Sabtu, 30 Mei 2015

Setelah 4 Bulan | Teacher's Diary

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Gayu guru, gerai nyamai, senang lantang nguan menua... bukan ucapan Selamat Hari Guru tetapi tu ucapan bagi Perayaan Hari Gawai yang disambut di negeri Sarawak. Bila tiba perayaan Gawai maknanya tiba la cuti sekolah 2 minggu yang dinantikan. Hampir 2 bulan tidak bersua muka dengan ibu, rasa exited semuanya ada. Alhamdulillah kini diberikan peluang untuk berjumpa dan diberikan peluang untuk menulis dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan.



SETELAH 4 BULAN.

    Setelah 4 bulan berada di Bumi Kenyalang, banyak pengalaman pahit manis yang aku tempuhi. Setiap hari yang dilalui merupakan pengalaman baru buat aku sebagai seorang guru dan juga seorang hamba Allah yang memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Setiap hari yang aku tempuhi mengajar aku untuk menjadi seorang yang kuat, tabah dan tidak mudah berputus asa. 

   Aku mengajar di sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid, satu sekolah hanya 9 orang murid sahaja. Tahun 1 ada seorang, tahun 2 ada dua orang, tahun 3 ada seorang, tahun 4 ada dua orang, tahun 5 ada seorang dan tahun 6 ada dua orang. Ramai yang cakap "senangnya murid tak ramai..." Ya, aku setuju, dari aspek kawalan kelas memang senang. 

   Tetapi bagaimana aku nak wujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Kesian tengok budak-budak sorang-sorang je dalam kelas. Cikgu ajar diorang dengar. Krikk krikk krikk... Hasil perbincangan dengan beberapa orang guru, aku perlu turut serta dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dan wujudkan suasana pembelajaran yang lebih kontekstual serta integrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Murid tahun 3 tengah belajar darab dengan konsep "luas"

   Aku juga tercari-cari identiti  aku sebagai seorang guru, guru yang macam mana perlu aku jadi?  Sebenarnya aku tidak suka marah dan susah untuk marah. Kadang-kadang bila rasa nak marah, aku cuba keluar dari kelas sekejap, lepas tu masuk balik, mesti budak-budak pikir "ape hal cikgu nih? Tiba-tiba keluar kelas" 

    Memandangkan latar belakang murid yang rata-rata mempunyai masalah keluarga, kalau boleh aku nak diorang rasa selamat dengan aku, dan diorang rasa selamat untuk datang ke sekolah. Bayangkan kalau datang sekolah je kena marah, mesti rasa down. Satu lagi, marah perlu, bukan lah sampai tak boleh marah, dan biar murid tahu kenapa diorang kena marah. 

   Bertepatan dengan tema hari Guru 2015 "Membina Ilmu dan Menyempurnakan Akhlak" tugas Menyempurnakan Akhlak sangat penting dan sangat berat untuk dipikul. Mungkin perkataan marah tidak sesuai bagi aku, tetapi yang sesuai ialah "menegur" kerana perbuatan menegur aku rasa selari dengan tugas "menyempurnakan akhlak"

Firman Allah " Serulah (manusia) ke jalan tuhan-Mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah an-Nahl 16:125)

Anak-anak murid sedang berdoa sebelum makan. 

   Setelah aku berada di sini, apa yang aku lihat anak-anak murid di Sekolah Kebangsaan Long Sepiling merupakan murid yang bijak. Walaupun mereka bersekolah di pedalaman, dalam kelas pulak tak ramai orang, kemudahan pulak kurang, tetapi kegigihan mereka datang ke sekolah, membuatkan aku tidak patah semangat. Untuk pengetahuan pembaca, ada anak murid yang datang naik bot, mereka ini tidak pernah sesekali gagal untuk datang ke sekolah!

Pemandangan senja di Jeti Sekolah, Sungai Tinjar.

ULAR DI SEKOLAH

   Setiap hari Isnin sehingga Khamis anak-anak murid S.K Long Sepiling ada kelas malam, kebiasaannya diorang akan lalu depan rumah aku untuk ke sekolah. Satu malam tu, diorang berlari-lari, ke rumah "Cigu Saffuan... cigu Saffuan... ada ular cigu...." Aaaa sudah, aku ni penakut dengan ular. Teringat masa kat Penang, ular masuk rumah, mak aku menjerit, aku yang lari ke luar rumah dulu. 

   Nak tak nak aku kena berani, ambil lampu suluh, aku yang jalan paling depan sambil anak murid tahun 1 dan tahun 2 pegang hujung baju aku. Sampai ja kat sekolah, memang ular tu ada, nampak kepala ja. Ular tu jenis Katam Tebu, jenis ular berbisa. Nak halau memang tak berani, aku pun cakap la "Bagi la anak murid aku jalan diorang datang niat baik nak belajar..." Dengan izin Allah, macam ular tu macam paham la pulak, ular tu pun pergi...

Ular Katam Tebu

Lepas ular tu blah, dia datang balik... So, panggil la bomba untuk tangkap ular tu...
Bergambar kenangan bersama Bomba Marudi, terima kasih susah payah diorang datang naik boat sampai 2 jam... Ular tu pun cerdik, hari-hari pergi sekolah, bomba datang dia pun hilang...

DEMAM PANAS dan CERITA PELIK


   Ada satu malam tu, aku tengah mengajar murid tahun 6 di kelas tahun 4. Masa tengah mengajar tu, tiba-tiba aku rasa tak sedap badan, rasa seram sejuk. Ni aku pendekkan cerita, malam tu macam-macam jadi. Aku ada nampak kelibat macam budak berlari-lari di kaki lima sekolah. Lepas budak-budak habis kelas malam, aku pulak rasa nak ke tandas sekolah buang air kecil. Ada 5 tandas di situ, semua pintu terbuka, kecuali satu tandas tu pintu tertutup lepas tu pulak tandas tu kat tempat gelap. Aku pun pergi la panggil, mana tahu ada budak dalam tandas. Lepas panggil tak menyahut, aku pun tolak la pintu tu, mau tak terkejut pintu tertolak seolah-olah ada orang dari dalam tandas. Sekali lagi aku tolak, pintu terbuka, yang aku nampak ada tong sabun. Pelik, perlahan-lahan aku beredar....

   Malam tu rasa tak selesa badan, sampai aku demam badan panas, kaki sejuk. Nak ke hospital kena tunggu lagi 2 hari sebab hari Jumaat baru ada ekspress ke Pekan Marudi. Sampai di Marudi tu rasa macam dah lembik. Aku kena masuk wad untuk pemeriksaan darah, takut kena Denggi atau Malaria. Lepas tu dah cek darah alhamdulillah, semua ok, tapi aku sakit kepala berlanjutan sehingga beberapa minggu. Sakit sampai ke bahagian belakang leher. Mula dari aku demam panas, selera makan aku drop, kadang-kadang teringin nak makan macam-macam, tapi bila dah makan tu semua rasa tak sedap. Tapi ok la, dari berat aku 67 kg turun ke 58kg. Balik Penang, mak masak spageti habis jugak sampai dua pinggan... Hehe...

Walau apa pun yang berlaku, kena beringat semuanya atas kehendak Allah s.w.t. 

Apa-apa pun kena ingat yang Allah nak cuci dosa...

TAK DE LAUK NAK MAKAN

   Ada satu tahap, aku dengan kawan-kawan dan jemu makan makanan dalam tin. Ayam pun dah jemu, tiba-tiba rasa nak makan ikan. Time tu la orang kampung tak de jual ikan. So aku dengan kawan-kawan planning dengan anak murid dengan pak sedara dia yang sebaya kami pergi tangkap ikan. Kami masuk ke kawasan hutan berdekatan, bila tengok ikan kat situ, pergh, melompat-lompat, tapi bukan senang nak dapat. Ikan kat situ semua pegi sekolah, tak mudah kena tipu...

   Masa tu la aku mula belajar menjala ikan, berguru dengan anak murid aku tahun 5. Sebelum ni dah berguru dengan sorang anak murid tahun 6, tapi tu menjala atas darat macam Pak Pandir, tapi ni menjala di sungai. Cubaan pertama tak dapat, cuba banyak-banyak kali akhirnya jala terbuka cantik. Seronok aku hari tu. Selepas 5 jam kami duk kat hutan, ada la dapat dalam 10 ekor. Huh, bukan senang nak cari makan.

Hasil tangkapan, Ikan Biawan buat masak asam pedas. Tak de nak resepi-resepinye, hentam je la, janji rasa asam pedas...

Kat bawah ni masa ada rezeki boleh makan udang sepit biru. Ni tangkap sendiri tau, pandai udang tu naik atas perahu. Haha... Tak de la, ni beli dari bapa seorang pelajar kat sekolah. 



 Sambal Udang, perencah tu tumbuk dengan lesung batu tau! Baru rasa "kick"

Sayur dari sumber-sumber berdekatan, Sayur Manis pecah telur, fuhhh sedap...

BELAJAR BAHASA TEMPATAN

"@#$%^&*>...." Kadang-kadang aku curi-curi dengar apa yang dibualkan dengan anak murid aku.  Tak paham lansung. OK, untuk pengetahuan korang, majoriti anak murid aku daripada etnik Kayan dan selainnya Iban. Aku ni suka bab belajar bahasa asing ni, aku sempat senaraikan beberapa perkataan yang selalu digunakan, dan berguru dengan anak murid aku yang dari tahun 6 dan tahun 5.

Bahasa Kayan ni ada mirip Bahasa Melanau, tapi bila korang dengar bahasa Kayan ni, kebanyakkannya memang tak sama lansung dengan Bahasa Melayu. Bahasa Iban pula ada mirip-mirip dengan Bahasa Melayu. Bila dah mula belajar tu, aku pun praktik la, kadang-kadang silap sebut, habis ketawa diorang... Suka budak-budak ni sampai siap bercakap Kayan lagi dengan aku.

Petang-petang habis sekolah mintak tolong anak murid pergi beli air 100 Plus, "Tingang, tulung kui tay bele' atak 100 Plus" Wah speaking gitu... 

Bukan omong kosong pak... Nah siap dalam buku lagi ku tulis...

Lagu Anak Kampung versi Bahasa Kayan oleh Chriss Ballan

"Nusi' te' kelita' kui, geri' ka' panao-panao..."
Tak ada keretaku bawa kamu jalan-jalan

I believe a great reason to learn a foreign language such as Pacific island languages is so that you can understand what the native speakers are saying to each other when the'yre speaking their own language to each other. So you can sit there and not talk to them but completley understand what they're saying in public. sumber : http://www.omniglot.com/language/why.htm

SAMBUTAN HARI GURU SEBAGAI SEORANG GURU

   Tahun ini merupakan tahun yang sangat bermakna buat aku, tahun ni la aku sambut hari guru sebagai seorang guru, bukan cikgu olok-olok. Biarpun kami tak ramai, sambutan yang diadakan sangat meriah dengan persembahan guru dan murid. Pelbagai acara yang diadakan antaranya sukaneka, persembahan guru dan murid dan paling best ada BBQ.

Guru dan Murid SK Long Sepiling sempena Hari Guru tahun 2015

Kerusi berirama photo by Cikgu Jazlan.

Kek sempena Hari Guru, bukan senang tau nak bawak daripada Miri ke Sekolah... Hehe...

Comel je Kad ucapan yang anak murid aku bagi, mana la dia amik gambar passport aku... apa-apa pun terima kasih 

   Banyak yang aku nak kongsikan dan banyak yang aku nak belajar dari korang yang mungkin sama kerjaya dengan aku. Alhamulillah, Allah bagi aku kekuatan untuk aku dan paling penting untuk mak aku, kami sama-sama berjauhan. Aku bertugas jauh dari keluarga demi mendidik serta mencari pengalaman yang mungkin aku tak akan dapat di semenanjung. Jika saya ada salah dan silap tolong tegur.

Buah Cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokan,
saya cikgu baru mengajar,
kalau salah tolong tunjukan.

Doakan yang terbaik!

Terima kasih atas sokongan anda, blog SAFFUANJAFFAR dimuatkan dalam Citra Orang Muda, Utusan Malaysia 23 Mei 2015 yang lalu

Baca cerita bila hari mula posting Kisah Aku Guru Baru di Pedalaman
Teacher's Diary My Version

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...