Selepas melawat Gamcheon Cultural Village, Masjid al-Fatah Busan aku meneruskan misi aku di bumi Korea Selatan. Trip Bercuti di Korea Selatan diteruskan dengan lokasi yang dikatakan sangat terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan di Busan.
Kalau di Malaysia pastinya Pasar Malam atau di Kelantan, terkenal dengan Pasar Siti Khadijah, tapi di Busan, Jagalchi Market merupakan pasar ikan terbesar di Korea Selatan wajib dimasukkan dalam travel itinerary. Apa yang ada di sini? Jagalchi Market merupakan pasar basah yang menjual hasil lautan disamping makanan laut seperti ikan bakar.
Bagi aku, lawatan ke mana-mana negara, aku suka ke tempat yang macam kat Jagalchi Market. Aku suka tengok life diorang dan budaya diorang dengan lebih dekat. Pastinya suasana di Jagalchi Market sangat berbeza dengan Pasar Basah yang ada di Malaysia. Bezanya, ada hasil tangkapan laut yang tak pernah aku tengok. Jom kita terjah Jagalchi Market.
[Direction ke Jagalchi Market]
Untuk ke sini mudah saja. Jagalchi Market terletak berhampiran Stesen subway Jagalchi, aliran Sinpyeong Line 1. Dari Stesen Jagalchi keluar ikut Exit 10. Jalan terus sehingga simpang 4 yang ke - 2. Di simpang yang kedua, di sebelah kiri korang boleh nampak Pintu Gerbang Busan International Film Festival. Dari simpang tu korang ke kanan dan kira-kira 300 meter dari situ la Jagalchi Market.
Line 1 Aliran Sinpyeong, Stesen Jagalchi & Keluar ke Exit 10
Exit 10 Stesen Subway Jagalchi
Jalan terus sehingga jumpa simpang jalan yang kedua. Nampak tak signboard NH Bank? Lepas tu di simpang yang kedua jalan ke kanan. Di sebelah kiri simpang ni ada gate Busan International Film Festival
Gate Busan International Film Festival
Masuk je ke kanan korang akan jumpa Pintu Gerbang yang macam kat atas ni
Kemudian jalan terus, dari sini dah boleh nampak satu bangunan besar Jagalchi Market
Jagalchi Market. Masa aku pergi, entah silap dimana aku tak dibenarkan masuk. So aku jalan-jalan di kawasan Market Outdoor je. Maket yang aku maksudkan tu terletak di sebelah kanan bangunan ni.
Macam-macam ahjumma ni jual. Lokan kat atas tu sampai terjelir...
Kerang/Kepah dibuang kulit. Undang siap kupas pun ada dijual di sini
Besar-besar tau
Ikan-ikan segar dari lautan
Pertama kali aku tengok sotong besar tu
Kerang ni biasa aku tengok di pasar malam kat Malaysia
Unik. Mungkin cara untuk keringkan ikan?
Rumpai laut kering
Nampak sedap, ketam cili?
Seaweed
Jom tengok suasana sekitar Jagalchi Market
Pelbagai jenis ikan bakar
Di Jagalchi Market juga terdapat kedai-kedai yang menjual ikan bakar.
Aku mengambil kesempatan jugak nak bergambar di sini. Sporting habes ahjumma ni.
Selepas perang Korea tahun 1950-an Jagalchi Market secara rasminya bertukar kepada pasar yang menjual hasil lautan sahaja. Majoriti peniaga di sini sama seperti di Pasar Siti Khadijah, rata-ratanya wanita. Wanita disini digelar sebagai "Jagalchi ahjumma" dan gelaran ahjumma tu kalau di Malaysia sama la dengan "Mak Cik"
Selepas melawat sekitar pasar basah, trip aku bercuti di Busan ni diteruskan lagi. Walaupun tak dapat masuk ke dalam bangunan Jagalchi Fish market tu, ada satu port yang cantik untuk tengok view di tepi laut. Kalau korang menghadap bangunan Jagalchi Market ni (dari jalan simpang yang ke kanan) di sebelah kanan bangunan ni ada Tourist Information Office. Di situ ada lif untuk naik ke Tingkat 7 bangunan ni.
Kapal-kapal di Jeti berhampiran Jagalchi Market
Kalau tak silap aku, semasa aku menghadap laut, Jambatan ni berada di sebelah kiri aku. Jambatan ni ialah Jambatan Yeongdodaegyo. Jambatan ini menghubungkan daerah Jung-gu dan Yeongdo-gu. Jambatan ini dibina pada November 1934.
So trip aku di Jagalchi Market sampai di sini saja. Lepas ni aku akan ke tempat lagi yang istimewa di Busan. Dan aku akan melalui jambatan yang aku mention kat atas. Jom bercuti ke Korea Selatan. Jangan lupa untuk ikuti enrty terbaru!
Baca Entry sebelum ini
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
ketam cili tu nampak sedap la plak..
BalasPadamyup...nampak menyelerakan... masa tu nak tanya org kedai, apa benda ni? tapi sorang pun x de... cari2 kat internet tak dapat pulak yg sama mcm ni...
PadamYang macam kerang besar tu, lokan SJ... Tapi lokan Malaya taklah terjelir macam tu... hehe
BalasPadamtq, masalah saya tak tahu nama.. baru search tadi... lokan Malaya tak terjelir lidah mungkin sebab dah kenyang la kot....
PadamNanti nak beli la ketam cili tu, and masak sendiri kat hostel. Fuh mesti berpeluh makan sebab cili kat Korea boleh tahan pedas. Aritu makan sotong cili pun boleh menangis.
BalasPadamtengok muka orang korea macam orang cina dengan orang jepun yang tak makan pedas.... Tapi orang korea makan pedas... haha...
PadamTak cube beli atau makan seafood kat situ ke? Macam sedap la plak. hehe
BalasPadamAku tak beli pun... sebab nak kejar masa ke Taejongdae, lagi satu bekal makanan dh bawak banyak... sebab nak jimat... hehehe...
Padambrapa ari kat busan ni?
BalasPadam2 hari je...
Padamwah....best2x
BalasPadamtahun lepas pergi busan tak sempat gi jagalchi market.. Inshaallah tahun ni akak nak pergi sekali lagi.
BalasPadam