Rabu, 5 Disember 2012

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Part 3)

Pagi ni kami semua bangun awal, mula-mula sekali aku kena sediakan sarapan. Tugas aku sebagai tukang masak di sana dan dibantu kawan-kawan. Cikgu aku masih lagi tidur, tak leh gerak dia awal-awal nanti dia bising itu tak kena ini tak kena. Hahaha....

Dah siap masak baru la boleh gerak dia bangun, kalau tak macam-macam dia komplain (tapi hati dia baik). Lepas makan kami solat dan siap kemas-kemas barang untuk ke Park HQ. Di sana kami akan dengar sikit taklimat dari penunjuk jalan.

Masuk ke Kinabalu Park HQ, kami cek nama, betul ke tak ejaannya, amik permit masuk Kinabalu Park, kemudian pergi jumpa dengan penunjuk jalan.

"Baiklah selamat pagi semua dan Selamat Datang ke Kinabalu"
"Sini saya nak pastikan semua sudah buat pemeriksaan kesihatan, dan semua teda masalah kesihatan yang kronik"
" Sebelum mendaki, ada saya nak ingatkan beberapa perkara, mengenai pantang larang semasa hiking"
"Pertama sekali jangan bising-bising atau jerit-jerit di sana, kemudian dilarang ambil segala benda macam batu atau apa saja di sana... Harap semua dapat faham... Ok jom naik teksi kita akan ke Timpohon gate"

Masa dia cakap tu masing-masing diam, tak tahu kenapa. Aku pulak rasa macam tak yakin ja. Cikgu aku relaks, senyum muka dia, sebab ni bukan kali pertama dia hiking dah dua tiga kali. Barang-barang semua kami akan masuk ke dalam teksi, sempat kami beli kayu ( tongkat untuk hiking ) sebatang RM3.00 katanya kayu tu dari Pokok Mengaris.

Pendakian bermula jam 7.30 pagi dengan lafaz Bismillahirrahmairrahim dan bacaan doa.



Bergambar dulu. Ni geng-geng mak cik dari Singapura yang tolong amik.

Sebelum nak hiking, berlapis-lapis baju aku pakai, sejuk memang sejuk. Bila dah hiking dan makin tinggi, aku dah start berpeluh-peluh, macam air terjun jadinya. Last-last bukak habis baju tinggal la sehelai ni.

 Wajah masih kanak-kanak lagi... Hahaha.... Pakai baju sehelai je...


Pokok-pokok lumut

Tupai jinak!


Antara laluan pendakian, kalau hujan agak susah nak mendaki

 Periuk Kera di Taman Negara Kinabalu, besar dan cantik
Komborongoh Telecom Station atau RTM Station?

Kat tracking ni banyak disediakan pondok untuk berehat. Kebanyakkan pendaki adalah orang asing, tak ramai orang Malaysia. Dalam masa berehat tu, kami jumpa dengan porter, tukang angkut barang. Macam-macam lah barang yang diangkut, tong gas, kampit beras bukan sikit bang, berpuluh-puluh kilogram bang oii!


Laluan tracking yang lebih sempit

 Wah! Aku dah sama aras dengan awan....

Boleh tahan oooo yang nih.... Tercungap-cungap aku dibuatnya...


Semasa mendaki ni pengalaman aku yang menakjubkan, masa dekat bawah, pokok-pokok macam biasa yang kita tengok dekat Malaysia, lepas tu bila dah makin tinggi, semua pokok-pokok dah renek-renek dan kebanyakkanya tak pernah aku tengok. Pokok tu renek sebab dapat tahan daripada rintangan angin yang kuat. Subhanallah....










Tengok la, semuanya unik!

Setelah bertarung selama lebih kurang 7 jam, maka kami pun sampailah di Laban Rata, aku punya la letih. Masa tu cikgu aku dengan guider tak sampai lagi jadi kami baring la dekat tepi tempat lapang. Cuaca nampak macam tak mengizinkan, hujan renyai-renyai dah mula turun. 

Kalau cuaca tak mengizinkan kesemua pendaki tidak akan dibenarkan meneruskan pendakian, tidakkkk....

Laban Rata Guest House

Kat Laban Rata ni ada buffet, sorang bayar RM30.00. Aku sanggup bayar, aku sanggup bayar sebab aku dah muak makan dalam tin dan aku malas nak masak. Tapi lain pulak jadinya, kami bukan menginap di Laban Rata, tapi kena panjat lagi 100 meter untuk ke Panar Laban Hut. Tidaakkk... 100 meter mendaki tak sama dengan 100 meter berjalan, hasrat aku tu dibatalkan..




 Lagi 100 meter!!!

Sampai ja di Panar Laban Hut, masing-masing bila dah dapat katil semua tidur. Hati aku tak berapa nak senang, sebab di luar hujan, bunyi air turun dari puncak boleh dengar mencurah-curah. Ya Allah, tolonglah aku merayu sangat-sangat izinkanlah kami mendaki sampai ke puncak.


Subhanallah, waktu senja di Panar Laban cukup menyentuh hati, aku kini berada pada ketinggian 3,314m dari paras laut sambil menyaksikan matahari terbenam. Mudah-mudahan diizinkanNya aku dapat menyaksikan matahari terbit di puncak Kinabalu ~insaf~

Malam tu agak meriah di Panar Laban Hut, ramai orang, tapi kebanyakkannya mat salleh. Ada pulak yang pandai speaking Bahasa Melayu. 

Dapur kat situ kongsi, tapi hari tu macam kami ja yang guna, tandas pulak unisex. So jangan duk buat terkejut pulak ye. Nak mandi? tak dek nye nak mandi, sejuk bukan main lagi kat atas tuh.

Jarum jam baru menunjukkan pukul 9.00 malam. Guider suruh kami tidur awal, sebab esok pendakian ke puncak akan bermula seawal jam 1.30 pagi.

~Bersambung~


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

4 ulasan:

  1. hehe..insya Allah bulan March aku pulak naik

    BalasPadam
    Balasan
    1. good luck bro! View kat sana memang lawa....

      Padam
  2. Bru lpas naik sana 20-22/00/14 awat smpai Laban Rata smpai 7jam? Byk rest kt pondok ka dok tggu kwn lain? X pkai pakej eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak rest kat pondok... kami x pakai pakej...

      Padam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...