Khamis, 27 November 2014

Perlis Most Wanted Food | Restoran Sarang Burung

Perlis Most Wanted Food | Restoran Sarang Burung, dah lama rasanya aku tak balik ke kampung halaman. Last balik ke Perlis masa raya, lepas 3 bulan lebih baru berkesempatan nak balik ke kampung. Arghh, rindu dengan suasana tenang di sini dan yang paling best sekali, makanan di sini. Agaknya mungkin dah lama duk di Penang, tekak ni meronta-ronta nak tukaq selera. 

Makanan di Perlis berbeza rasanya dengan di Pulau Pinang, kalau di Penang kedai makanan Melayu biasanya orang Indonesia yang masak, tetapi di Perlis sememangnya masakan Melayu dimasak oleh orang tempatan. Baru la ada rasa asli, rasa betul-betul masakan kampung. Dari ikan pekasam sampai lah ke sayur manis (rebung, betik dan bayam) semuanya betul-betul membuka selera aku.

Tak nak bercerita panjang, kalau korang ke Perlis singgah-singgah la ke Restoran Sarang Burung. Di sini terdapat perlbagai masakan tempatan dan juga masakan Thai. Restoran ini terletak di laluan utama nak ke Padang Besar, kalau korang ke Padang Besar boleh nampak Restoran Sarang Burung yang terletak di pinggir jalan. Jom tengok makanan yang ada di Restoran Sarang Burung.\

Pelbagai jenis kerabu yang ada di sini

Sontam, yang ni selalu aku beli kalau singgah di Restoran Sarang Burung. Betik Muda, lobak merah, kacang panjang, kacang tanah dan bahan-bahan lain ditumbuk dan digaul bersama "gula sontam"

Ikan keli bakar 

 Rebung masak lemak

Asam pedas 

Gulai Ikan Puyu

Apa yang membezakan restoran ini dengan restoran yang lain yang ada di Perlis semestinya "Gulai Ikan Puyu" Biasanya saiz ikan puyu ni kecik-kecik tapi versi Restoran Sarang Burung ni besar. Menurut pemilik restoran ni Encik Mohd Zain (PPN) ikan puyu ni diimport daripada Nakhon Si Thammarat, Thailand. Ikan Puyu ni katanya dari benih Bangladesh, sebab tu la saiznya besar-besar. Ikan ini diternak di kawasan "menerong" bukannya di dalam kolam, kalau ikan yang diternak di kolam rasanya tak sedap.  Harga bagi 1 kg ikan ni kira-kira RM12.00

Jalan-jalan Cari Makan pun dah sampai sini tau!

Antara anugerah yang diterima "Kedai Harga Patut"

Suasana di Restoran Sarang Burung, restoran ni turut menyediakan kemudahan surau. 


Pemilik Restoran Encik Mohd, Zain Manah (PPN) 

Kalau mai Perlis jangan lupa singgah mai sini, next time kalau mai sini nak cuba "Ayaq Poligami" pulak

RESTORAN SARANG BURUNG
019-4715037/019-4770864
km 5 Jalan Kaki Bukit (Jalan Kangar Padang Besar),
01000 Kangar, Perlis

Muhammad Saffuan Bin Jaffar

9 ulasan:

  1. kat mana ya.. xnmpk lagi la..kalau dri trfic light nk p mybank dia belah mana ya...dok p slalu xpernah nmpk lagi kedai ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang je, akak... Akak pergi je roundbout besar, ambik jalan nak ke Padang Besar... nanti akak akan lalu tempat berikut...

      1. Stesen Minyak 3 beradik (Shell, Petronas, Caltex)
      2. Jalan kat situ 4 lorong akan jadi 2 lorong,
      3. Masjid Batu 2

      lepas je masjid akak slow sikit, sebelah kanan ada Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional
      depan sikit De Futsal Centre

      lepas je, de futsal centre akan jumpa la Restoran Sarang Burung (Sebelah Kiri)

      Padam
  2. Terambat keluar entry ini... baru minggu lepas ke Padang Besar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. len kali pi padang besaq boleh la singgah...

      Padam
  3. sedap, murah dan bersih, masa anak dimatri dok pi makan disitu.

    rahimi romli

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya kadang2 nak pi kerja makan situ... mesti cari gulai ikan puyu...

      Padam
  4. 1st time jumpe ikan puyu masak gulaii.. sebab ikan puyu tu ayah saya dapat time mancing kat parit je pastu masuk akuarium.. huhuhu..xtau pulak boleh dimakan... tp betul laa..ikan puyu ni nampak besar je.. sebut pasal ikan puyu ni, kepercayaan org jawa lah kot, nak elakkan kena pukau/toyol.. biasalah..dok kammpung kan, banyak kes pukau rumah masuk pencuri.. memg ada ikan puyu dlm akuarium ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke... kalau di perlis femes nih, selain dari masak gulai, ada yang dibuat masak asam pedas rampai dengan timun...
      ikan puyu ni memang besar sebabnye macam yang saya cerita kat atas...
      Orang 2 di kampung saya pun percaya benda yang sama... :)

      Padam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...