Ahad, 6 Jun 2010

Kembara Glasgow


Kembara Glasgow Disember 2009



"Dari Nottingham ke Glasgow"

Siri 1 Nottingham - Sheffield - Manchester 

      Kembara kali ini agak mencabar, sejauh 500 km melalui Sheffield, Machester, Penrith dan akhir sekali
di Glasgow, Scotland dan kembara aku dalam musim sejuk dan salji tebal. Ahad, 20 Disember 2009 pada jam 10.47 pagi maka bermulalah perjalanan aku dan rakan-rakan dengan menaiki kereta menuju ke Sheffield untuk menjemput dua orang rakan kami yang akau turut serta ke Glasgow. Di Notingham salji tidaklah lebat namun suhu pada pagi itu bawah paras beku, sebaik tiba di Sheffield kami disambut dengan salji, salji yang sangat tebal. Keadaan ini merisaukan aku dan juga sahabat aku yang memandu kereta. Semakin lama keadaan bertambah buruk salji turun dengan lebat sekali sehingga menutupi jalan (Snake Path) dan kami terpaksa berpatah balik ke Sheffield, semasa perjalanan balik ke Sheffield kereta yang dinaiki aku terbabas ke sebelah bahu jalan, ini disebakan keadaan jalan yang licin, namun tiada kerosakkan serius berlaku. (gambar). Kami tiba di Sheffield jam 4 petang untuk solat dan makan sebelum meneruskan perjalanan ke Manchester.



     Selepas menunaikan solat di Muslim Ware House kami menuju ke sebuah restoran untuk mengisi perut. Sepanjang perjalanan ke restoran tersebut aku dan rakan-rakan mencuri peluang bermain bola salji, memang menyeronokkan. Perut pun sudah terisi, aku dan kawan-kawan pun mememulakan perjalanan ke Manchester. Mudah-mudahan perjalanan kami selamat. Tidak beberapa lama kemudian lebih kurang 1 jam dari Sheffield, kereta mulalah nak meragam dan akhirnya buat hal, terpaksalah kami berhenti di sebuah hotel yang terletak berhampiran jalan di Bradford. Memang masalah besar kerana perjalanan kami masih lagi jauh dan cuaca pun sangat teruk. Kereta yang kami naiki terpaksa dihantar ke bengkel, namun kami amat-amat bersyukur sebabnya kalaulah kereta rosak di Snake Path memang keadaan amat parah. Semasa menunggu ketibaan lori penunda, kami sempat buat "Snow Man", untuk hilangkan rasa bosan.


    Setelah menunggu maka tibalah lori penunda, dari Bradford kami ke salah satu Services M62 dan dari Services tersebut kami ke Manchester, ada hikmahnya, kawan aku boleh la berehat-rehat seletah berhempas pulas memandu dalam keadaan salji lebat. Semasa melalui M62 (Kod lebuh raya), aku diberitahu oleh sahabat aku bahawa kami akan melintasi satu kawasan " The Highest Point on The Motorway". Salford, Manchester, Leeds dan Bradford merupakan bandar-bandar yang terletak disepanjang laluan M62. Salji yang lebat kian reda, jam 11.20 malam tibalah kami di Manchester. Perjalanan yang sangat meletihkan dan penuh cabaran. Kami berehat dan pagi esok kami akan melawat bandar Manchester.

 
Siri 2 Manchester - Penrith 

     Isnin, 21 Disember 2009, setelah bersarapan aku bersiap-siap untuk ke bandar. Kereta yang rosak dihantar ke bengkel untuk diperbaiki. Kami melawat stadium Manchester City, tapi aku tak minat langsung bola sepak, dan memang tak tahu apa-apa pun mengenai bola sepak dan ini merupakan pengalaman aku yang ke dua melawat stadium, sebelum ini aku ke Stadium di Pulau Pinang, itu pun bukan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Masa yang agak singkat tidak mengizinkan aku dan kawan-kawan yang lain untuk melawat sekitar bandar Manchester. Dari pemerhatian aku, terdapat banyak kedai makanan halal di sini, banyak sekali, di kiri dan kanan jalan ada saja kedai makanan halal, aku terasa seolah-olah berada di negara Arab.Aku mengisi perut di sebuah restoran Jazeera sebelum meneruskan perjalanan ke Penrith. Kereta yang rosak pun sudah diperbaiki dan perjalanan ke Penrith diteruskan. Salji turun dengan lebatnya tetapi tidak menjejaskan perjalanan kami. Kira-kira 2 jam setengah kami tiba di Penrith di Travelodge (tempat macam hotel). Malam itu aku sangatlah letih, aku berehat-rehat di dalam bilik sambil menoton rancangan khas hari raya (Krismas) semetara rakan-rakan yang lain main perang salji.

Siri 3 Penrith - Glasgow

    Selasa 22 Disember 2009, pagi itu salji masih lagi turun menyelubungi bumi Penrith, keadaan sekeliling putih dilitupi salji yang turun tidak henti-henti dari semalam. Setelah bersarapan dan bersiap-siap untuk meninggalkan tempat penginapan kami bergerak menuju ke Aira Waterfall. 12.30 tengah hari tibalah kami di Aira Waterfall, namun untuk menyaksikan keindahan air terjun tersebut aku dan kawan-kawan terpaksa meredah hutan yang putih akibat dilitupi salji tebal. Setelah sejam lebih berjalan maka aku pun tiba di Aira Waterfall, memang menakjubkan. Aku tidak menghabiskan masa yang lama di sana kerana cuaca yang tidak menentu dan perjalanan kami ke Glasgow masih lagi jauh. 

        Selesai solat Zuhur dan Asar kami bergerak ke Glasgow. Perjalanan kali ini sangat mencabar. Salji sangat lebat, sehinggakan banyak lori-lori kontena yang saiznya besar-besar tersadai di bahu jalan kerana tidak mampu untuk bergerak dalam keadaan jalan yang licin. Terdapat banyak juga kereta yang rosak, dan pada masa yang sama lori yang menabur garam untuk mencairkan salji turut bergerak mencari ruang di celah-celah kesesakkan. Salji yang lebat menghalang perjalanan kami sehinggakan kereta tidak berganjak langsung di tengah-tengah Motorway dalam masa yang sangat panjang. Perjalanan kami yang sepatutnya 3 jam menjadi 7 jam akibat kesesakkan dan kalau jalan tak sesak pun kereta terpaksa dipandu dengan perlahan dan berhati-hati untuk mengelak dari terbabas. Kami tiba di Glasgow pada jam 10.30 malam, sepatutnya kami tiba di Glasgow pada petang hari.

     Tujuan aku ke Glasgow adalah untuk ke Loch Lomond (Sebuah Tasik Lagenda yang terkenal dengan Lagenda Naga di Scotland) di mana di sana aku menyertai PMS, ala-ala kem motivasi, sebelum ke Loch Lomond aku sempat bemain ski di Avimore, tapi bukanlah ditempat khas bermain ski, sebabnya sekali lagi aku terkandas dalam perjalanan berjam-jam lamanya dari Glasgow ke Avimore. Namun sepanjang perjalanan banyak pengajaran yang aku perolehi iaitu betapa besarnya nilai kesabaran dan ingatlah Allah s.w.t sebaik-baik perancang.


1 ulasan:

  1. Menarik.
    Seronok dapat tengok tempat orang.
    Perancangan yang terbaik tapi pelaksananya lagi terbaik.
    Best sharing.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...