Jumaat, 28 Mei 2010

Selepas Berlakunya Istiwa


Selepas Berlakunya Istiwa

      Alhamdulillah diizinkan Allah s.w.t cuaca hari ini sangat baik, tidak mendung jadi mudahlah untuk mendapatkan bayang-bayang sebagai penentu arah kiblat. Ditakdirkan Allah s.w.t peristiwa Istiwa berlaku pada hari penghulu bagi segala hari iaitu Jumaat. Di Malaysia Istiwa berlaku pada waktu petang, di Makkah pada ketika Matahari belum tergelincir iaitu hampir-hampir memasuki waktu Zuhur dan di bumi UK istiwa berlaku di waktu pagi, subhanallah.

Gambar untuk di kongsi :


      Anak panah bewarna merah menunjukkan arah kiblat dan pada waktu ini Matahari berada tepat di atas Kaabah, seluruh bayang-bayang di tempat yang menerima cahaya akan menunjukkan arah kiblat. Maha Suci Allah di atas segala kekuasaan-Nya.

     Kaedah ini lebih tepat jika hendak dibandingkan dengan kaedah lain untuk menyemak arah kiblat. Menyemak arah kiblat bermakna, anda telah tahu arah kiblat pada sebelum Istiwa dan anda mahu memastikan arah kiblat anda tidak tersasar pada waktu Istiwa. Di Masjid-masjid arah kiblatnya telah pun diukur oleh organisasi yang mempunyai kemahiran seperti Jabatan Ukur dan lain-lain. Bagi bangunan seperti Masjid, mereka mengemukakan surat permohonan untuk menentukkan arah kiblat dari Jabatan Mufti. Setelah arah kiblat di tanda, barulah binaan masjid dijalankan.

     Keadaan ini tidak sama dengan kediaman kita, jadi dua tarikh ini iaitu 28 Mei dan 16 Julai penting untuk menyemak arah kiblat. Contohnya bagi mereka yang baru pindah ke suatu-suatu tempat dan arah kiblat hanya berpandukan kompas yang mungkin memberi bacaan dan arah yang ralat. Selain kaedah menggunakan bayang-banyang ketika Istiwa, kaedah lain yang digunakan ialah dengan melihat buruj di langit dan buruj yang saya maksudkan ialah buruj Belantik, jika kita lihat di langit ianya tiga bintang yang sederet.


Dalam gambar ini menunjukkan buruj Belantik dengan tiga bintang sederet.

       Namun kaedah ini boleh memberikan arah yang samar-samar, dan kita boleh gunakan buruj ini untuk menetukan arah kiblat ketika tersesat di dalam hutan atau ketika tidak mempunyai kompas. Bagi mereka yang tinggal di hemisfera utara seperti di UK, menentukan arah kiblat dengan menggunakan buruj ini sangat tidak tepat dan tersasar jauh. Menurut Encik Sharin Falak Online "Buruj Belantik.. yang 3 bintang sederet Mintaka,Alnitak, Alnilam tu ..hanya sesuai dari Malaysia je". Di Malaysia, atau saya boleh rungkaikan mungkin bagi negara-negara yang terletak pada garis Khatulistiwa iaitu pada garis lintang 0.

     Mudah-mudahan dalam artikel ini memberi sedikit sebanyak informasi mengenai ilmu Falak, bagi anda yang terlepas untuk menyemak arah kiblat, anda masih lagi berpeluang. InsyaAllah selepas ini di Malaysia.


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
14 Jamadilakhir 1431 H, 28 Mei 2010

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum. saya ingin bertanya. bagaimana kaedah menentukan arah kiblat selepas waktu istiwa? contohnya selepas tarikh istiwa seperti bulan Ogos mahupun September. Apakah kaedah bayang-bayang seperti ketika waktu istiwa boleh digunapakai? sekiranya boleh, waktu apakah yang paling tepat untuk melihat arah kiblat? Saya pernah membuat pemerhatian, di mana saya memacakkan sebatang kayu sebelum jam 12 tengahari. selepas jam 1 petang, saya dapati arah bayang-bayang telah berubah. jadi, di antara waktu apakah untuk saya menentukan arah kiblat dengan tepat? pada waktu pagi atau petang? mohon makluman. terima kasih, jazakallahu khair.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...