Tahun ni tahun akhir AKU belajar di Penang, jadi saki baki masa yang ada AKU bawak kawan-kawan pergi jalan-jalan di Penang. Sekarang ni kami buat Food Hunting, ada beberapa tempat yang AKU nak cadangkan kat kawan-kawan, kalau mai Penang, hampa mesti cuba, so malam ni AKU nak share dengan hampa semua, makanan yang patut hampa cuba kalau mai Penang, jom tengok!
Sebut saja "Kuala Juru" benda yang pertama terlintas "Mee Ketam" macam tu la kalau korang google, Kuala Juru je mesti Mee Ketam. Kuala Juru ni merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak kira-kira 14km dari EXIT Jambatan Sultan Abdul Halim (dari arah selatan). Di sini terdapat banyak restoran-restoran Nelayan antaranya Warung Mee Udang Pak Su.
Alamat : Warung Mee Udang Pak Su
385, MK12, Bagan Nyior Juru, Seberang Perai Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
No. Tel : 012-409 0771, 012-493 5771ISNIN - AHAD (Khamis Tutup)
Waktu : ISNIN - AHAD (12.30 Tengah hari)
JUMAAT (11.30 Pagi)
GPS : 5.326817, 100.414767
Kedatangan kami kat sini sebenarnya tak dirancang, bila perut lapar kawan aku bagi cadangan makan Mee Ketam, last, buat keputusan ke Kuala Juru, sanggup merentasi jambatan dari pulau ke seberang perai, meredah jem semata-mata nak makan Mee Ketam. Dah sampai kat sane cun-cun masuk waktu maghrib, AKU and the gang, solat dulu baru ke Mee Udang Pak Su.
Di Warung Mee Udang Pak Su ni ada jual bermacam-macam jenis makanan yang paling special Mee Udang/Ketam dan Nasi Goreng Udang/Ketam, masing-masing dah teringin nak makan Ketam, kami oder la 3 Mee Ketam dan 2 Nasi Goreng Ketam. Servis memang cepat, mungkin sebab time ni orang tak ramai lagi.
Warung Pak Su Mee Udang
Lengang, waktu ni baru je lepas solat Maghrib
Makanan yang ditempah
Mee Ketam, ada dua ekor ketam dalam satu pinggan ni.
Rasa kuah dia memang marvelous, sedap, manis isi ketam tu sebati dengan kuah, balance pulak dengan sedikit perahan limau, perfect!
Ni hidangan Nasi Goreng Ketam, yang kuning-kuning tu nasik goreng.
Ketam masak merah yang dihidangkan bersama nasi goreng. Rasa kuah dia memang sedap, manis pedas (bukan la pedas sampai nanges), highly recommended! Best in Malaysia! Cewah...
Selain daripada Mee atau Nasi Goreng Udang/Ketam kat sini ada jual bermacam-macam jenis makanan antaranya Home made Ice Cream, Lai Chi Kang Ipoh dan Sate Kambing. Yang paling AKU suka ketam masak merah, kuah dia memang the best! Kalau datang ke Penang, singgah-singgah la ke Warung Mee Udang Pak Su.
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
NICE SHARING, NNTI LEH LA BELANJA KITA
BalasPadamjom bercuti ke penang...
Padamwoww terliurnya.. boleh bg direction x nk pergi... brapa rgt ni
BalasPadammemang terliur... nanti saya update direction ke sana... Untuk sepinggan mee ketam (RM15), sepinggan nasi goreng ketam RM28
PadamSalam kenal..hai saffuan
BalasPadamMcm best je mee ketam tu..
Bole letak dlm list food ni..hihi
salam kenal.... memang best, kalau mai penang jangan lupa cuba naa...
PadamSalam kenal.. Nice sharing..
BalasPadamsalam kenal... terima kasih, rajin2 la ke sini...
PadamMalam bukak ke kedai ni
BalasPadamya, buka dari tengah hari sampai malam...
PadamLayannnnn ..p pekena kepala ikan kat pulau..lajak singgah p bagan nyior... Hinggap sat kat bm...perrhb rindu kat sana
BalasPadam