Isnin, 5 September 2011

Cerita AKU DI KLINIK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

             Hari ini hari terakhir untuk aku cuti raya, hmmm.... Semalam aku pergi klinik sebab sesak nafas, hari ni aku pergi klinik balik untuk buat blood test. Doktor bagi tau, blood test ni untuk Tiroid, sebab aku disyaki ada tiroid. Doktor ada tanya beberapa soalan kat aku, semuanya berkaitan dengan simptom penyakit tu "semestinya"

1. Kamu makan banyak tak? Yup, aku memang makan banyak, susah nak kawal, dalam setahun berat badan aku naik mendadak dari 56kg kepada 71 kg

Tambah pulak sekarang ni baru lepas raya. Bila dah makan banyak semestinya berat badan naik, tak kan turun pulak dah makan berkati-kati, naik pun berkati-kati la...
Tension!

2. Soalan kedua "Kamu cepat rasa letih tak?" Ya, aku jalan sikit pun dah letih sangat-sangat, kadang-kadang aku terpaksa jalan perlahan-lahan. Pernah dulu kelas aku sepatutnya di tempat biasa ditukar kat tempat lain, jauh beribu batu :P, terpaksa jalan perlahan-lahan, sampai kelas lambat, nasib baik lecturer tak marah.

3. Lepas tu doktor tanya, "ada tangan ketar-ketar tak?" ya, baru beberapa hari lepas, aku tengah sembang dengan mak aku, tiba-tiba tangan aku terketar-ketar.

4. Yang ni doktor tak tanya, dan ini la sebab aku ke klinik, sesak nafas dengan tiba-tiba, tambah pulak "heart beat" pulak laju, 180/min. Selalu jugak aku jadi macam ni.
5. Soalan last doktor tanya " kamu cepat panas hati?" Pada mulanya aku blurrr bila dapat soalan ni. Aku ingatkan rasa panas kat hati macam sate kena panggang, rupanya "Panas Hati" ni cepat marah-marah. Ya sejak kebelakangan ni cepat aku naik angin, aku cuba kawal marah aku, tapi tak tahu nak cakap macam mana. Kadang-kadang ada saja benda yang orang buat bagi kita marah.



Apa-apa pun kita kena terima segala ujian dengan hati yang terbuka. Macam macam orang cakap kat aku "taik penyakit la" kaki ponteng la, pemalas la. Semuanya aku terima dengan anggap semua ni adalah ujian. Dan sentiasa doa supaya aku terus sihat dan kalau Allah nak bagi sakit jugak, aku terima sebagai penyuci dosa-dosa. Ingat kesihatan pun kena jaga :). Harap, kawan-kawan doakan saya

Senyum-senyum selalu


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

4 ulasan:

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...