Hati Terpaut
Tidak seperti yang dirancang, kami sepatutnya sudah berada di Denizli, kami dipujuk oleh Brother Hassan untuk tinggal lebih sehari di Konya.Hati aku juga berat untuk meninggalkan Konya, kerana layanan istimewa yang diberikan kepada kami. Pagi itu aku bangun dan menunaikan solat subuh di Madrasah, Aku sangat letih dan aku rasa seperti nak demam Kemudian sambung balik tidur dengan harapan dapat rehat yang cukup untuk meneruskan perjalanan kami. Brother Hassan memaklumkan kepada kami bahawa kami akan dibawa ke Kebun Ceri dan melawat sekitar Konya.
Roti, dalam bahasa Turki dipanggil "Ekmek"
Keju di Konya sangat sedap, tidak terlalu masam dan masin.
Menemen, Telur yang dimasak bersama tomato dicicah dengan Ekmek.
Melawat ke Kebun Ceri
Setelah lama menunggu, akhirnya seorang rakan kami menjemput kami untuk ke Kebun Ceri, yang mustahil untuk kita lawati di Malaysia. Ladang tersebut terletak tidak beberapa jauh dari tempat kami menginap. Selepas melalui kawasan perumahan mewah, tibalah kami di ladang ceri.
Aku berasa kagum kerana dapat melihat buah ceri yang lebat dan bergantuungan di atas pokok dengan warna merah kehitaman. Di ladang tersebut terdapat dua jenis buah ceri, masam dan manis, buah ceri yang warnanya sedikit hitam, itulah yang paling manis. Selain itu terdapat pokok-pokok lain yang ditanam sebagai sumber keewangan madrasah tersebut*.
Buah ceri yang tumbuh subur di bumi Konya.
Bersama-sama dengan pemilik kebun Ceri
Selepas itu kami ke sebuah tempat perkelahan di atas bukit untuk menikmati hidangan teh Turki, semasa disana masuk waktu zuhur dan aku dapat mendengan azan berkumandang bersahut-sahutan amat mengasyikkan.
Setelah menikmati teh ,kami kemudiannya ke bandar untuk membeli tiket dan sempat juga kami melawat Masjid Alaeddin Keykubad yang terletak di atas bukit buatan manusia, semasa lawatan kami, masjid tersebut telah pun siap dibaik pulih.
Kami pulang ke Madrasah dan mengambil barang kami untuk ke sebuah madrasah lain yang berdekatan dengan stesen bas. Selepas beberapa minit perjalanan, kami tiba di Madrasah tersebut yang bangunannya berwarna merah menyala. Dari tingkap madrasah tersebut kelihatan wajah mereka yang menetap disitu sambil mereka mengucapkan selamat datang kepada kami. Kami di bawa ke sebuah tempat terbuka yang terletak ditingkat paling atas, dari situ aku dapat saksikan bukit-bukit dan disekelilingnya masih lagi lapang. Di situ Kami berkenalan dengan beberapa penuntut di Mardrasah tersebut, masalah bahasa bukan penghalang bagi kami untuk berkomunikasi dan mengeratkan hubungan persaudaraan.
Berkenalan dengan pelajar madrasah, inilah kali pertama dan mungkin kali terakhir untuk bertemu.
Selamat Tinggal Konya
Malam itu sungguh meriah, dengan kehadiran penuntut yang ramai ada diantara mereka doktor dan ada diantara mereka yang berusia 10 tahun. Seperti di madrasah yang kami menginap sebelum ini, selepas maghrib akan diadakan kuliah. Setelah selesai kuliah aku dan rakan-rakan berkenal-kenalan dengan mereka yang hadir. Masa tidak menizinkan untuk kami tinggal lama di Konya, kami perlu bergerak ke Denizli pada malam ini juga. Aku dan rakan-rakan dihantar oleh sahabat kami ke stesen bas. Perasaan aku bercampur aduk, ada gembira ada sedih, entah bila lagi aku akan bertemu dengan sahabat-sahabat aku di sini. Bas mula bergerak pada jam 10.30 malam, dari tingkap aku dapat melihat lambaian mesra mereka, aku berharap dapat bertemu dengan mereka lagi. Perjalanan dari Konya ke Denizli mengambil masa 6 jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tolong letak nama, ok??