Selasa, 22 Oktober 2013

Tips Becuti di Luar Negara 2

Its all about money!

Asaalamualaikum and hi!

Tips Bercuti dan Melancong ke Luar Negara | Sekali lagi aku mencatat rekod pencapaian cemerlang dengan tempoh 2 bulan update blog. Tapi hari ni aku gigih nak update. Aku nak share sikit la macam mana aku buat budget masa aku travel, terutamanya travel ke luar negara dan macam cara nak kira currency rate. Jom aku nak share tips bercuti di luar negara.

   First of all, sebelum korang pergi mana-mana sekali pun planning tu sangat penting, maksud aku kalau korang travel tak pakai tour guide, traveller yang kaki redah macam aku nih. Planning yang aku maksudkan di sini "Travel Itinerary". Dalam travel itinerary korang masukkan tempat-tempat yang korang nak lawat dan anggaran perbelanjaan, contohnya pengangkutan, tiket masuk dan lain-lain.

Kat atas ni contoh anggaran perbelanjaan aku masa nak ke korea nanti, ada aku upload dalam entry tips bercuti di luar negara yang lain. Dari mana aku dapat maklumat harga segala macam  tu? Senang jer, korang pergi le ke website, contohnya KTX untuk tahu harga tiket speed train atau pun korang boleh pergi ke blog-blog traveler yang pernah ke tempat yang korang nak pergi. So anggaran perbelanjaan aku lebih kurang RM776 atau W 256,400. Dah dapatkan anggaran perbelanjaan, boleh la korang bajet-bajet duit simpanan dan berapa banyak korang nak tukar.

Jadi langkah pertama cara nak kira currency rate ialah :

1. Buat anggaran perbelanjaan dan banyak mana korang nak tukar.

 Jangan lupa masukkan sekali duit untuk kecemasan.

2. Tahu kadar tukaran bagi matawang dan berapa banyak yang korang dapat selepas convert duit

Macam aku aku tukar sikit2, setiap kali tukar ada rate yang berbeza, dan setiap kali aku tukar duit aku mintak resit dan aku simpan dalam note phone aku

Lepas tu aku buat pengiraan berapa banyak yang aku dapat selepas convert duit.

Ni contoh yang aku buat, setiap kali aku tukar duit aku catat banyak mana yang aku spend. So kalau buat pengiraan, rate yang aku dapat untuk W1000 = RM 3.03

3. Tahu buat anggaran

 Rupa Duit Won

Rupa duit Rupiah, korang ada duit rupiah sah korang ni jutawan

Biasanya kalau pergi negara macam Indonesia, kadang-kadang tu keliru dengan duit dia, mana taknya harga segelas teh o panas di Pulau Samosir Rp 3,000... Eh murah ke mahal tu?

So, step yang kedua penting la, korang kena tahu exchange rate contohnya masa korang beli duit Rupiah currency rate masa korang beli

Rp 1 000,000 = RM 326.00

Jadi korang kira dalam unit terkecil jadi Rp 1000 = RM 0.36


Anggaran harga untuk segelas teh o panas = 3 (tak perlu nak kira sampai ribu) x 0.30 (genapkan jadi 30 sen) = RM 1.00++ ( anggaran ni bukan untuk tahu nilai yang tepat, ni just nak tolong korang bajet harga untuk beli barang contoh mcm cenderamata ke)

So setakat tu yang aku tips bercuti di luar negara yang nak share, kalau korang duit banyak aku rasa tak perlu kisah semua ni kan? Tapi kalau traveler macam aku yang nak bajet seminimum yang boleh, so aku kena la berkira-kira. Jangan lupa kongsikan tips bercuti dan melancong keluar negara dengan rakan-rakan. Terima kasih sudi melawat, bye...

Baca entry terdahulu




Muhammad Saffuan Bin Jaffar

16 ulasan:

  1. Teringin nak jalan2 keluar negara..

    shafiqhashim.blogspot.com

    BalasPadam
  2. hehehe haritu org tanya cmne kumpui duit.hihi

    BalasPadam
  3. bestnya.haritu org tny cmna kumpui duit.bila nk share tips kumpui duit pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. tips kumpul duit senang je... pergi menabung.... hehe...

      Padam
  4. Estimation tu mmng penting.. Kalau travel ke Indo aku guna duit masuk toilet sbgai benchmark... Pay Toilet dekat Indo rate die around 1000 rupiah. So entrance pay toilet dekat Indo lagi mahal dari Malaysia walaupun dia pnya standard even worse .. Kalau Korea last time aku guna price Mineral Water..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup estimation tu penting, nak tau kena sembelih ke tak....masuk tandas yess Rp1000,

      pam tayar bocor pun Rp1000...

      Makan nasik kat Permatang siantar kira Rp9000 so lebih kurang RM3.00 la... lauk ayam dengan ikan...

      berape harga mineral water kat korea?

      Padam
    2. pergh.. pam tayar pun kena bayar.. ceh.. berkira.. ha3..

      mineral water around 850 won untuk botol kecik..

      nnti dh turun Busan jgn lupa story dkt sini.. nak tahu jgk pe yang interesting dkt Busan

      Padam
    3. tayar tu pulak pancit lepas aku tak beli barang kat satu mak cik... bukan main marah dia....

      insyaAllah, nanti gue story mory kat sini....

      Padam
    4. Mak cik tu ada tulah kot.. =D

      Padam
    5. tak tau la, tapi bukan main marah dia...

      Padam
  5. salam perkenalan..good entry..sy pun suke bercuti...sy follow blog awk..klau sudi follow la bali ye..tq :)

    BalasPadam
  6. Bulan januari nnt pon sy nak ke busan, pastu ke seoul. harap2 boleh la bg tips nnt ek.. nk tny pasal bajet korea kat atas tu, kenapa ke seoul lg mahal , tiket ktx balik murah je? guna KR pass ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bajet kat atas tu kalau diteliti betul2,

      Busan - Seoul (Saya guna KTX)
      Seoul - Busan ( Saya naik Mugunghwa)

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. serius best melancong!! Jom g melancong lagi ke Thailand or mane-mane je..

    Dapatkan juga Tips Melancong Disini yang sungguh marbeles ini

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...