Sabtu, 26 Oktober 2013

23 Hari Lagi | Watermark

Assalamualaikum

 Tinggal 23 hari lagi aku akan ke Busan, fuh dah lama tak terbang jauh...

Hari ni line internet teruk sangat, sebab apa aku pun tak faham. Dalam masa tu aku tengok balik gambar-gambar lama masa aku pergi travel dulu. Banyak kenangan lalu membuatkan aku jadi matang, pernah aku basah lencun masa di Istanbul, solat di atas salji masa aku di Scotland dengan suhu bawah paras beku, hilang beg duit masa aku di Kota Kinabalu, hidung berdarah masa naik flight sampai flight kena delay, kalau nak cerita memang banyak. 

Aku bukan nak belagak, ada orang lain pergi lebih banyak, lebih jauh daripada aku. Tapi apa yang aku nak kongsikan ialah inilah kehidupan. Masa aku pergi berjaulah, banyak aku reflek daripada kehidupan orang. Rupanya masih ramai lagi yang inginkan kehidupan macam aku, sedangkan aku tak bersyukur dengan apa yang Allah berikan dan dalam prasangka diri aku, masih lagi ada manusia yang berhati mulia. Daripada kisah hidup orang, aku selami diri aku, rupanya banyak yang perlu aku perbaiki.

Diciptakan alam ini seluas-luasnya dan dihiasinya dengan keindahan alam, gunung-gunung, lautan biru dan pepohon hijau. Kemudian Allah letakkan pulak di bumi ini manusia pelbagai bangsa. Allah itu satu tapi kenapa Allah ciptakan pelbagai rumpun bangsa? Fikirkan sejenak. Walaupun manusia ini berbeza, hakikatnya ada benda yang sama kita kongsi, kebaikkan. Mana ada manusia, tak kira dia bangsa Cina, Batak, Iban, Siam, Jepun, Rusia yang suka kepada kejahatan.

HEHE,

Dah jadi ceramah la pulak, dalam aku duk menyelongkar gambar-gambar lama, aku jumpa folder watermark yang aku buat, dan ada yang aku baru buat untuk lepaskan kebosanan. Terima kasih geng sebab sudi singgah ke sini. Doakan untuk exam aku yang bakal mendatang...


Watermark lama, watermark baru, dalam blog tak letak yang ni pun...


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

5 ulasan:

  1. yeay!selamat pergi dan selamat balik

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. tiket AirAsia ke Busan ada promo sekarang.... kalau dapat cari tiket sama time on je wadi...

      Padam
  3. ingatkan dah balik dr busan. saya pun baru lepas melawat busan dua minggu lepas. time tu cuaca memang panas dan diaorg tengah save energy laa konon so banyak bangunan dia xpakai aircond. daun masa tu pun blm perang sepenuhnya so xda laa feeling2 autumn sangat. anywhere have a fun trip.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru plan trip ke busan dengan seoul, belum pergi lagi.... x sabar nak pergi... :)

      Padam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...