Apa kaitan tajuk dengan pekara yang saya ingin kongsikan? Apa yang terjadi jika Matahari berada tepat di atas  Kaabah di Masjidil Haram? Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi mengenai Peristiwa Istiwa. Peristiwa Istiwa ialah satu fenomena di mana Matahari akan berada tepat di atas Kaabah, maknanya peristiwa ini akan pada waktu Zuhur di Makkah. Apabila Matahari berada tegak dan tepat  di atas Kaabah, kita tidak akan dapat melihat bayang-bayang Kaabah, tetapi di tempat-tempat lain seluruh dunia, bayang - bayang yang muncul atau yang terhasil akan menunujuk ke arah kiblat dengan tepat. Lihat gambar rajah simulasi untuk lebih faham.
Gambar Rajah 1
Gambaran simulasi Bumi, Matahari dan Kedudukan Kaabah
[Klik untuk gambar lebih besar dan jelas]
Beginilah gambaran ketika berlakunya istiwa, matahari akan berada tepat di atas Kaabah
Gambar Rajah 2
Gambaran simulasi Bumi, Matahari dan Kedudukan  Kaabah dengan lebih dekat
[Klik untuk gambar lebih besar  dan jelas]
    Begitulah gambaran ketika istiwa berlaku,cuba perhatikan bayang-bayang yang terhasil jika lampu berada tepat di atas Tanda(1), ianya menunjukkan ke arah Tanda(1) (saya gariskan dengan garisan bewarna biru). Mudah-mudahan gambar-gambar tersebut dapat menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai peristiwa Istiwa.
    Setelah memahami bagaimana Istiwa berlaku, saya akan jelaskan bagaimana hendak memeriksa arah kiblat ketika berlaku peristiwa ini. Caranya mudah, pacakkan satu tiang dengan tegak (90 darjah) atau apa penanda yang kita boleh jadikan rujukkan untuk melihat bayang-bayang, atau kita boleh lihat bayang-bayang bangunan. Peristiwa ini berlaku 2 kali setahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun, dan tarikh terdekat iaitu pada 28 Mei 2010 yang jatuh pada hari Jumaat. Waktu untuk menyemak arak kiblat ialah 10.16 pagi (Waktu UK), 5.16 (Waktu Malaysia) dan 12.16 (Waktu di Makkah, Arab Saudi). Dan ingat, mungkin jam kita ada yang cepat ada yang lambat, saya sarankan anda untuk menggunakan jam atom "atomic clock", supaya jam 10.16 pagi anda tepat dengan pusingan Bumi.
   Jika cuaca mengizikan jangan lepaskan peluang untuk menyemak arah kiblat, jangan lupa untuk ambil gambar dan anda boleh kongsikan dengan rakan-rakan anda mengenai peristiwa ini.Bersama-sama kita bertasbih memuji Allah di atas segala kekuasaannya.[Klik Di sini]
Muhammad Saffuan Jaffar
27 Mei 2010
***********************************Respon Email************************************
4. Tongkat Istiwa
Di UK sekarang ini Matahari tidak berada tegak di atas kepala, oleh itu siang dan malamnya tidak sama panjang. Tidak seperti di Malaysia, yang mempunyai jumlah masa siang dan panjang yang hampir sama, tempoh dari syuruk hingga ketika matahari hendak tergelincir dan dari tergelincir matahari sehingglah maghrib, iaitu matahari membuat lintasan hampir-hampir tepat di tengah langit.
Kaedah kompas, walaupun kompas menunjukkan angka 3 digit, kompas berfungsi berdasarkan medan magnet bumi dan jika ada sumber-sumber medan magnet lain seperti pencawang, batu, besi atau lain-lain yang sekutu dengannya, maka kemungkinan bacaan kompas anda akan tersasar.Jadi sebaik-baik kaedah untuk menentukkan arah ialah berdasarkan objek-objek samawi iaitu bintang-bintang atau buruj. Contohnya bintang polaris boleh menentukan arah kutub utara buruj crux pula menunjukkan arah selatan.
Pendek kata jangan lepaskan peluang untuk menyemak arah kiblat, saya diberitahu oleh En Sharin [Falak Online] jika anda berada di UK maka tarikh dan waktu untuk menyemak arah kiblat ialah pada 28 Mei 2010 pada jam 10.16 pagi. Mudah-mudahan cuaca esok elok. Kaedah:
  
          
Jangan lupa ambil gambar bayang-bayang ketika peristiwa Istiwa berlaku dan kita boleh kongsikan di Kampung Notts. Wallahualam.
Muhammad Saffuan
UoN
27 Mei 2010
***********************************Respon Email************************************
Salam,
Dalam menetukan arah kiblat, terdapat banyak cara dan kaedah di antaranya :
1. Dengan menggunakan aplikasi google earth
2. Dengan menggunakan Buruj Belantik atau nama orang putihnya Orion
3.  Rumus Matematik Sheikh Tahir Jalalluddin Dalam menetukan arah kiblat, terdapat banyak cara dan kaedah di antaranya :
1. Dengan menggunakan aplikasi google earth
2. Dengan menggunakan Buruj Belantik atau nama orang putihnya Orion
4. Tongkat Istiwa
Di UK sekarang ini Matahari tidak berada tegak di atas kepala, oleh itu siang dan malamnya tidak sama panjang. Tidak seperti di Malaysia, yang mempunyai jumlah masa siang dan panjang yang hampir sama, tempoh dari syuruk hingga ketika matahari hendak tergelincir dan dari tergelincir matahari sehingglah maghrib, iaitu matahari membuat lintasan hampir-hampir tepat di tengah langit.
Kaedah kompas, walaupun kompas menunjukkan angka 3 digit, kompas berfungsi berdasarkan medan magnet bumi dan jika ada sumber-sumber medan magnet lain seperti pencawang, batu, besi atau lain-lain yang sekutu dengannya, maka kemungkinan bacaan kompas anda akan tersasar.Jadi sebaik-baik kaedah untuk menentukkan arah ialah berdasarkan objek-objek samawi iaitu bintang-bintang atau buruj. Contohnya bintang polaris boleh menentukan arah kutub utara buruj crux pula menunjukkan arah selatan.
Pendek kata jangan lepaskan peluang untuk menyemak arah kiblat, saya diberitahu oleh En Sharin [Falak Online] jika anda berada di UK maka tarikh dan waktu untuk menyemak arah kiblat ialah pada 28 Mei 2010 pada jam 10.16 pagi. Mudah-mudahan cuaca esok elok. Kaedah:
SEMAKAN ARAH KIBLAT RUMAH KEDIAMAN
Sukacita dimaklumkan, masyarakat  Islam berpeluang melakukan semakan arah kiblat rumah kediaman masing-masing pada 28  Mei 2010 ini, jam 10:16 pagi. Ini kerana pada tarikh dan waktu yang  berkenaan, kedudukan matahari adalah tepat di atas Kaabah. Sehubungan itu, bayang  sesuatu objek atau tiang akan menuju tepat ke arah Kaabah. Berikut adalah  tatacara semakan arah kiblat yang boleh dilakukan:-
i)             Pacakkan satu tiang di tempat semakan arah kiblat. Pastikan tiang
                tersebut betul-betul tegak. Manakala tempat yang dipilih tidak terlindung
                daripada  pancaran matahari.
ii)            Buat tandaan bayang matahari pada waktu yang telah  ditetapkan. Oleh
                kerana  matahari tepat di atas Kaabah (arah barat), maka bayang-bayang
                akan jatuh ke arah timur. Oleh itu, kiblat kawasan tersebut adalah
                mengikuti bayang yang menghala ke arah barat atau ke arah matahari.
iii)           Penandaan juga boleh dibuat dengan melihat bayang  tiang-tiang tegak
               dan sisi-sisi rumah yang tidak terlindung oleh pancaran matahari.
Jangan lupa ambil gambar bayang-bayang ketika peristiwa Istiwa berlaku dan kita boleh kongsikan di Kampung Notts. Wallahualam.
Muhammad Saffuan
UoN
 



terbaik info ni... mantap2
BalasPadambguslah, ade simulasi camni. kalo matahari btol2 kat atas kaabah, ini bermakna kaabah itu seolah2 titik tengah permukaan bumi kan? jd xde tmpt lain yg mengalami fenomena spt istiwa a'zam ni. kalo ade pun bayang2 yg terhasil x seragam/tepat.
BalasPadamYup anda betul...
Padam