Selasa, 27 Januari 2015

Pengembaraan Baru Penuh Misteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni merupakan hari yang paling terkejut dalam sejarah hidup aku. Mana tak terkejut, pagi ni cek egraduan tengok-tengok dah ada semakan penempatan. Alhamdulillah aku akan ditempatkan di Sarawak. Sarawak, entah le dapat kat mana. Hari ni dapat tahu penempatan hari ni aku terpaksa bertolak ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Sarawak. 


Kepada pembaca semua, kalau aku tak update entry tu jangan la dah tak mau mai singgah kat sini ye. Aku mintak semua untuk doakan aku supaya dipermudahkan segala urusan. Aku tak kisah dapat kat mana pun dan aku bersyukur sangat dengan apa yang ditentukan Allah s.w.t. Nanti aku akan rindu la kat Nasik Kandaq Penang. 

"Walau di mana aku berada aku tetap BACKPACKER" 

Isnin, 26 Januari 2015

Tiket Murah AirAsia 2015 | Jom Rancang Cuti

Tiket Murah AirAsia 2015 | Jom Rancang Cuti. Assalamualaikum dan hi, di petang yang berbahagia ni sempat jugak aku riki harga tiket AirAsia. Tarikh penerbangan yang aku cek cuti untuk bulan September memandangkan aku akan cuti pada bulan September. Tapi, bila tengok balik di Kalendar cuti bulan September ni bermula 19 hingga 27 September, dan kena pulak raya haji jatuh dalam cuti ni. Bagi anda yang tak terikat dengan cuti sekolah boleh la plan untuk bercuti luar dari waktu cuti sekolah, biasanya harga tiket AirAsia jauh lebih murah.

Tiket Murah AirAsia 2015, Jom pergi melancong


Penerbangan ke Osaka - RM559.00

Penerbangan ke Vietiane - RM263

Penerbangan ke Hanoi - RM558, Murah ke Mahal?


Penerbangan ke Ho Chi Minh - RM189.00

 Penerbangan ke Seoul - RM566.00 Sangat Murah!


Tempat yang aku nak pergi sangat, Penerbangan ke BUSAN - RM506 SAHAJA
Apa yang menarik di Busan? 


So macam mana? Tiket murah dah ada kan? Mungkin aku beraya haji di Busan, kann...Jom pergi bercuti...

Ahad, 25 Januari 2015

5 Fakta Menarik Tentang Nottingham

5 Fakta Menarik Tentang Nottingham Nottingham terletak di kawasan East Midland " Timur Tanah Tanah".Aku amat menyukai Nottingham kerana bandar ini tidak sibuk seperti London dan lain-lain bandar besar di United Kingdom. Nottingham mempunyai jumlah penduduk seramai 292 400 orang, dan 7.7% adalah terdiri daripada orang asia. 

Nottingham merupakan salah sebuah bandar yang terletak di negara England. Nottingham terkenal dangan lagenda Robin Hood. Juga pernah terkenal dengan industri pembuatan basikal dan lace pada zaman Revolusi Industri suatu ketika dahulu. Nottingham dikenali dengan "Tigguo Cobaoc" yang bermaksud tempat yang mempunyai banyak gua.




1. ASAL USUL NOTTINGHAM

Sejarah bandar ini bermula pada abad ke-6 dan Nottingham merupakan sebuah jajahan Saxon iaitu orang yang berbangsa Jerman yang menduduki Britain pada kurun kel-5. Bangsa Saxon yang menduduki Britain pada ketika itu turut membawa pengaruh bahasa. Terdapat beberapa tempat di England seperti Birming-ham, Dur-ham,Notting-ham,serta bandar-bandar lain yang mempunyai nama "ham" atau "ton" dipercayai berasal dari German (Keluarga Bahasa Cetlic). Pada ketika itu Nottingham dikenali dengan nama "Snotta-inga-ham".

Snotta - ialah nama seorang lelaki
inga - bermaksud "kepunyaan"
ham - bermaksud "rumah di kawasan ladang"

Kesimpulannya, Nottingham bermaksud "Rumah di kawasan ladang kepunyaan Snotta"Snottingham menjadi Nottingham ketika kedatangan Perancis ke England, dan orang-orang Perancis tidak boleh menyebut "sn".

2. ROBIN HOOD

Sedikit sejarah mengenai Robin Hood : Seorang yang dianggap sebagai pahlawan. Dikenali dengan jolokkan " Robbing from the rich and giving to the poor". Dikatakan mempunyai kemahiran dalam memanah serta bermain pedang. Robin Hood lahir di Sherwood Forest, Nottingham.

 Major Oak di Sherwood Forest. Menurut cerita dongeng ia merupakan tempat Robin Hood dan pengikutnya tidur. Sumber Foto : Major Oak, Wikipedia

Tugu Robin Hood berhampiran dengan Istana Nottingham

3. MAKANAN HALAL 

Soal mencari makanan halal di sini tidak menjadi masalah terdapat banyak kedai,pasaraya seperti ASDA, dan Madinah membekalkan makanan halal. Selain itu di Portland Buliding, University of Nottingham turut menjual makanan halal seperti Kebab Ayam dan Wrap. Barangan memasak seperti serai, cili api, lengkuas dan kicap juga boleh didapati dengan mudah di sini. Nottingham  diibaratkan syurga makanan orang untuk warga Malaysia.

                           
Antara restoran makanan halal di Nottingham. Pesanan boleh dibuat melalui laman web Fill My Belly dan akan dihantar terus ke rumah.

4. ENGLISH DI NOTTINGHAM

Seperti Wales dan Scotland yang mempunyai bahasa sendiri, tetapi di Nottingham, tempat yang terkenal dengan gua bawah tanah ini mempunyai loghat tersendiri dan dikenali sebagai (East Midlands English). Contonhya "Ey-up-mi-duck" yang membawa maksud  "Ey-up" = Hello dan "Mi-Duck" bukanlah membawa maksud mee itik, tetapi "Mi-Duck" merupakan kata alamat sebagai tanda hormat kepada orang yang kita mengucapkan "hello" tadi. Dialek tersebut adalah dari pengaruh Saxon. Sebuah buku yang bertajuk Ey Up Mi Duck The Dialect of Derbyshire (nama sebuah bandar) and East Midlands pernah ditulis oleh dua orang penulis iaitu Richard Scollins dan John Titford berkisar mengenai dialek yang aku ceritakan. Contoh-contoh dialek yang digunakan ialah:

1.Shuttya ghoub = shut-up
2.Thiz summat up wee im = I think he may be ill
3.Chisits? = how much is this?
4. Yer norrain no toffees = You aren't having any sweets

5. NOTTINGHAM CITY OF CAVES

Selain itu ada sumber yang meceritakan bahawa Snotta bukanlah nama individu tetapi sebuah kampung yang diberi nama Snotta atau Snot (Bahasa Inggeris Klasik) yang membawa maksud tempat yang mempunyai banyak terowong gua. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Nottingham juga mendapat gelaran sebagai City of Caves kerana di sini terdapat banyak gua bawah tanah. Gua ini suatu ketika dahulu pernah digunakan sebagai rumah sejak abad ke-11 lagi. Sehinggalah Pada tahun 1854 satu undang-undang dikeluarkan melarang penduduk Nottingham tinggal di dalam gua.



Kini gua di bawah tanah menjadi tarikan utama pelancong yang datang bercuti ke Nottingham. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web City of Caves.

6. BONUS - PANORAMA DI NOTTINGHAM

Bandar ini menjanjikan panorama yang menarik untuk anda terokai di sini. 

 Rumah Harry Potter, hehe...

Signboard  lama Highfield Road di Dunkirk, Nottingham

Trent Building di University of Nottingham dibuka pada tahun 1928 pernah menerima kunjungan tokoh terkenal seperti Mahatma Gandhi dan Elbert Einstein  

Panorama di University Park

Masjid di Portland Building University of Nottingham 


Pemandangan semasa musim bunga 

Wollaton Park

Nottingham City Hall ketika waktu malam 

Nottingham City Hall

Aku pernah ke Nottingham pada tahun 2009. Pertama kali aku menjejakkan kaki di sini, aku dah jatuh cinta pada Nottingham. Aku suka dengan suasana di sini, sesuai sangat dengan taste aku. Kalau ada rezeki nak jugak ke sini sekali lagi. Banyak lagi tempat menarik yang ada di Nottingham untuk diterokai. Bagaimana dengan korang? Teringin tak nak bercuti ke sini?

Sumber Rujukan : 


Sabtu, 24 Januari 2015

13 Jenis Perangai Kawan Semasa Travel

13 JENIS PERANGAI KAWAN SEMASA TRAVEL | Aku suka mengembara ke tempat-tempat baru melihat alam keindahan, belajar budaya baru, naik public transport, jalan sampai sesat, tidur tempat murah-murah, makanan bajet jer, aku tak kisah semua tu, janji aku dapat berjalan-jalan dan belajar sesuatu lepas aku balik daripada trip. Aku selesa untuk travel macam ni "kalau aku kahwin tak tahu la macam mana kan? Kene jugak cari pasangan yang sama minat"


Kawan peneman semasa bercuti. Sumber gambar Smashinglits.com

Sepanjang pengembaraan bersama kawan-kawan banyak benda yang aku lalui. Travel bersama-sama kawan aku dapat belajar macam mana individu seseorang tu, termasuk la aku belajar memahami diri aku sendiri. Pengalaman tinggal bersama, minum bersama, sesat bersama-sama, penat bersama-sama, berpeluh bersama-sama, bergambar bersama-sama dan bergelak ketawa bersama kadang-kadang tu boleh merapatkan persahabatan korang ataupun menjadi lebih dingin. 

1. Kawan yang selalu lambat
Bangun pagi pun lambat tidur pun lambat.
"Jangan kembara dengan rakan yang suka bangun lambat atau rakan yang tidak pernah tepati masa. Nanti akan akan yang bergaduh dan bermasam muka dan sebagainya."    Khairul Abdullah. Com
2. Kawan selalu cepat bosan
Ayat yang selalu keluar dari jenis kawan yang cepat bosan "jom... jom balik"

3. Kawan yang cepat angin
Jenis ni cepat angin kalau silap jalan, lebih-lebih lagi kalau time lapar tak dapat makan.

4. Kawan yang selalu lupa
Setiap saat kena ingatkan barang-barang dia, kalau tak ingatkan mesti tertinggal

5. Kawan yang suka ambik gambar
Hampir setiap saat dan setiap langkah kawan jenis ni tak lepaskan peluang untuk ambik gambar, selfie dan sebagainya. Kiranya kalau ada jawatan kosong kat Google Street View, boleh mintak kerja.

Masa travel sangat untung ada kawan macam ni. Foto oleh : Afnan Muhyiddin

6. Kawan yang selalu "Aku Ok jer"
Kawan jenis ni jarang membantah, "Ko nak makan dulu ke atau nak pergi terus ke sane?" Jawapan yang keluar dari mulut kawan jenis ni selalu sama, tak pernah berubah...

 "Hmmm aku ikut ko la, aku ok jer.."

7. Kawan yang asyik dengan PHONE 
Sebelum naik flight, turun flight lagi dasyat sambil berjalan pun asyik dengan phone. Kawan jenis ni bukan jenis tak bersosial, jarang bercakap tapi kerap tanya "Eh kita kat mane nih????" Sebab selalu asyik dengan phone, sampai tak tahu kat mana.

8. Kawan yang asyik nak pergi tandas
Jenis ni pantang jumpa tandas, kalau tak jumpa tandas pun mesti tanya "tandas kat mane, tandas tandas kat mane"

9. Kawan yang selalu membantah
Kawan jenis ni sangat bertentangan dengan kawan yang no. 6. Jenis ni selalu membantah "Jom kita pergi makan dulu, pas tu baru pergi jalan-jalan kat sane" Biasanya bantahan dibuat last minute,

"Ehhhh... kejap, kejap,kejap...Buat ape nak pergi makan dulu, aku rasa baik kita pergi sana dulu!"

10. Kawan yang cerewet
Jenis cerewet ni sangat susah untuk buat keputusan, itu tak suka ini tak suka, kadang-kadang jenis cerewet ni takut nak cuba sesuatu yang baru.

11. Kawan yang happy go lucky
Kawan ni memang suka tengok dia, nampak laut "wahhhhhh cantiknya" nampak fridge magnet pun "wahhh banyaknya, murahh nye..."

12. Kawan yang banyak tanya
Ada kawan yang sangat suka bertanya seolah-olah macam kita tahu semua benda, nampak benda pelik mesti nak tanya "eh, dia ni buat dariada apa ekkkk?" Tapi waktu sesat suruh tanya kat orang, jenis ni akan diam seribu bahasa...

13. Kawan yang Diktator
Jenis ni suka orang nak ikut dia, macam la dia tahu semua. "Ye ker ikut jalan tu??? nih ikut jalan ni, aku tahu la aku dah 7 kali sampai kat sini" Last-last sesat jugak, wakakaka...

Macam mana pun kawan korang, tak kisah le sakit hati ke tak sakit hati, dia tetap kawan kita kan? Jangan la pergi bercuti nak bermasam-masam muka, elakkan berlaku salah faham, kalau ada masalah hadapi bersama-sama, baru la boleh jadi sahabat sejati. Pengalaman mengembara atau bercuti bersama-sama juga mengajar kita untuk mengenali kawan kita dengan lebih rapat. Tak kurangnya jugak kita belajar mengenali diri kita sendiri "matang".

Kongsikan pengalaman anda semasa travel bersama rakan-rakan...

"A Friend is someone who knows who you are, understand where you've been, accept who you've become and gently invites you to grow"

Sumber Inspirasi :
1. thoughtcatalog.com
2. insight.looloo.com


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Khamis, 22 Januari 2015

15 Pemandangan Menakjubkan Dari Tingkap Kapal Terbang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

"Tuan-tuan dan puan-puan sebentar lagi kita akan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai..." Ayat yang sinonim yang selalu didengari sebelum kapal terbang berlepas ke destinasi. Saat itu mungkin terbayang-bayang tempat yang bakal dituju. Tak kurang jugak dengan perasaan sedikit gementar, jantung ni dup dap dup dap. Begitu la perasaan yang selalu aku lalui, setiap kali penerbangan, perasaan gementar tu tetap ada.

Kebanyakkan penerbangan aku berpeluang untuk duduk di kerusi tepi tingkap, waktu nak berlepas mata aku tak memandang ke tempat lain, sebaliknya tertumpu pada jendela pesawat. Bila naik kapal terbang, rasa macam angkasawan negara je "bercita-cita nak jadi angkasawan tapi tak tercapai". Semakin lama semakin tinggi kapal terbang meluncur naik ke angkasa, daripada bangunan kecil sehingga pemandangan dihiasi dengan awan, subhanallah sangat cantik.


Pemandangan semasa penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Pulau Pinang

Penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, waktu ni tengah malam tapi langit sangat cerah, pelik...

Semasa kapal terbang melintasi sebuah kawasan di London.



Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara bahagian-bahagiannya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya... Surah An Nuur: Ayat 43

Penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Kuching, dapat tengok kapal laut. 

Gunung Santubong di Sarawak.

Penerbangan daripada London ke Istanbul

Kapal terbang semasa melintasi di ruang udara Turki

Kapal terbang semasa melintasi kota Istanbul

Penerbangan MH001 ke London semasa melintasi Perancis.

Pulau Kulaly di Laut Caspia 

Semasa melintasi ruang udara Afganistan di kawasan pergunungan

“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka…”  surah Al-Anbiya : Ayat 31

Garabolgazkol di Turkmenistan berhampiran dengan Laut Caspia. 

Pelabuhan Shevchenko di Khazakhstan

BONUS 15 + 2

Penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Kansai semasa melintasi ruang udara China. Saat matahari terbenam, subhanallah hati saya sangat tersentuh semasa menyaksikan kebesaran Allah s.w.t. 

Penerbangan daripada Pulau Pinang ke Medan. 

"Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui" Surah Yaasin : Ayat 38

Kadang-kadang aku berpeluang snap gambar, kadang-kadang aku tak ambil pun, cuma tengok jer. Bila tengok ke luar, nampak awan, aku terfikir macam mana la Allah jadikan awan, macam mana, macam mana? Macam-macam lagi la... Dari tingkap kapal terbang aku dapat lihat langit yang tinggi membiru. Aku juga sempat menyaksikan saat-saat matahari terbenam, aku rasa sayu di hati, kadang-kadang tu menitis air mata. Tapi, nasib baik boleh sembunyi belakang curtain kapal terbang, kikikikiki.... Aku kagum dengan setiap keindahan alam ciptaanNya. Kongsikan pengalaman anda...



Rabu, 21 Januari 2015

10 Pengajaran Yang Aku Dapat Semasa Travel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun ini umur aku 26 tahun, itu kenyataan walaupun pahit untuk aku tulis/cerita. Adeyh... Sepanjang hidup aku, banyak pekara yang aku lalui ada yang pahit ada yang manis. Masa usia aku remaja, aku ni jenis duk rumah, tak de nak pergi jalan-jalan mana, lepak dengan kawan-kawan. Tu la kehidupan aku, sampai orang gelar aku "Anak Dara" Aku bukan jenis lembut tau! Aku dulu jenis penakut, takut nak naik bas, takut nak pergi berurusan macam pergi bank, pejabat pos, tu semua aku tak reti sampai la aku dah besar panjang. Mak aku sendiri akui yang dia risau tengok aku macam tu. 

Sampai la aku masuk asrama, aku dah mula belajar berdikari termasuk la pergi lepak dengan kawan-kawan masa outing. Sejak aku masuk asrama banyak benda yang aku lalui dan banyak pekara yang mengubah aku untuk jadi seorang yang lebih berani. Suatu hari aku terbaca buku mengenai Ibnu Battutah, seorang pengembara yang terkenal, buku die tebal gila. Aku gigih baca buku tu, aku kagum dengan Ibnu Battutah dalam usia yang muda, dia dah pergi mengembara melihat dunia. Setiap bait-bait cerita tergambar kat kepala otak aku. Beliaulah yang memberi inspirasi untuk aku mengembara.
"Aku keluarmeinggalkan Tanjah, jana-bijanaku pada hari khamis yang kedua dalam bulan Rejab yang unggul, bulan Allah s.w.t, tahun 725 Hijrah dengan niat untuk menunaikan haji di Baitullah al-Haram dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w"
Sumber - Pengembaraan Ibnu Battutah, Pengembara agung, karya terulung, menyingkap wajah dunia terjemahan Syed Nurul Akla Syed Abdullah dan Adi Setia Mohd. Dom | IKIM 2010.
Walaupun aku masih lagi dalam dunia pengembaraan, aku cuba untuk belajar daripada alam sebanyak yang mungkin. Sepanjang pengembaraa, banyak pekara yang aku pelajari, tak kisah la sama ada mengembara di tempat sendiri ataupun di tempat orang. Bagi aku tempat mana yang aku pergi tu bukan penting, bagi aku apa yang aku dapat daripada trip yang penting. Jauh atau dekat bukan ukuran, tapi apa yang aku dapat belajar untuk jadi manusia. 

1. Berfikiran terbuka
Mengembara dengan berfikiran terbuka membolehkan aku melalui pengalaman yang menakjubkan dan tak boleh dilupakan. "Buang yang keruh ambil yang jernih" 

2. Berani
Pengembaran biasanya akan penuh dengan misteri, pekara yang tak dapat dijangka semuanya akan menolak perasaan takut dan melatih aku untuk menjadi seorang yang berani!

3. Dunia ni besar!
Setiap kali korang pergi mengembara ke tempat baru korang akan rasa betapa besarnya dunia nih.

Betapa luasnya alam ciptaan Allah s.w.t 

4. Hormat budaya orang
Mengembara ke tempat orang biasanya mengajar aku untuk menghormati budaya orang lain.  Bak kata pepatah Melayu "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung".

Kita hormat orang, orang akan hormat kita...

5. Masih ada insan yang baik
Pergi mana-mana pun akan ada orang yang baik-baik, walaupun aku dengar cerita yang tak baik. Kalau kita sesat ada orang tolong, kalau ada barang tercicir masih ada lagi yang jujur.

6. Belajar Untuk Buat Keputusan
Biasanya aku susah untuk buat keputusan aku sendiri. Tetapi bila travel tambah lagi pergi sorang, aku belajar untuk buat keputusan.


7. Bertuah ada Passport Malaysia
Passport Malaysia menawarkan akses tanpa visa ke 163 buah negara, Passport Malaysia berada pada kedudukan ke-9 bersama Malta sebagai Passport Paling Berkuasa di Dunia - AWANI.COM Bertuah kan?

8. Bersyukur tinggal di Malaysia
Saat tiba di Malaysia perkataan pertama yang keluar dari mulut aku "Alhamdulillah" Aku bersyukur dilahirkan di Malaysia "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..." Bila travel jauh-jauh pasti ada rasa rindu kat Malaysia...

Ni yang menyebabkan aku rindu kat Malaysia, makanan!

9. Yakin
Bila aku melangkah keluar daripada airport, aku melangkah dengan penuh yakin seolah-olah aku tinggal kat tempat tu bertahun-tahun, pada hal baru jejak kaki sejam dua saje...

10. Travel mengubah cara hidup aku
Dulu aku berhabisan duit buat benda lain, tapi sekarang setiap kali berbelanja aku mesti fikir untuk travel! Bajet, bajet, bajet...

10 + 1 Mengajar anda untuk tawadhuk 
Ya bila kita mengembara saat kita sesat, kita memerlukan bantuan, saat kita bersendirian ia mengajar aku untuk bersifat tawadhuk, jangan sombong dengan orang lain tak kira senang atau pun susah. Terima kasih kepada Lady Bermimpi

Biarpun ada pandangan negatif yang mengatakan pergi mengembara hanya buang duit semata-mata, jangan ambil kisah pergilah mengembara, jadilah seperti ibnu Battutah. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!


“The world is a book and those who do not travel read only one page.”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...