revolusi Industri suatu ketika dahulu. Nottingham dikenali dengan "Tigguo Cobaoc" yang bermaksud tempat yang mempunyai banyak gua.




1. ASAL USUL NOTTINGHAM

Sejarah bandar ini bermula pada abad ke-6 dan Nottingham merupakan sebuah jajahan Saxon iaitu orang yang berbangsa Jerman yang menduduki Britain pada kurun kel-5. Bangsa Saxon yang menduduki Britain pada ketika itu turut membawa pengaruh bahasa. Terdapat beberapa tempat di England seperti Birming-ham, Dur-ham,Notting-ham,serta bandar-bandar lain yang mempunyai nama "ham" atau "ton" dipercayai berasal dari German (Keluarga Bahasa Cetlic). Pada ketika itu Nottingham dikenali dengan nama "Snotta-inga-ham".

Snotta - ialah nama seorang lelaki
inga - bermaksud "kepunyaan"
ham - bermaksud "rumah di kawasan ladang"

Kesimpulannya, Nottingham bermaksud "Rumah di kawasan ladang kepunyaan Snotta"Snottingham menjadi Nottingham ketika kedatangan Perancis ke England, dan orang-orang Perancis tidak boleh menyebut "sn".

2. ROBIN HOOD

Sedikit sejarah mengenai Robin Hood : Seorang yang dianggap sebagai pahlawan. Dikenali dengan jolokkan " Robbing from the rich and giving to the poor". Dikatakan mempunyai kemahiran dalam memanah serta bermain pedang. Robin Hood lahir di Sherwood Forest, Nottingham.

 Major Oak di Sherwood Forest. Menurut cerita dongeng ia merupakan tempat Robin Hood dan pengikutnya tidur. Sumber Foto : Major Oak, Wikipedia

Tugu Robin Hood berhampiran dengan Istana Nottingham

3. MAKANAN HALAL 

Soal mencari makanan halal di sini tidak menjadi masalah terdapat banyak kedai,pasaraya seperti ASDA, dan Madinah membekalkan makanan halal. Selain itu di Portland Buliding, University of Nottingham turut menjual makanan halal seperti Kebab Ayam dan Wrap. Barangan memasak seperti serai, cili api, lengkuas dan kicap juga boleh didapati dengan mudah di sini. Nottingham  diibaratkan syurga makanan orang untuk warga Malaysia.

                           
Antara restoran makanan halal di Nottingham. Pesanan boleh dibuat melalui laman web Fill My Belly dan akan dihantar terus ke rumah.

4. ENGLISH DI NOTTINGHAM

Seperti Wales dan Scotland yang mempunyai bahasa sendiri, tetapi di Nottingham, tempat yang terkenal dengan gua bawah tanah ini mempunyai loghat tersendiri dan dikenali sebagai (East Midlands English). Contonhya "Ey-up-mi-duck" yang membawa maksud  "Ey-up" = Hello dan "Mi-Duck" bukanlah membawa maksud mee itik, tetapi "Mi-Duck" merupakan kata alamat sebagai tanda hormat kepada orang yang kita mengucapkan "hello" tadi. Dialek tersebut adalah dari pengaruh Saxon. Sebuah buku yang bertajuk Ey Up Mi Duck The Dialect of Derbyshire (nama sebuah bandar) and East Midlands pernah ditulis oleh dua orang penulis iaitu Richard Scollins dan John Titford berkisar mengenai dialek yang aku ceritakan. Contoh-contoh dialek yang digunakan ialah:

1.Shuttya ghoub = shut-up
2.Thiz summat up wee im = I think he may be ill
3.Chisits? = how much is this?
4. Yer norrain no toffees = You aren't having any sweets

5. NOTTINGHAM CITY OF CAVES

Selain itu ada sumber yang meceritakan bahawa Snotta bukanlah nama individu tetapi sebuah kampung yang diberi nama Snotta atau Snot (Bahasa Inggeris Klasik) yang membawa maksud tempat yang mempunyai banyak terowong gua. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Nottingham juga mendapat gelaran sebagai City of Caves kerana di sini terdapat banyak gua bawah tanah. Gua ini suatu ketika dahulu pernah digunakan sebagai rumah sejak abad ke-11 lagi. Sehinggalah Pada tahun 1854 satu undang-undang dikeluarkan melarang penduduk Nottingham tinggal di dalam gua.



Kini gua di bawah tanah menjadi tarikan utama pelancong yang datang bercuti ke Nottingham. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web City of Caves.

6. BONUS - PANORAMA DI NOTTINGHAM

Bandar ini menjanjikan panorama yang menarik untuk anda terokai di sini. 

 Rumah Harry Potter, hehe...

Signboard  lama Highfield Road di Dunkirk, Nottingham

Trent Building di University of Nottingham dibuka pada tahun 1928 pernah menerima kunjungan tokoh terkenal seperti Mahatma Gandhi dan Elbert Einstein  

Panorama di University Park

Masjid di Portland Building University of Nottingham 


Pemandangan semasa musim bunga 

Wollaton Park

Nottingham City Hall ketika waktu malam 

Nottingham City Hall

Aku pernah ke Nottingham pada tahun 2009. Pertama kali aku menjejakkan kaki di sini, aku dah jatuh cinta pada Nottingham. Aku suka dengan suasana di sini, sesuai sangat dengan taste aku. Kalau ada rezeki nak jugak ke sini sekali lagi. Banyak lagi tempat menarik yang ada di Nottingham untuk diterokai. Bagaimana dengan korang? Teringin tak nak bercuti ke sini?

Sumber Rujukan : 


13 ulasan:

  1. Lawa gak tempat ni ek. tapi tak pernah lagi nak merasa melwat Eropah...

    Mintak tolong VOTED saya kat sini boleh? Klik voted sahaja. Terima kasih :)

    http://bit.ly/ambankamir

    BalasPadam
  2. Dah masuk dalam list. TQ for sharing bro!

    BalasPadam
  3. cantiknya gambar-gambar!!
    selama ni akak ingt diorang cakap english UK je hehehe

    BalasPadam
  4. hamboi dialek dia langsung tak paham! duduk dalam gua? so cool! kenapa dah tak boleh eh?

    nway very nice place. maybe one fine day =))

    BalasPadam
  5. boleh saya tahu, berapa kos pelancongan ke Nottingham?
    tq =)

    BalasPadam
  6. cantik-cantik foto di atas dan perkongsian yang baik untuk menambah pengetahuan, tiba-tiba teringat filem Notting Hill lakonan Julia Roberts dan Hugh Grant :)

    BalasPadam
  7. paling impian nak p london lepas umrah. tahnks for the info!

    BalasPadam
  8. as'salam..
    gud info..thanks share ye
    (done folw sini ^_^ )

    BalasPadam
  9. Foto-fotonya membuatkan saya tak sabar-sabar nak pergi sana. Tetapi setakat ini dalam mimpi je lah yang pernah saya sampai :)

    BalasPadam
  10. tempatnya cantik... oh baru sy tau kat sini tempat lahir robin hood... thanks sbb sudi info nie.. mana tau 1 hari nnt dpt pegi sana...hehehe :) sebnarnya dari ekcik2 lagi dah bercita-cita nk pegi Europe, tapi tak tahu bila boleh pegi... :(

    BalasPadam
  11. Menarik.
    Saya suka baca nie sebab utama berkaitan dengan sejarah dan kemudian sebab ia cantik.
    Kat Notttingham pun memang sunyi je kan.
    Tak terlalu sesak.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...