Khamis, 6 November 2014

PENANG BEST FOOD | Nasi Kandar Beratur

PENANG BEST FOOD | Nasi Kandar Beratur | Pulau Pinang sangat terkenal sebagai salah satu tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Selain daripada tempat-tempat bersejarah seperti Penang World Heritage Site, makanan di negeri ini juga merupakan salah satu sebab untuk anda ke sini. Tak perlu aku nak kenalkan makanan yang paling femes di Pulau Pinang, korang semua tahu, pernah makan, apa lagi kalau bukan Nasi Kandar

Ada banyak restoran-restoran nasi kandar di Pulau Pinang dan juga di negeri-negeri lain. Bagi aku, rasa nasi kandar di Penang lebih "kick" berbanding di tempat lain. Selain daripada rasanya yang "kick", setiap kedai atau restoran nasik kandar ada kisah-kisah menarik yang tersendiri, antaranya Nasi Kandar Beratur. 

Nasi Kandar beratur di Jalan Masjid Kapitan Keling 

Terletak bersebelahan Masjid Kapitan Keling, "Nasi Kandar Beratur" menjadi salah satu tarikan bagi "Food Hunter" yang berkunjung ke negeri ini. Mula beroperasi pada tahun 1943 dan sehingga kini perniagaan nasi kandar ini masih laris dan mendapat perhatian pelancong dari dalam dan luar negara. 

Bersama-sama pelancong tempatan dari Ipoh dan pelancong luar dari Perancis, Delphie. Orang luar pun datang nak makan kat sini.

SEJARAH NASI KANDAR BERATUR

Kawan aku ada cerita, kedai ni dibuka pada Zaman Jepun, pada zaman tu kalau nak buat apa pun kena beratur, jadi penduduk tempatan sampai beratur semasa nak beli nasik. Ntah betul ke tak, rasa macam kena tipu je dengan kawan aku tu. Tapi kalau korang lalu kat depan Nasi Kandar beratur, korang boleh tengok orang berbaris panjang semata-mata nak beli nasi kandar.

Nasik Kandar Beratur mula beroperasi pada jam 10.00 malam, sebelum jam 10.00 malam ada peniaga lain, Nasi Kandar Masjid yang berniaga di tempat yang sama. 

Tudia, depa mai dah. Gelagat pengunjung antaranya penduduk tempatan dan pelancong. Aku pernah tengok baris lagi panjang dari yang ni.

Keratan Akhbar, kira femes la jugak kedai ni. Salah satu artikel akhbar " Nasi Kandar Beratur is Worth the queue"

Terdapat lebih dari 20 jenis lauk pauk yang dijual, haa mesti pening nak pilih. Meh aku nak suggest,  lauk-lauk yang "rare" tak de kat tempat lain ialah Telur Sotong dan sambal kelapa. Ini yang patut korang cube, harga telur sotong agak mahal yer. Ni pakej yang basic, kalau korang makan nasik kandar pilih la lauk ayam + telur rebus. 

Senarai harga makanan 

Waktu mula beroperasi 

Terdapat lebih dari 20 jenis lauk yang dijual di sini. Menu paling "rare" only in Penang, sambal kelapa, telur sotong. 

Ada sorang pengunjung cakap "makan nasi kalau kuah tak banjir, makna dia hang bukan orang penang la"  

Ni nasi yang aku beli, telur rebus dan kari ayam

Nasi dan telur sotong 

Nasi udang dan daging.

Ada banyak pilihan ada banyak yang sedap-sedap. Salah satunya Penang Best Food ialah Nasik Kandaq Beratur. Kalau mai Penang jangan lupa pekena nasi kandaq, kalau tak pekena nasik kandaq nanti kena pekunun.

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

4 ulasan:

  1. blog menarik dn kemas. senang nak baca. makanan pun nmpk sedap :)
    -KF-

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, lain kali mai la sini lagi...

      Padam
  2. Salam. Hee tengok gambar pun sedap.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...