Ahad, 19 Februari 2012

Hat Yai - Songkhla - Penang The End (Part 4)

Pagi yang ceria di Hat Yai, dulu aku pernah berangan-angan nak ke sini, ikut rombongan. Last minit rombongan nak ke Hat Yai tu tak jadi, kecewa sangat. Tapi syukur gak akhirnya dapat pergi, naik kapcai, memang aku sangat-sangat puas hati.

Pagi ni,teringat pulak cerita kat Phuket masing-masing keliru dengan waktu solat. Roomate aku cakap solat subuh sini lewat la sebab Thailand kurang satu jam. Hehe, salah! Sebenarnya awal sejam la.

Waktu Malaysia : 6.00 pagi (GMT +8.00)
Waktu Thailand : 5.00 pagi  (GMT +7.00)

Waktu Subuh di Malaysia : 6.15pagi jadi, waktu subuh di Thailand mesti la jam 5.15 pagi. Pagi-pagi lagi aku turun bawah, pegi mintak password wifi, nak upload gambar. Dah semua orang siap-siap, perut aku perlu diutamakan sebelum nak plan jalan tak kisah lah mana pun, janji aku kena makan dulu!

Pemandangan dari tempat aku menginap.

Kedai makan ni kena lintas jalan

Pergh, Nasik Goreng Terbelah, sedap and serius sedap
(Kunjungan aku masa jun 2012, kedai ni dah dirobohkan, aku tak sure sebab apa)

  Lepas makan barulah idea datang mencurah-curah, bernas lagi! Kami (6 orang ) bersepakat untuk ke Pantai Samila, Songkhla, naik tuk tuk memandangkan harga minyak yang mahal 1 liter THB30, dan kami memilih untuk jalan-jalan sambil santai-santai, kalau nak naik motor jenuh la jugak. 

Aku disuruh oleh rakan-rakan untuk "deal" dengan seorang driver tuk tuk, arghh aku tahu sikit je bahasa Thai, geng-geng tau waktu marshall dengan tukang pam minyak masing-masing pening tak faham. Aku pun deal dengan driver :

1. Bawak kami ke Samila Beach 'Pai Songkhla"
2. Tunggu di sana 2 jam "Lorl Sorng Chua Morng"
3. Lepas tu Bawak kami pusing sat di kawasan sekitar "yang ni aku tak reti cakap, main tunjuk dengan tangan, hahahaha"
4. Bawak kami ke Yamaha Square Hat Yai dan tunggu di sana 1/2 jam "Pai Yamaha Square"
5. Balik ke Hotel "Hotel, hotel, hahaha..."

Aku risau jugak takut kena katoq dengan driver tuk tuk nih, hmm dia ni peramah walaupun ada kesukaran melampau untuk paham apa yang dia cakap, berbekalkan buku dan lagu siam dalam handset aku, kami macam dah lama kenal, so total untuk 6 orang = THB600.00 berbaloi la kan...






Bergambar dengan duyung sakti

Telur bakar ni femes, aromanya yang harum! Sedap makan panas-panas cicah dengan sos ikan


Satu benda yang aku tak dapat lupa sampai bila-bila, Pulut Ayam Panggang dengan Sontham. Pulut yang dijual kat sini memang terbaek! Aku beli Sontam, ayam panggang makan dengan pulut memang kombinasi terbaik! Aroi aroi

 Mak Cik Siam ni tengah buat Sontham

Ayam panggang dengan Pulut, sedap!

Tengah jalan-jalan terjumpa dengan kucing dan tikus gergasi. Bagi aku aku suka suasana di Songkhla tenang aman damai, pantai bersih. Banyak group sekolah ke sana siap bawak gendang nyanyi-nyanyi lagi. Makan pun sudah sekaran nak ke tuk tuk. Ntah-ntah dah lari ke apa...???

Dengan sabar si pemandu tuk tuk menunggu kami, terus dibawa kami ke beberapa tempat lain di sekitar Samila Beach, lepas tu kami ke Yamaha Square beli t-shirt pastu balik ke Hotel, solat dan aku sempat lelapkan mata dalam sejam. Petang nak jalan kaki pulak ronda-ronda di Hat Yai (nak jimat minyak punya pasal)






Suasana pekan Hat Yai, suasana Tahun Baharu Cina masih lagi meriah di sini siap ada tarian naga lagik.

Malam terakhir di Hat Yai tak buat apa-apa cuma sembang-sembang di kedai makan lepas tu lajak sembang dengan pak guard hotel, ayam cakap dengan itik. Esok pagi-pagi lagi aku dengan kawan-kawan ke Yamaha Square service motor.

Sarapan pagi sebelum balik ke Malaysia, memang special.


Servis motor dulu...

Kat sini la aku jumpa satu mat salleh nama dia Andy, baru jatuh motor, sorang-sorang dia naik LC 135 dari Penang ke Hat Yai. Ada apa benda ntah bengkok, last-last dia tukar jugak benda yang rosak tu, kalau duit tak jadi masalah, semua benda boleh go on.

Sampai kat Imigresen Siam, suka-suka hati ja Pak Cik Siam tu nak mintak RM1.00, dah aku tak dak duit!

Alhamdulillah, Konvoi Penang-Phuket 22-26 Januari 2012 berakhir dengan selamat. Ini trip aku yang paling gila aku pernah buat. Kalau ada rezeki aku nak ke sana lagi.



Selamat tinggal Phuket Selamat Tinggal Krabi Selamat Tinggal Hat Yai



Ringkasan Konvoi Penang - Phuket

1. Jumlah Perjalanan = 1400km++
2. 17 Orang Peserta
3. Jentera jenis LC 135 V1 & V2
4. Bandar yang di lalui Penang - Dannok - Pattalung - Trang - Krabi - Phuket



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

3 ulasan:

  1. jauh mengembara luas pengalamannya :)

    BalasPadam
  2. Hebat....3 tempat sekaligus...percutian orang bujang dengan kawan2 mmg menyeronokkan, ibarat jaga diri masing2...tu sebab saya baca entry hatyai ni hanya 1 tempat di Songkhla sahaja, nanti repeat again y eke Hatyai, ada berlambak tempat menarik utk diterokai, nice cerita you saffuan, hehehhehe pandai korang cakap ngan driver tuk tuk tu hahahhah adoiii kelakar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah... seronok sebenarnye masa konvoi ni... ni pertama kali saya konvoi jauh sampai ke phuket...

      Padam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...