Pagi yang sangat ceria, tidak seperti sebelum ini, cuaca panas menyelubungi pagi di Istanbul. Kami menunggu kepulangan Faiz Ali dari Gebze, Alhamdulillah dia sampai di madrasah jam 10.00 pagi. Sebelum ke Domabache kami dibawa melawat ke Makam pembebas kota Konstantine iaitu Sultan Fatih.Menurut Faiz Ali, di makam tersebut terdapat banyak kucing-kucing yang berkeliaran. Sebelum kami masuk ke Makam Sultan Fatih, Faiz Ali menceritakan kepada kami bagaimana strategi pembebasan yang dilakukan oleh Sultan Fatih. Bayangkan beliau yang ketika itu baru berusia 21 tahun telah pun berjaya membebaskan kota Konstantine dan merealisasikan hadis nabi s.a.w.
Kami kemudiannya melawat ke beberapa tempat di mana saudara Faiz Ali menuntut Ilmu, seronok perasaan aku sehinggakan aku bercita-cita untuk belajar di Istanbul. Di antaranya tempat dia belajar bahasa Turki dahulu. Cuaca pada hari ini sangat panas, dan teh menjadi pengubat dahaga. Selepas minum teh, kami pun bergerak ke Dolmabahçe yang terletak berhampiran dengan stesen terakhir tram iaitu di Kabatash, dan juga Masjid Dolmabahçe merentasi Golden Horn. Kami solat di MasjidDolmabahçe sebelum ke Istana tersebut. Selesai solat kami menuju ke Istana tersebut yang tidak jauh dari masjid. Harga masuk ialah 1 Lira jika anda menunjukkan kad pelajar dan 20 Lira jika tanpa kad pelajar. Akashah terlupa bawa kad pelajar dan Faiz pula hilang kad pelajar bersama dompet, jadi aku bagi cadangan untuk tunjukkan visa UK, sebabnya ada tertera perkataan (Student), jadi dapatlah masuk dengan harga 1 Lira.
Istana Dolmabahçe
Pintu pagar di sebelah kiri pintu masuk ke Istana Dolmabahçe
Istana ini dibina pada tahun 1843 dan mengambil masa 13 tahun untuk siap. Istana ini menekankan konsep simetri. Semasa aku berada di dalamnya di ruangan tengah, aku dapat lihat susunan perabot kiri dan kana adalah sama. Sebelum Istana Dolmabahçe dibina sultan dan keluarga sultan tinggal di Istana Topkapı yang binaannya tidaklah semewah Istana Dolmabahçe.
Menara Jam Istana Dolmabahçe
Pintu masuk utama ke Istana Dolmabahçe dikawal oleh tentera
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Istana Dolmabahçe, terserlah keindahannya,memang sangat Indah dan sangat mewah istana yang dibina atas arahan Sultan Abdul Majid ini. Di dalam Istana ini terdapat permaidani buatan Turki yang sangat mahal sehinggakan kalau dijual boleh buat 3 buah rumah Banglow. Selain itu terdapat Chandelier yang terbesar ketika itu dengan berat 4.5 tan, memerlukan masa selama satu bulan untuk diselenggara. Lampu Chandalier terbesar itu dibiarkan tertutup untuk mengelakkan kerosakkan mentol, dan jika mentol atau wayar pada Chandalier tersebut rosak ia akan memakan masa yang lama untuk diperbaiki, memang besar. Lampunya hanya dibuka jika ada lawatan orang-orang kenamaan sahaja. Chandalier tersebut bukanya semata-mata digantung pada syiling kubah, tetapi ianya memerlukan tiang untuk menampung berat chandalier tersebut.
Mewah. Chandalier yang terbesar pada ketika itu seberat 4.5 tan. Sumber gambar wikipedia
Istana ini terlalu mewah sehinggakan cermin dibingkaikan dengan emas permata, tiang-tiang tangga diperbuat daripada kristal, namun tidak menampakkan ciri-ciri binaan Islam kerana terdapat hiasan patung-patung binatang dan lukisan manusia. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, beliau tidak sanggup untuk tinggal di Istana Dolmabahçe, kerana baginda tidak suka akan kemewahan. Tetapi selepas kejatuhan Khalifah Islam, Istana Dolmabahce menjadi kediaman Mustafa Kamal Ataturk, dan lif yang dibina di dalam istana tersebut adalah untuk kengunaannya ketika dia sakit.
Tentera yang berkawal di Istana Dolmabahçe
Kami meninggalkan istana tersebut dan bergerak ke Taksim, salah sebuah tempat yang terkenal dengan aktiviti membeli belah. Kami kemudiannya melawat ke makam sahabat nabi dan seterunya ke sebuah kedai yang menjual Baklava di Kardikoy, manisan terkenal di Turki.
Taksim sesak dengan orang ramai
Kenderaan ini menarik perhatian aku semasa di Taksim
Pelbagai jenis Baklava
Pada malam itu kami dipelawa oleh Dr Sevki untuk makan malam bersama beliau dan anak beliau akan menyambung pengajian di Malaysia tidak lama lagi.
Bersama Dr Sevki
Hari ini adalah hari yang paling mengenyangkan serta hari yang paling memenatkan, kami pulang ke Madrasah dalam keadaan yang letih, tetapi kami perlu mengemas barang-barang kami yang banyak sebelum tidur,esok kami akan meninggalkan bumi Turki dan esok kami akan melawat ke Istana Topkapı sebelum bertolak ke lapangan terbang.
Bersama pelajar Madrasah di Istanbul
Semoga bertemu kembali
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Nottingham
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tolong letak nama, ok??