Ahad, 28 September 2014

Trip Bercuti Jepun - Hari Pertama di Jepun


Nak ke Jepun sekarang dah tak perlu memohon visa. Orang cakap, penantian satu penyeksaan, ada peluang aku tak tunggu lagi. Waktu ada promo airasia aku pun grab tiket dari KL ke Osaka dan dari Nagoya ke KL. Elok je lepas kami beli tiket, ada berita yang menyedihkan, pesawat penerbangan MH17 pulak ditembak jatuh di Ukraine. Allah, kesedihan kehilangan MH370 pun belum reda ada satu lagi musibah yang menimpa. Dulu aku tak risau sangat nak naik kapal terbang, sekarang ni secara jujur aku takut-takut la jugak. Namun, ajal maut semua di tangan Allah, jangan lupa berdoa mohon keselamatan dari-Nya.

Bermalam di KLIA2

Flight aku 13 September 2014, tapi 12 September aku dah ke KLIA2, naik flight malam dari Penang. Malam tu kami berkhemah di airport, aku tengok punya la ramai umat manusia yang tidur kat sana, merata-rata orang berkampung. Port aku, depan RestoranNanyang, malu? Ada aku kisah? Lantak la apa orang nak cakap, lagi pun orang tak heran,  memang ramai dah macam kem pelarian. Aku cuba lelapkan mata, tapi gagal. Mungkin sebab orang duk lalu lalang, mungkin juga kepala otak aku ni duk fikir macam-macam. Sampai ke Subuh aku tak tidur.

Kali ni aku tak sendirian berhad, trip kali ni dengan geng, 5 orang semuanya. Pagi tu aku tunggu kawan aku dari Kelantan dia nak ke Bandung, kami jumpa di airport. Sebelum cuti, kami dah pesan suruh bawak nasik kerabu untuk kami breakfast.  Pagi tu aku letih sangat, aku ambik port tidur kat surau. Dapat lelap sekejap pun jadi la. Lepas tu baru aku bangun mam nasik kerabu. Makan, sembang-sembang lepas tu solat, sekejap je rasa masa berlalu, tengok-tengok dah sampai masa nak berlepas ke Osaka. Perasaan aku tak berapa nak tenteram sangat, fikir pasal nasib 36 kotak Brahim's, 1kg Serunding dengan beras yang aku bawak ke Jepun, lepas ke tak?

Perjalanan Bermula



Subhanallah, sempat tengok sunset masa dalam perjalanan ke Kansai. Waktu ni yang duduk kat sebelah tingkap pakat ambik gambar. Kat bawah awan ni sebenarnya kawasan laut, boleh nampak kapal.

Alhamdulillah, lepas 6 jam perjalanan kami selamat mendarat di Jepun, tiba-tiba aku rasa exited bercampur dengan rasa risau. Lepas je ke kaunter imigresen, kami ke pemeriksaan kastam. Masa tu aku rasa agak cuak la jugak, takut barang makanan yang aku bawak ni tak lepas. Di kaunter sebelah pulak, aku nampak beg sorang mat salleh habis kena selongkar. Masa turn aku, memang berdebar-debar, pegawai kastam tu mintak passport aku, dia tengok-tengok je beg aku lepas tu suruh jalan. Fuh~ lega,  sekarang ni pulak misi mencari surau dengan port nak tidur.

Flight kami yang terakhir pada hari ni, lepas tu semua kaunter imigresen tutup. Masa tu tak ramai sangat orang kat airport. Kat kawasan information office, ada orang berkampung tidur kat sana. Aku ada je nampak kelibat polis duk meronda kat kawasan airport, tapi kami terselamat dari kena soal siasat macam blog lain ada cerita. Di kansai Airport ni ada kemudahan Surau. Tergamam aku tengok surau kat Kansai Airport, cantik, siap tempat wudhuk lagi. Di airport ni jugak ada restoran yang jual makanan halal, boleh la cuba. Senang cerita, airport Kansai ni mesra pengguna muslim.

Dari Kansai Airport - Osaka

Lepas solat subuh, kami cepat-cepat ke Stesen keretapi. Kami amik train awal, sebab tak nak bersesak dengan orang, nak cari hotel lagi. Kalau sampai awal boleh la relaks dulu. Dari Kansai Airport kami naik train untuk ke Shinimamiya. Ada banyak jenis train, tapi aku ambik Nankai Line sebab harga murah kalau nak dibandingkan dengan train yang lain. Kos untuk tiket train dari Kansai Airport ke Shinimamiya Station hanya ¥920. Kira-kira 40 minit kami tiba di Shinimamiya.



Nankai Line 

Hotel Toyo

Kami turun di Shinimamiya sebab hotel yang kami akan menginap berhampiran dengan stesen Shinimamiya (Nankai Line) dan Stesen Subway Dobutsuenmae. Masa kami sampai kat stesen Shinimamiya, aku confuse dengan direction yang aku amik dari web hotel. Untuk ke Hotel Toyo ni tak susah, dari Stesen Shinimamiya (Nankai Line) turun ke Stesen Shinimamiya (JR Kansai Line), keluar je dari pintu stesen terus ke kiri. Masa kami silap jalan, aku ada perasan yang sorang pak cik ni duk lambai-lambai suruh kami berpatah balik, cuma kami tak berapa nak yakin dengan pak cik tu, dia lambai kat kami ke kat korang lain?

Lokasi Hotel Toyo. Sekitar Hotel Toyo ada banyak hotel-hotel lain. Lokasi Hotel ni strategik, paling best dekat dengan Lawson dan Subway Station.

Lepas beberapa minit berjalan siap dengan menggalas beg 20kg, kami pun sampai di Hotel Toyo. Sekitar kawasan Hotel Toyo ni ada banyak hotel-hotel lain macam Hotel Raizan yang terletak bersebelahan dengan Hotel Toyo. Masuk-masuk je hotel, ada sorang pak cik ni dengan muka serius "you have booking???" Terkejut aku dibuatnye, biasanya orang sambut dengan "Iraishaimase" ok la jugak kan, ni tiba-tiba masuk-masuk dah tanya pasal booking. Harga untuk satu malam hanya ¥ 1,600 bilik private muat untuk sorang, tanpa aircond (tapi ada kipas), siap dengan TV. Bagi aku hotel ni selesa, ada dapur, bilik lepak dan yang paling penting bilik mandi ok, tandas je korang kena pandai-pandai survive. Boleh faham kann? Hehe.


Depan Hotel Toyo, penuh dengan basikal. Korang boleh sewa basikal ni untuk jalan-jalan di Osaka.


Kaunter Hotel, nampak tak pak cik tu?

Kawasan ruang tamu

Komputer pun ada

Televisyen, boleh layan anime!

Jom tengok ruang dapur pulak.

Tempat memasak, periuk nasik, microwave pun ada, senang korang nak panaskan makanan

Meja makan, muat 3-4 orang je. Kopi free Hotel sediakan mula dari jam 7.00 pagi. 

Bilik Single room. Muat untuk sorang, selesa untuk solat.  

Lantai bilik beralaskan tatami. Bilik ni tak de aircond, tapi diorang sediakan kipas, futon dan televisyen. 

Jalan-jalan di Osaka

Untuk rancang perjalanan korang di Osaka, tak susah. Korang boleh download dari internet, lepas tu plan sendiri nak jalan-jalan kat mana. Di Osaka ada beberapa jenis pass yang korang boleh gunakan untuk jalan-jalan. (1) Osaka Amazing Pass dengan harga JPY 2,300 untuk satu hari dan JPY 3,000 untuk dua hari. (2) One Day Unlimited Pass (Untuk Subway) dengan harga JPY 800 (JPY 600 pada hari minggu sahaja). Kedua-dua pass ada kelebihan, kekurangannya, tapi bergantung pada bajet korang. Untuk jalan-jalan di Osaka kami beli One Day Unlimited Pass dengan harga JPY600 (sebab beli pada hari Ahad). Dengan One Day Unlimited Pass kami ke tempat-tempat menarik di Osaka dengan menggunakan subway saja.

Mesin tiket, kat mesin ni korang boleh dapatkan unlimited pass dengan harga JPY800 


Train subway, yang agak klasik. Suasana sama je kat mana-mana tempat pun,masing-masing dengan handset.

Dalam perjalanan nak ke Osaka Castle, ternampak parking bertingkat.  

Sebenarnya kami dah silap jalan, keluar dari stesen subway tu, kami dah berjalan jauh dari Osaka Castle. Tengok jalan, belek peta, sah memang silap. Lepas tu dah tak tahu nak ke Osaka Castle. Tiba-tiba ada sorang mak cik dengan sorang nenek menghampiri kami. Nenek tu mak kepada mak cik yang tegur kami. Mak Cik tu pandai cakap BI, dia offer untuk tolong kami tunjukkan jalan. Dia nak ke pasar beli barang, sanggup berpatah balik dekat-dekat 500 meter sebab nak tunjuk jalan kat kami. Terharunya.

 Gambar mak cik yang tolong kami, jauh pulak dia nak berpatah balik ke pasar. 

Dari jauh dah boleh nampak Osaka Castle

Kat depan gate Osaka Castle ada jual macam-macam makanan. Kat atas ni sotong grill, bau dia sedap kot, tapi tengok je la. Nak beli tak berapa nak yakin walaupun tahu benda tu sotong. 

Kreatif, ingatkan guna untuk lap basah, lap peluh. Orang Jepun ni guna tuala je untuk buat display ABC la pulak.





Hari pertama aku di Osaka tak berapa nak best. Dari awal pagi aku sakit kepala, nak makan pun tak lalu. Jadi, tak banyak tempat yang aku jalan-jalan kat Osaka ni. Lepas ke Osaka Castle, kami balik ke Hostel, petang tu aku ingat nak keluar lepas solat, lain pulak jadi. Sakit kepala makin menjadi-jadi, kalau boleh tak nak makan panadol, aku pun tidur untuk hilangkan sakit kepala-sampai ke lewat petang. Geng perempuan, gi jalan-jalan sendiri. Sebelah malam pulak, kami jalan-jalan kat Namba. Aku dah tak boleh nak fokus sangat, kali kedua diserang sakit kepala. Balik hotel, makan lepas tu terus tidur.

Akak ni tolong tunjuk jalan kat kami. Orang Jepun ni baik, kalau kita mintak tolong atau nampak kita macam perlukan bantuan, diorang akan sedaya upaya tolong. 

Kat Osaka ni tak banyak benda yang aku boleh kongsi dengan korang. Tips yang aku leh bagi, kalau korang ada bajet besar, boleh guna Osaka Amazing Pass dengan harga JPY2,300 kalau bajet ciput macam kami, beli Osaka Unlimited Pass.

[Bersambung]


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

9 ulasan:

  1. Mungkin perubahan cuaca membuatkan Saffuan sakit kepala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sakit kepala sebab tak boleh tidur dari malam jumaat masa sampai di KLIA2, dlm flight pun tidur sikit2, di kansai tak boleh nak tidur lansung, lepas tu sampai kat osaka terus gi jalan-jalan...

      Padam
  2. Namba area tu dgr kata happening siang malam..
    kes tak cukup tidur nie... aku kadang2 kena gak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa aku pergi tu memang meriah, best kot...
      Tapi, sakit kepala ni bagi hilang mood aku jer... Seminggu sebelum pergi jepun, aku susah nk tidor...

      Padam
  3. Balasan
    1. kalau hang boleh, cuba la ingat nama orang lain yang ada tolong kita...

      Padam
  4. assalamualaikum..Budget ke korea jangan lupa share kalau dah pergi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, boleh refer kat sini.... http://saffuanjaffar.blogspot.com/2013/12/bajet-bercuti-di-korea.html

      Padam
  5. salam..nak tanya..makanan brahim dengan beras tu kene declare x dlm borang kuning tu?

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...