Isnin, 31 Disember 2012

Projek Ubahsuai Interface JF7ELG


  
 3 Bulan lepas saya ada menulis entry mengenai interface. Ada dua jenis, dan ilham dari 9W2BZI, mula-mula agak sukar saya nak buat interface, banyak kali cuba tak menjadi. Cuba punya cuba akhirnya dapat satu interface. Kemudian saya cuba buat interface dengan circuit yang lebih ringkas hasil daripada JF7ELG. Namun kedua-dua interface tak dapat bertahan lama, mungkin cara saya solder kurang baik atau komponen elektronik sudah rosak.

   Saya belek semula litar interface hasil JF7ELG dan alhamdulillah saya dapat ringkaskan litar, buang part yang mana tak perlu. Kali ni interface yang saya hasilkan tanpa wayar dan bukan bermakna tak guna wayar lansung. Cuma bila nak guna baru cucuk pada interface tersebut. Interface yang saya gunakan berkerja dengan baik bersama rig yang saya gunakan iaitu Kenwood TM271-A.



Litar interface asal oleh JF7ELG

Kemudian pengubahsuaian, guna socket untuk stereo jack dan RJ-45


Litar yang telah diubah suai oleh saya, Stereo Jack saya gantikan dengan Stereo Jack Socket dan RJ-45 Pin tu saya gantikan dengan RJ-45 Socket.

Untuk interface yang dulu saya buat saya gunakan trim pot jenis lama kemudian tukar gunakan jenis yang baharu warna biru.

Jenis trim pot yang digunakan dalam litar interface lama
Sumber Gambar : http://www.mikroe.com/old/books/keu/01.htm

Jenis trim pot yang digunakan dalam interface baru
Sumber Gambar : http://www.wellgainelectronics.com/oemtrimpot3362100k.aspx

Bahagian dalam interface

Kali ni lebih kecik kotak tapi nampak tak menarik dengan wayar RJ-45 terkeluar tu. Tak terfikir untuk gantikan dengan soket dan mungkin nampak lebih kemas.






Lebih kecil dan kemas. Selamat Mencuba & 73




 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Rabu, 5 Disember 2012

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Part 3)

Pagi ni kami semua bangun awal, mula-mula sekali aku kena sediakan sarapan. Tugas aku sebagai tukang masak di sana dan dibantu kawan-kawan. Cikgu aku masih lagi tidur, tak leh gerak dia awal-awal nanti dia bising itu tak kena ini tak kena. Hahaha....

Dah siap masak baru la boleh gerak dia bangun, kalau tak macam-macam dia komplain (tapi hati dia baik). Lepas makan kami solat dan siap kemas-kemas barang untuk ke Park HQ. Di sana kami akan dengar sikit taklimat dari penunjuk jalan.

Masuk ke Kinabalu Park HQ, kami cek nama, betul ke tak ejaannya, amik permit masuk Kinabalu Park, kemudian pergi jumpa dengan penunjuk jalan.

"Baiklah selamat pagi semua dan Selamat Datang ke Kinabalu"
"Sini saya nak pastikan semua sudah buat pemeriksaan kesihatan, dan semua teda masalah kesihatan yang kronik"
" Sebelum mendaki, ada saya nak ingatkan beberapa perkara, mengenai pantang larang semasa hiking"
"Pertama sekali jangan bising-bising atau jerit-jerit di sana, kemudian dilarang ambil segala benda macam batu atau apa saja di sana... Harap semua dapat faham... Ok jom naik teksi kita akan ke Timpohon gate"

Masa dia cakap tu masing-masing diam, tak tahu kenapa. Aku pulak rasa macam tak yakin ja. Cikgu aku relaks, senyum muka dia, sebab ni bukan kali pertama dia hiking dah dua tiga kali. Barang-barang semua kami akan masuk ke dalam teksi, sempat kami beli kayu ( tongkat untuk hiking ) sebatang RM3.00 katanya kayu tu dari Pokok Mengaris.

Pendakian bermula jam 7.30 pagi dengan lafaz Bismillahirrahmairrahim dan bacaan doa.



Bergambar dulu. Ni geng-geng mak cik dari Singapura yang tolong amik.

Sebelum nak hiking, berlapis-lapis baju aku pakai, sejuk memang sejuk. Bila dah hiking dan makin tinggi, aku dah start berpeluh-peluh, macam air terjun jadinya. Last-last bukak habis baju tinggal la sehelai ni.

 Wajah masih kanak-kanak lagi... Hahaha.... Pakai baju sehelai je...


Pokok-pokok lumut

Tupai jinak!


Antara laluan pendakian, kalau hujan agak susah nak mendaki

 Periuk Kera di Taman Negara Kinabalu, besar dan cantik
Komborongoh Telecom Station atau RTM Station?

Kat tracking ni banyak disediakan pondok untuk berehat. Kebanyakkan pendaki adalah orang asing, tak ramai orang Malaysia. Dalam masa berehat tu, kami jumpa dengan porter, tukang angkut barang. Macam-macam lah barang yang diangkut, tong gas, kampit beras bukan sikit bang, berpuluh-puluh kilogram bang oii!


Laluan tracking yang lebih sempit

 Wah! Aku dah sama aras dengan awan....

Boleh tahan oooo yang nih.... Tercungap-cungap aku dibuatnya...


Semasa mendaki ni pengalaman aku yang menakjubkan, masa dekat bawah, pokok-pokok macam biasa yang kita tengok dekat Malaysia, lepas tu bila dah makin tinggi, semua pokok-pokok dah renek-renek dan kebanyakkanya tak pernah aku tengok. Pokok tu renek sebab dapat tahan daripada rintangan angin yang kuat. Subhanallah....










Tengok la, semuanya unik!

Setelah bertarung selama lebih kurang 7 jam, maka kami pun sampailah di Laban Rata, aku punya la letih. Masa tu cikgu aku dengan guider tak sampai lagi jadi kami baring la dekat tepi tempat lapang. Cuaca nampak macam tak mengizinkan, hujan renyai-renyai dah mula turun. 

Kalau cuaca tak mengizinkan kesemua pendaki tidak akan dibenarkan meneruskan pendakian, tidakkkk....

Laban Rata Guest House

Kat Laban Rata ni ada buffet, sorang bayar RM30.00. Aku sanggup bayar, aku sanggup bayar sebab aku dah muak makan dalam tin dan aku malas nak masak. Tapi lain pulak jadinya, kami bukan menginap di Laban Rata, tapi kena panjat lagi 100 meter untuk ke Panar Laban Hut. Tidaakkk... 100 meter mendaki tak sama dengan 100 meter berjalan, hasrat aku tu dibatalkan..




 Lagi 100 meter!!!

Sampai ja di Panar Laban Hut, masing-masing bila dah dapat katil semua tidur. Hati aku tak berapa nak senang, sebab di luar hujan, bunyi air turun dari puncak boleh dengar mencurah-curah. Ya Allah, tolonglah aku merayu sangat-sangat izinkanlah kami mendaki sampai ke puncak.


Subhanallah, waktu senja di Panar Laban cukup menyentuh hati, aku kini berada pada ketinggian 3,314m dari paras laut sambil menyaksikan matahari terbenam. Mudah-mudahan diizinkanNya aku dapat menyaksikan matahari terbit di puncak Kinabalu ~insaf~

Malam tu agak meriah di Panar Laban Hut, ramai orang, tapi kebanyakkannya mat salleh. Ada pulak yang pandai speaking Bahasa Melayu. 

Dapur kat situ kongsi, tapi hari tu macam kami ja yang guna, tandas pulak unisex. So jangan duk buat terkejut pulak ye. Nak mandi? tak dek nye nak mandi, sejuk bukan main lagi kat atas tuh.

Jarum jam baru menunjukkan pukul 9.00 malam. Guider suruh kami tidur awal, sebab esok pendakian ke puncak akan bermula seawal jam 1.30 pagi.

~Bersambung~


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Selasa, 4 Disember 2012

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Part 2)

"Anda selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Terminal 2....."

Alhamdulillah, aku dah menjejakkan kaki di kepulauan Borneo, Negeri Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Turun dari kapal terbang aku buat kerja bodoh. Haaah, haaah, haaah.... Tak berasap pun, aku ingat Sabah sejuk macam Cameron Highland. Please jangan buat cam tu, maafkan aku sebab aku boleh consider sebagai budak lagi.

Sampai di Airport macam biasalah, kena lalu imigresen, waktu tu aku tak ada passport lagi, so dapat la permit masuk Sabah yang macam resit supermarket. Kat situ pemandu MRSM Kota Kinabalu dah siap tunggu dan terus dia bawak kami pergi makan. Lepas makan balik ke Sickbay dan tidur.

~Allahuakbar... Allahuakbar....~ Jam menunjukkan 4.30 Pagi dan azan sedang berkumandang di MRSM Kota Kinabalu. Kami bersiap-siap untuk solat di Surau, pagi tu ramai student kat sana. Lepas solat subuh, tidur sekejap, penat semalam tak hilang lagi.

Untuk hari ke dua kami di Kota Kinabalu, tak buat apa-apa pun, melaikan jalan-jalan di sekitar KK dan melawat Pasar Filipina. Cikgu aku cakap, masa bawak "perempuan" join Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu, memang diorang ni rambang mata. Cakap satu jam di situ, 3 jam jadinya. Itu ini semua nak beli.

14 Julai 2006

Selepas beberapa hari di KK sekarang tiba masanya kami akan menuju ke Kinabalu Park, menurut driver yang bawak kami tu, perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam dan akan melalui jalan yang berliku-liku. Kalau nak di bandingkan keadaan jalan sekarang jauh lebih baik.

Dari pemandangan Kota Kinabalu yang dipenuhi bangunan tinggi, suasana di sekeliling berubah, semuanya hijau, tenang dan damai, sempat kami singgah untuk beli beras, nak buat bekal untuk kat atas gunung la. Lepas beli beras kami teruskan perjalanan, sampai di satu tempat.

"Semua boleh turun...." driver tu memberhentikan kenderaan, aik takkan dah sampai, tak nampak signboard pun.

"Kita pergi sana, situ cantik untuk ambik gambar..." Amik gambar rupanya, ingatkan dah sampai. Aku menolak pintu wan.....wahhhh....... sejuknyaaaa! Ya Allah, sini jauh lebih sejuk dari Cameron Highland dan di tempat kami berhenti tu nampak jelas Gunung Kinabalu.




Akhirnya kami pun tiba di Kinabalu Park, ramai kot orang kat sana. Tempat tu memang cantik sangat. Tak rasa macam berada di Malaysia. Kami terus menuju ke tempat penginapan dan kemudiannya berjalan di sekitar Kinabalu Park.

Di sebelah malam pulak kami pegi dengar talk, rasanya mereka ni Sainstis. Sorang tu sainstis tempatan dia punya talk mengenai flora dan fauna di Maliau Basin, memang best, banyak benda-benda yang pelik di Maliau Basin yang dia kongsi. Sorang lagi, orang  putih, dia ni kaji burung-burung yang berhijrah beribu-ribu kilometer. Lepas dengar talk, apa lagi balik kami makan yang dimasak sendiri, lepas tu tidur. Esok Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu akan bermula.








Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Part 1)

Cerita yang aku tulis kali ni dah hampir 6 tahun berlalu, tapi based on catatan yang aku buat & memori aku, maka terhasilah balik entry "Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu". Tak dak kerja sebenarnya aku ni, adui...

"Ekspedisi Gunung Kinabalu" dua tiga kali aku fikir, argh... tak senang duduk aku, nak pergi ke tidak? Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia, mampukah diri ini sampai ke Puncak? 

Tanpa membuang masa, aku telefon mak, pujuk mak aku supaya bagi aku ke sana (masa tu aku masih sekolah menengah). Macam-macam strategi aku guna, alhamdulillah akhirnya dapat "lampu hijau". 

Berbulan-bulan sebelum tiba tarikh ekspedisi, aku dengan 4 orang lagi kawan training sungguh-sungguh, jogging pusing padang, lari naik turun tangga. Paling eksterem kami berjalan kaki sejauh 23km dari Balik Pulau ke Empangan Air Itam. Yang kami tak sempat, untuk training dengan mendaki Bukit Bendera.

Segala persiapan rapi dibuat, hantar surat rasmi ke tempat kami nak menginap (MRSM Kota Kinabalu), tiket pun dah di beli, alhamdulillah dapat tiket Air Asia, murah pun murah hanya RM168.00 return* Barang hiking pun siap, antara barang yang kami bawak :

1) Peralatan memasak
2) Makanan dalam Tin, Sardin, Kari Ayam
3) Perencah Nasi Goreng, Sup Sayur, Kicap
4) Telur dan Beras
5) Penutup muka
6) Glove Tangan
7) Baju sejuk
8) Ubat ubatan
9) Energy Water (Maaf la tak ingat, dia macam serbuk)

12 Julai 2006

Ekspedisi Gunung Kinabalu bermula dengan kami meninggalkan MRSM Balik Pulau, wah exited, teruja semua ada. Kawan-kawan lain memerah otak, studi. Kami? Pergi bercuti makan angin, memang sakan aku time tu.

Dari Balik Pulau terus kami ke Stesen Bas Sungai Nibong. Sampai ja kat stesen bas, terus beli tiket ke Kuala Lumpur, fuh banyak kot beg yang kami bawak, kebanyakkan makanan dalam tin. Tepat jam 9.30pagi aku bersama empat lagi sahabat dan seorang guru pengiring bergerak meninggalkan Pulau Mutiara.


*Selepas 5 jam perjalanan*

Exited, exited sangat. Suasana keliling dah berubah, dah nampak menara Kuala Lumpur dan nampak menara berkembar Petronas. Last aku ke Kuala Lumpur tahun 2001, banyak dah berubah kat sini. Tayar bas berhenti bergolek, kami sampai di Stesen Bas Puduraya.

Perasaan seronok aku tu dah hilang, hidung aku berdarah, bukan sikit... Banyak kot. Aku amik tisu sumbat. Cikgu aku dah bising. "Macam mana nak hiking???" Aku relaks cakap, nanti hilang la darah tu. Masuk kat dalam stesen bas Pudu, aku dah pening kepala, panas, sesak, dengan ulat jual tiket, rimas-sangat rimas. (Sekarang ni Stesen Bas Puduraya dan selesa)

Kami ke tempat menyimpan beg, sebab nak beli barang dekat area KL. Fuh takut aku tengok orang, berebut-rebut cari pelanggan untuk nak simpan beg. Sini! Sini! Kat tempat makan pun macam tu, nampak ja orang, buka peti ais, nampak ja orang buka peti ais. Kepala aku makin berdenyut-denyut, aku makin tak selesa.

Lepas beli barang, daripada Pudu kami bergerak ke KL Sentral dan dari sana kami menaiki bas untuk ke LCCT KLIA. Hidung aku ni kejap-kejap berdarah, apa masalah pun aku tak tau. Sakit kepala dan hilang, aku pun terlelap.

*Setibanya di LCCT KLIA*

Alhamdulillah, kami sampai di LCCT, ni la pertama kali aku ke airport dan pertama kali aku akan naik pesawat. Macam mana la rasa naik kapal terbang. Dulu asyik dengar orang je naik kapal terbang, tapi hari ni turn aku. Beg-beg diangkat dan kami masuk ke LCCT untuk check in bag. Penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu di sebelah malam.



Tunggu punya tunggu sekali ada pengumuman dibuat.

"Penerbangan Ke Kota Kinabalu lewat......"

Aaa sudah tunggu lagi aku kat gate. Dari situ aku dah nampak kapal terbang, macam mana tak exited. Bila la aku nak naik. 

Alhamdulillah, dah lama menunggu, kapal terbang sedia nak berlepas, semua penumpang siap beratur nak bagi tiket (Tiket time tu lawa, hehehe...) Masa nak beratur tu la hidung aku berdarah sekali lagi, kali ni banyak sangat.

" Adik datang dengan siapa? Adik tak boleh naik flight lagi sekarang ni. Encik bawak dia ketepi dulu..." Cikgu aku dengan sorang kaki tangan Air Asia bawak aku duduk kat seat, lepas tu aku ke tandas sampai la darah tu stop baru aku boleh naik kapal terbang. Kali ni aku yang men-delay-kan flight, hahaha....

Naik kapal terbang, semua orang dah siap duduk kat seat, nampak sangat aku dengan cikgu aku paling lewat. Tak dapat la nak duduk tepi tingkap. Aku duk kat sebelah lelaki cina, sekali sekala pramugari datang kat aku tanya aku ok atau tak. Kemudian datang lagi sorang pramugari bawak ais untuk letak atas kepala.

"Awak ok ke?" atanya laki cina tu

"Ya saya ok, tapi hidung asyik berdarah..."

"First flight? ok relaks..." macam dia tahu ja aku ni pertama kali naik flight.

~Bersambung~

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...