Selasa, 26 November 2013

Bercuti di Busan Korea | Masjid Al-Fatah

Tempat Menarik di Busan
Islam ada di mana-mana saja. Bumi Korea juga tak ketinggalan. Islam sudah pun menyinar sejak sekian lama, bermula sejak kurun ke-7 lagi. Agama Islam di Korea Selatan kira-kira 1.7% penganut dan merupakan agama minoriti di sini.Walaupun Islam agama minoriti di sini, kemudahan untuk muslim Busan beribadat disediakan. Tu intro aku untuk next destination dalam Trip aku Bercuti di Busan Korea, Masjid al-Fatah, Busan.

Sebaik saja aku melawat kawasan di Gamcheon Cultural Village, aku pun meneruskan misi ke Masjid al-Fatah. Masjid al-Fatah ni boleh dijadikan destinasi wajib yang korang bila datang ke Kota Busan. Lokasinya agak jauh memandangkan aku ke Masjid al-Fatah Busan dari Toseong. Masjid al-Fatah Busan terletak berdekatan dengan stesen Dusil, so dari stesen Toseong (Gamcheon Cultural Village) ke Dusil (Masjid al-Fatah Busan) korang akan lalu di 22 stesen subway dan mengambil masa kira-kira 30-40 minit. Tapi aku just naik subway je, tak perlu naik bas atau jalan kaki jauh-jauh.

Peta Subway, cuba cari Toseong dan Dusil, jumpa tak?

 Masa menunggu aku tak dibazirkan macam tu je. Sempat cuba Bananamas Uyu (Susu Perisa Pisang), ramai bloggers yang suggest untuk cuba. Yess memang sedap.

Stesen Subway Toseong, dan aku akan menuju ke Dusil di mana terletaknya Masjid al-Fatah Busan.

[Direction ke Masjid al-Fatah]

Memandangkan aku dari Toseong, aku tak perlu nak tukar line, sebabnya stesen Dusil (Masjid al-Fatah) berada di line yang sama dengan stesen Toseong which is line 1. Sebaik je sampai di Dusil keluar ikut Exit 8, keluar je dari Exit 8 jalan terus dan terus kira-kira 200m sampai jumpa kedai tayar Hankook di sebelah kanan. Kedai tayar tu terletak di simpang jalan.

Kalau korang betul-betul berdiri kat depan kedai tayar tu, di seberang jalan korang akan nampak Stesen Minyak sekaligus signboard "Islam Centre". Dari kedai tayar tu, jalan ke Kanan dan ikut Signboard. Korang akan jumpa kedai makan halal yang mula-mula sekali, Restoran Cappadocia. Kedudukan Masjid ni agak tersorok sikit.

 Keluar je dari stesen Dusil Exit 8, jalan terus

Masa aku lalu melintasi kedai jual kuih yang warna merah tu, Mak Cik pakai baju sejuk biru cakap 'Anneyong Haseo' dia offer kat aku kuih yang dia beli. Aku terpaksa menolak, sebab aku tak tahu apa benda isi kuih tu. Kuih tu bentuk ikan inti warna merah kehitaman. Tak tahu la apa benda. Baiknya mak cik tu.

 Jalan lagi kira-kira 200 meter

 Jalan sampai korang jumpa Kedai Tayar Hankook di sebelah kanan

 Simpang jalan kat Kedai Tayar Hankook. Nampak tak signboard ISLAM CENTER, di depan seberang jalan tu Stesen Minyak. So korang ikut signboard ke kanan.

 Stesen Minyak

 Signboard ISLAM CENTER terletaknya Masjid al-Fatah Busan

Pintu masuk ke Masjid al-Fatah Busan 

Plan aku memang untuk solat di Masjid al-Fatah, masa aku sampai tu dah nak dekat waktu Asar. Cuaca petang tu sangat la sejuk. Sampai kebas telinga aku, angin pulak betiup-tiup kencang, memang menguji kesabaran. Sampai di Masijd aku bergambar kejap sebelum ambik wudhuk.

Masa kat bilik wudhuk, aku pusing pili air ke kiri untuk panas, aku biar je air keluar. Lepas tu aku test dengan jari, tak jugak panas. Serius aku menggigil, sejuk sampai ke tulang. Dah lama aku tunggu tak jugak panas-panas, aku nekad redah je dengan air sejuk. Elok dah habis wudhuk aku masuk ke ruangan solat, aku jumpa sorang jemaah warga Indonesia.

"Sudah wudhuk?"

"Airnya sejuk pak..."

"Pusing kepala paipnya ke kanan, lalu tunggu sampai panas" yang aku pusing ke kiri

Hahaha.... Kenapa la aku tak terpikir langsung nak pulas ke kanan. Aku rasa otak aku dah jem dah beku sebab cuaca kat luar sejuk sangat.

Bilik wudhuk

Jam menunjukkan pukul 2.57 pm waktu Busan dan sekarang masuklah waktu Solat Asar bagi Busan dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Azan dilaungkan. Allahuakbar... Allahuakbar...

Masjid al-Fatah Busan. Lokasi yang mesti dilawati bila korang bercuti di Korea, Busan

Masjid Busan ni merupakan masjid yang kedua dibina di Korea Selatan. Masjid ini didirikan pada tahun 1980 hasil derma seorang dermawan Libya, Dr. al-Falaq. Sejak itu masjid ini menjadi tumpuan muslim di sekitar Daegu,Ulsan, Gyeongnam dan Gyeongbuk untuk beribadat.

Seni lukis didalam Masjid al-Fatah Busan. Masjid ini juga menerima sumbangan dari Kerajaan Turki untuk mengubahsuai bahagian dalaman masjid supaya lebih berkonsepkan seni lukis Islam.

 Ruangan Solat Utama Masjid al-Fatah Busan

Hiasan dalaman berkonsepkan seni lukis Islam

Jadual waktu solat

Lepas solat aku ke Cappadocia Turkish Kebap House untuk mengisi perut. Mana tak lapar, dari pagi tadi aku makan coklat Cloud 9 Merah je. Kali ni aku nak cuba masakan Turki. 

Lepas melawat masjid, aku meneruskan misi aku menjelajah kota Busan. Lokasi seterusnya Haeundae Beach... Bersambung...

Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Dingin Kota Busan

Isnin, 25 November 2013

Bercuti di Busan Korea | Gamcheon Cultural Village

Tempat Menarik di Busan
Alhamdulillah, aku sangat exited bila sampai di Korea Selatan. Trip Bercuti di Busan & Seoul kali ni membuatkan aku terkenang masa duk di UK dulu. 18 November 2013 aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae. Dalam banyak flight aku naik, ni la landing yang paling menakutkan. Siap dengan adegan jerit menjerit dalam kapal terbang. Bukan sebab cuaca buruk, tetapi angin di luar sangat la kuat.

Sebaik sampai di airport aku menuju ke Line Light Railway dari Gimhae International Airport ke Sasang. Di stesen Gimhae International Airport, diorang gunakan sistem token. Dari Gimhae ke Sasang harga W1,600. Plan asal aku nak beli One Day Pass di Airport, tapi one day pass tu hanya di jual di stesen selain daripada line Light Railway. Dengan bantuan sorang ahjussi dan hyung aku ke Sasang. 

Busan Subway

Stesen Kyungsung University/Pukyong National University. Area ni ramai budak-budak muda

Harga one day pass untuk line Subway hanya W4,000 sahaja dan boleh didapati di mesin tiket. Tak dak masalah untuk beli one day pass ni, sebab mesin tiket ni beroperasi dalam bahasa orang putih. Sediakan wang kertas W1,000 X 4 sebab note yang lain tak diterima.

Busan metro one day pass

Dari Sasang aku ke Seomyeon dan dari situ aku menuju ke  stesen Kyungsung University/Pukyong University. Aku menginap kat Pusan Hostel, alhamdulillah berpandukan map yang diorang bagi, aku tak dak masalah untuk cari hostel. Terus check in dan bayar payment aku pun memulakan misi untuk ke Gamcheon Cultural Village.

[Direction ke Gamcheon Cultural Village]

Untuk sampai ke Gamcheon Cultural Village tak susah. Naik metro/subway ke stesen Toseong (Line 1 aliran Sinpyeong). Keluar exit 6 jalan terus sampai simpang dan ke kanan. Di sebelah kanan ada hospital, dan di depan hospital tu akan ada bus stop. Dari bas stop ambil bas no. 2 dan terus ke Gamcheon Cultural Village. Bas tu kecik je dan bayaran untuk ke sana hanya W 900. Dari bas stop tu dah boleh nampak signboard "Gamcheon Cultural Village" yang terletak di sebelah kiri.

 Stesen Toseng Exit 6

 Tangga Stesen Toseong Exit 6. Keluar je dari tangga ni jalan terus kira-kira 50 meter sampai simpang

 Di simpang jalan, ke kanan dan korang akan jumpa Busan Cancer Centre

Selepas ke kanan, jalan terus kira-kira 100 meter, korang akan jumpa bus stop betul-betul depan Busan Cancer Centre. Kemudian ambik Bas No.2 ke Gamcheon Cultural Village, Bas tu bas kecik ja. Bas kecik ni orang tempatan panggil bas Maeul (마을버스)

 Signboard Gamcheon Cultural Village Busan

Bergambar dulu sebelum aku ronda-ronda di sekitar Gamcheon Cultural Village

Kawasan perkampungan Gamcheon ni sangat la bersih.

Asalnya Gamcheon Cultural Village ni lebih kurang macam rumah setinggan la, tapi ada pihak terbabit majukan tempat ni jadi tempat tarikan pelancong. Diorang upah artis (bukan artis kpop ye) untuk decorate perkampungan ni dengan mural untuk bagi nampak cantik. Dari pemerhatian aku, tempat ni macam sebuah perkampungan seni. Macam-macam hasil seni termasuk hasil seni dari sekolah-sekolah rendah ada ditempatkan di sini.

Selain tu ada sesetengah review mereka-mereka yang pergi cakap, kat sana leh la tengok budaya orang Korea, leh la jenguk ahjumma dengan ahjussi buat apa kann. Tapi bila nak amik gambar tu kena berhati-hati sikit. Kalau ada orang dalam view finder anda, please mintak kebenaran untuk amik gambar.


Di bangunan biru ini korang boleh dapatkan map dengan harga W2,000. Malangnya peta tu dalam Bahasa Korea. Belum ada yang versi Bahasa Inggeris



Galeri yang ada dalam bangunan biru yang aku cakap tadi. Dalam bangunan ni menempatkan bahan pameran antik dengan time line sejarah Gamcheon Cultural Village.

 Sangat bersih

Gamcheon Cultural Village ni mendapat banyak gelaran. Santorini of the South Sea, Korea's Santorini, Korea's Machu Picchu dan ada juga yang bagi gelaran sebagai Kampung Lego. Perkampungan ini terletak berhampiran laut, so pemandangan di sini sangat cantik. Kedudukan Gamcheon Village ni terletak di sepanjang laluan mentari, jadi kampung ni dikatakan sentiasa terang bederang.

Salah satu hasil seni, kayu ni sebenarnya melambangkan ikan. Dan benda ni juga jadi arrow untuk panduan pelancong.

Posing jap kat sini. Masa aku ke Gamcheon Cultural Village, suhu kat sini sangat sejuk. Lepas tu aku ada nampak ahjuma ni duk letak tangan kat kayu ikan ni. Tujuan diaorang nak panaskan tangan.

Unik, seluar buruk pun boleh jadi pasu bunga.



Pemandangan dari roof top. Subhanallah sangat cantik. Kat sini korang boleh tengok pemandangan seluruh Gamcheon Cultural Village.

Signboard untuk ke Roof Top.

Burung kepala orang. Yang ni sangat rare.

Aku tak melawat kesemua tempat di Gamcheon Cultural Village ni. Hanya sebahagian saja yang aku pergi. Lepas ronda-ronda di Gamcheon Cultural Village, aku menuju ke tempat yang istimewa. Nanti aku sambung cerita...




 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...