Selasa, 22 Oktober 2013

Tips Bercuti ala Backpakers

Tips Bercuti ala Backpakers


"Buat ape la hang susah-susah che wan oiii.... Pakai pakej lagi senang, hang bayaq ja, depa bawak hang pi semua tempat... Makan pun depa sedia..." 

Biasa la aku dengar ayat macam ni, yess aku tak nafikan memang betul. Tapi aku lebih gemar memilih bercuti ala backpakers. Bercuti ala backpakers ni bukan la jenis pecutian yang ideal vacation, beg semua hang kena angkut, kena guna banyak tenaga, lepas tu pulak kalau menginap hotel 4 atau 5 bintang jauh sama sekali.

Tapi  kenape aku memilih bercuti ala backpakers? Aku masih lagi belajar dan cara backpakers ni la cara yang mampu untuk menjelajah ke dunia lain, cewahh. Bercuti ala backpakers ni memerlukan korang spend sikit masa untuk plan and decide hala tuju dan aku pasti bercuti ala backpakers ni sangat seronok, sebab korang yang explore tempat tu sendiri.

Ok, dah habis, kalau aku duk berceloteh boleh mengalahkan khutbah Jumaat. Sekarang ni aku nak share pengalaman aku yang sikit ni, macam mana yang aku buat sebelum pergi bercuti ke satu-satu tempat, jom tengok tips bercuti ala backpakers yang pertama.

1. Plan

Travel itinerary

Memandangkan hampa semua tak pakai travel agen, terpaksalah korang plan sendiri trip korang. Travel itinerary ni penting untuk guide dan at least sampai je kat destinasi, korang tahu apa nak buat dan macam mana nak mula..Cara aku plan ni mudah je aku pakai WH Question ingat lagi takkk? 

When : ni aku biasa letak tarikh sepanjang aku bercuti, contohnya trip aku ke korea (17 - 22 November)

Where : where atau mana, bila plan aku akan cari tempat-tempat yang menarik untuk dilawati contohnya trip aku ke medan, aku akan cari maklumat dari websites atau blog, so aku jumpa la tempat-tempat ni, Danao Toba & Air Terjun Si Piso-Piso.

Selain tu jugak korang kena tahu, where to stay? Kalau aku booking hostel ni ok tak? Dekat tak dengan point of interest? On budget atau mahal nak mampus?

How / how much : Bagaimana ni pulak khususnya macam mana aku nak ke tempat-tempat yang aku senaraikan dan kos untuk ke tempat-tempat tu. Contohnya dari Jeti Bako ke Taman Negara Bako, how? Jawapannya guna boat. How Much? RM100 per boat untuk 4 orang. Dan lepas tu aku masukkan dalam bajet

What : Bahagian what ni, biasanya aku akan cari kalau dah pergi ke tempat tu apa yang nak dibuat? Hiking ke? Jalan-jalan ke? 

2. Packing

errr Ok tak?

Macam ni jer aku pakai

Selepas plan berapa hari, di mana nak stay ke mana nak pergi, next step ialah packing. Step ni mungkin serabut bagi sesetengah orang, berapa helai baju nak bawak? Berapa helai seluar nak bawak? Beg mana yang sesuai? 

Aku teringat masa aku pergi Turki dulu, aku bawak beg roda, please to all my beloved reader yang nak pergi ala backpakers ni, jangan la bawak beg roda. Beg beroda ni akan susahkan pergerakan korang sebenarnya.



Pilih beg galas yang sesuai dengan trip dan selesa

Semasa packing benda ni penting bagi aku, pil chi kit teck aun ni prepare untuk kalau tersalah makan, panadol untuk sakit kepala, minyak cap kapak, ear plug (sebab aku susah tidur kalau bunyi bising) dengan penutup mata in case kalau naik train lampu 24 jam terbuka memang susah aku nak tidur.

Kalau korang travel pakai kasut, jangan la lupa bawak selipar jepun yang murah, so kalau kat hostel atau kat tempat menginap takkan nak berkasut. Kalau negara beriklim panas, aku lebih selesa pakai sandal berbanding kasut.

Jangan lupa sediakan beg plastik untuk asingkan pakaian yang dah dipakai, so tak de la pakaian korang bercampur aduk dengan baju yang dah berbau masam, sekaligus mencemarkan mood bercuti anda.

3. Berkawan


Bercampur gaul la dengan masyarakat sekeliling, paling senang dengan orang kerja hostel atau kat tempat yang korang pergi melawat. Belajar la sikit bahasa yang tempat korang nak pergi tu, kalau pergi India belajar la bahasa Hindi at least tahu nak ucap terima kasih dalam bahasa diorang.

Tak rugi belajar bahasa diorang, banyak cerita yang aku dengar kalau kita tahu bahasa diorang walaupun sebut terima kasih, pasti diorang suka punya...

Paling penting hormati adat resam dan budaya orang. Aku nak bagi tau sikit as a muslim kalau korang dijemput untuk makan babi panggang, tolak pelawaan dengan baik, jangan cakap jijik atau buat mimik muka yang menampakkan korang tak suka, please tolak pelawaan dengan baik ada kisah yang berlaku kat aku semasa aku di Pulau Samosir yang terkenal dengan babi panggang...

Setakat tu tips bercuti ala backpakers yang aku nak kongsikan, cerita aku dan babi panggang di Pulau Samosir aku tinggalkan sebagai misteri... misteri... misteri....

Baca entry yang sebelum ni




 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

1 ulasan:

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...