Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu di Pulau Pinang

Jerebu di Muar boleh dikatakan antara yang paling teruk. Kini jerebu dah mula merebak ke Pulau Pinang. Berikut gambar terkini jerebu di Pulau Pinang.

Bila tengok kat luar tingkap...
" Wahh kabus rasa macam kat Beijing "

Banyak la hang punya kabus!

Maklumat STATUS BACAAN INDEK PENCEMARAN UDARA (IPU) PADA 24-Jun-2013 SELURUH MALAYSIA
(Sumber : AIR POLLUTANT INDEX MANAGEMENT SYSTEM)
 Pulau Pinang (5.00PM) di USM pada bacaan 81

Jam 2.00 petang di IPG Kampus Pulau Pinang



6.30 petang di Puncak Bukit Jambul

Di lokasi yang sama tiada Jerebu kat Pulau Pinang... Nampak tak beza, gambar ni aku mabik tahun lepas 2012 waktu yang sama...

   Kalau boleh kurangkan aktiviti luar, aku ni pun dah batuk-batuk, malam keluar gi cari mask banyak yang dah habis. Tapi jangan risau, melalui info dari akhbar yang aku dapat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang berusaha untuk tambah Topeng Muka terutamanya jenis N95. Macam manapun keadaan jerebu di Penang masih dalam keadaan terkawal, cuma kalau boleh la, kurangkang aktiviti luar.

Jaga kesihatan minum banyak ayaq tau...


Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Jumaat, 21 Jun 2013

Jalan-jalan Cari Makan TURKI (Part 1)

Malam ni entah duduk tak duduk aku nak tulis story pasai makanan, mungkin aku lapar kot. Tapi tadi aku dah pekena roti naan dua keping kat Kapitan, kena latih nafsu nih sebab tak lama lagi nak masuk Ramadhan, makan tu nak kena kontrol.

OK back to business, setiap kali trip ke mana-mana salah satu benda yang kita takkan missed ialah makanan tempatan, dari makanan juga kita belajar mengenai budaya masyarakat tu. Trip aku di Turki, aku berpeluang merasai pelbagai makanan yang unik dan pelik di sana. Ok jom kita rasa sama-sama. Hehehe

1. AYRAN

Fokuskan kat gelas putih yang nampak macam susu. Tapi bukan susu ye, ia sejenis minuman yang dipanggil Ayran, dihidang secara sejuk. Rasanya macam yogurt masam.

Turki merupakan pengeluar terbesar Ayran di dunia dan Ayran juga boleh didapati di negara-negara lain seperti :

Iran - Doogh
Uzbekistan - Ayron
Di Negara Arab - Laban

2. CAY (Teh)
Teh dihidangkan dalam cawan kecik 

Teh dan orang Turki tak dapat dipisahkan, ibarat irama dan lagu bak kata P.Ramlee. Pegi mana pun teh... teh... teh... pergi la cari kopi di Turki tak ade punye. Cara penyediaanya pulak unik tak seperti di Malaysia, masukkan uncang dan tuang je air panas. Di Turki diorang ada cerek unik untuk masa teh, jom Jalan-jalan Cari Makan TURKI nak tunjuk.

Cerek yang digunakan ada dua tingkat, yang besar (tangan kanan) tu diisi dengan air kosong mana kala yang kecik (tangan kiri) diisi dengan air sejuk dan teh, campuran air sejuk dan teh akan masak secara perlahan. Waktu gambar ni diambil, aku baru sampai di Istanbul dan teh ni dikira macam wajib bagi diorang untuk hidang kat tetamu.

3. BAKLAVA

Ni antara makanan yang aku tak dapat lupakan, perghh... sangat sedap la weyh. Aku pernah rasa baklavah yang kawan aku dari Syria bawak, tapi bila kena Baklava di kedai Karaköy Güllüoğlu, ini yang daebakk!!!

Yang line tengah paling mengancam, baklava perisa coklat 

Kalau datang ke Istanbul, jangan lupa singgak kat kedai yang aku mention kat atas, kata kawan aku yang bawak aku jalan-jalan kat Istanbul, baklava di sini yang terbaik dihasilkan di Turki.

4. PIDE
Pide ni kalau kat Malaysia sekufu la dengan roti canai, benda ni diorang cari masa sarapan, tapi jauh lebih berkhasiat daripada roti canai.

Inilah rupa Pide

Pide ni diperbuat daripada adunan doh roti yang dibuat bentuk seperti perahu atau sampan, kemudian dibahagian tengah tu ditaburkan dengan isi ayam atau kambing dan telur. Kemudian pide ni dibakar dalam ketuhar arang, perghh rasa dia memanglah sangat sedap.Kalau nak dibandingkan bakar dalam oven, pide yang dibakar dalam ketuhar arang ni lebih umph...

Adik beradik pide, aku tak ingat la nama dia 

Pide dimakan dengan salad tomato. Ingat lagi tak nama air yang putih macam susu tu???

5. OK lah cukup kot dulu setakat ni, nanti ada masa aku akan sambung lagi... Jumpa lagi di Jalan jalan cari Makan TURKI tata..




 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Rabu, 19 Jun 2013

Tips Bercuti di Luar Negara 1

Permohonan Lawatan Ke Luar Negara bagi Pelajar
 
Tips Melancong dan Bercuti di Luar Negara | Aku ada terbaca dekat blog, ada yang pergi travel amik insurans. Kalau melancong ke luar negara seperti Thailand sebaiknya ada prepare untuk insurans bagi meringankan beban kalau-kalau ada timbul masalah. Kawan aku ada pergi travel sorang ke Australia, dan pada masa tu Jabatan Hal Ehwal Pelajar ada maklumkan masa perhimpunan yang pelajar perlu mengisi borang permohonan lawatan ke luar negara, nampak macam rumit dan kawan aku pun tak isi.

Kali ni ada rezeki untuk aku ke luar negara sekali lagi pada pertengahan november, so aku ingat nak amik insurans perjalanan. Untuk memohon insurans perjalanan kita perlu mengemukakan surat permohonan yang telah diluluskan. Macam aku student IPG aku memerlukan kelulusan daripada rektor. Permohonan perlu dibuat 3 bulan sebelum tarikh perjalanan. Alhamdulillah dalam masa yang singkat permohonan aku diluluskan.

Langkah pertama perlu isi borang PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN KE LUAR NEGARA (PERSENDIRIAN) yang boleh didapati di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Lengkapkan borang permohonan termasuk alamat untuk kita menginap, tak perlu detail pun tak pe. Bahagian PUNCA KEWANGAN aku letak PERSENDIRIAN, setel selepas 2 minggu permohonan aku telah diluluskan.

 Surat makluman daripada Pengarah

Surat kelulusan Permohonan Lawatan Ke Luar Negara (Pelajar)

   Alhamdulillah, proses tak rumit dan permohonan untuk perjalanan semasa dalam cuti kebiasaannya akan diluluskan. Langkah seterusnya ialah nak buat insurans, kalau ada pembaca yang pernah buat insurans perjalanan ke luar negara boleh la kongsikan kat Tips Melancong ke Luar Negara . Tengah tak de idea nak pilih yang mana satu.

Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Ahad, 16 Jun 2013

ESCAPE to Teluk Bahang Cure For Computer Addicts

   Di Pulau Pinang ada satu tarikan baru untuk peminat outdoor activities, kalau korang ke Pulau Mutiara boleh masukkan ESCAPE Teluk Bahang dalam travel itinerary. Terletak di Teluk Bahang Pulau Pinang, hanya mengambil masa kira-kira 20-30 minit dari bandaraya George Town. ESCAPE terletak berhampiran 2 lokasi menarik lain di Penang, Butterfly Farm dan Taman Negara Teluk Bahang.

Terletak jauh dari bandar ESCAPE menjanjikan satu pengalaman menarik 2 dalam 1, meneroka kehijauan alam cewahh. Ok yang dikatakan outdoor activities tu macam mana? Pernah main flying fox? Atau Wallclimbing? ESCAPE lebih kurang macam tu la, dia ada banyak tower dan setiap tower dihubungkan dengan macam-macam jenis laluan. Tower tu pulak bertingkat-tingkat dan semakin tinggi level tower yang kita naik, semakin mencabar laluan untuk ke Tower yang lain!

Dalam map tu ada tunjuk macam-macam jenis permainan dan nama setiap tower.

Yang nombor 11 (Gecko Tower) dia macam wall climbing, kalau datang dengan group, boleh lawan dengan kawan-kawan.

Antara game yang aku main

4 Monkey Business
11 Gecko Tower
12 Atan's leap

Atan's Leap ni ala-ala bungee jump, tapi tak 100%, tinggi Atan's Leap ni pun dah cukup gayat

Lampu kat tempat parking, cara diorang hias tempat ni memang menarik! 

Landmark ESCAPE 

Kawasan Tempat letak kereta dan Pintu Masuk ESCAPE Teluk Bahang 

Ni game tower yang aku cerita. Mencabar kalau sehari pun tak cukup nak cuba kesemua game 

Bangunan lama yang diberikan nafas baru! Cuba tengok kat bumbung ada rumput dan rumput tu berfungsi menapis air hujan yang dikumpulkan dalam tong yang kat sebelah kanan gambar!

   Gambar aku tak dapat nak petik banyak-banyak, sebab peraturan ESCAPE Teluk Bahang tak benarkan pengunjung yang nak main bawak phone atau tab, konon-konon nak posing-posing masa main... Sorry ok! Segala dompet phone, tab semua kena simpan dalam loker yang disediakan.

   Ada jugak penginapan yang disediakan dan untuk maklumat lanjut boleh klik di sini ESCAPE TELUK BAHANG. Tempat tu ala-ala chalet atas pokok! Aku tak sempat cuba, sebab baru je dibuka kepada pengunjung. 

Selain melawat ke Batu Feringghi, Bukit Bendera kenapa tak kali ni anda berkunjung ke ESCAPE!



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...