Ahad, 30 November 2014

Berita Baik Untuk Pelancong ke PENANG! | Penang Hoho Bus

Cuti sekolah dah bermula, mesti korang dah ada perancangan nak ke mana-mana. Bagi yang akan berkunjung ke Pulau Pinang, ada berita baik untuk anda! Kini anda boleh ke tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Pinang dengan menaiki bas "Penang Hoho Bus" atau Penang Hop-On Hop-Off. Penang Hoho Bus ni mula dilancarkan pada 16 November 2014. Penang Hoho Bus, merupakan bas dua tingkat dan mempunyai ruang terbuka di tingkat atas.

Terdapat dua jenis laluan iaitu :

PENANG HOP-ON HOP-OFF will travel on the following route in circle (CITY ROUTE)

From Persiaran Gurney → JalanBaganJermal → Jalan Gottlieb → JalanKebunTeh → JalanUtama → Jalan Macalister → JalanResidensi →Jalan Scotland → Jalan Air Hitam → Jalan Bukit Bendera → Jalan Ayer Hitam →JalanDatoKeramat → Jalan Penang → Jalan Transfer → Jalan Sri Bahari → JalanDr Lim Chwee Leong →LebuhCarnavon → Jalan Kg Kolam → LebuhChulia → Pengkalan Weld → JalanTun Syed Barakbah → Lebuh Light → Jalan Masjid KapitanKeling → Lebuh Farquhar → Jalan Sultan Ahmad Shah → JalanLarut → Jalan Burma → JalanPangkor → JalanKelawai → JalanPemenang and back to Persiaran Gurney.


PENANG HOP-ON HOP-OFF will travel on the following route in circle (BEACH ROUTE)

From Persiaran Gurney → Jalan Tanjong Tokong → Lebuhraya Gelugor →Jalan Tanjong Buhgah → Jalan Batu Ferrenghi → Hassan Abas → Jalan Sultan Ahmad Shah → Jalan Larut → Jalan Hutton → Jalan Penang → Jalan Burma → Jalan Pemenang and back to Persiaran Gurney.


Over 60 major attractions along or in close proximity to the PENANG HOP-ON HOP-OFF routes

Gurney Plaza, Paragon, Gurney Hawker, Tow Boo Kong (Taoist Temple), Youth Park (Taman Belia Perbendaharaan), Botanical Gardens, Penang Hill, KekLok Si Temple, P Ramlee’s House, Town Museum, Penang Times Square, Huan Yan Temple, KOMTAR, 1st Avenue Mall, Chowrasta Market, Georgetown UNESCO World Heritage City, Masjid Jamek Lebuh Chulia, Perangin Mall, Armenian Street, Campbell Street Market, Kapitan Keling Mosque, Masjid Melayu Lebuh Acheh, Penang Islamic Museum, Sun Yet Sen Museum, The Goddess of Mercy (Kuan Yin Temple), Cheah Kongsi, Chinatown, Khoo Kongsi, Little India, Sri Mahamariaman Temple, Teochew Temple, Clan Jetty, Church St. Pier, Penang Ferry Terminal, Tanjung City Marina, Settenham Pier Cruise Terminal, Victorial Memorial Clock Tower, Penang Town Hill, Fort Cornwallis, Penang Art Gallery, Penang Museum & Art Gallery, Goodness of Mercy Temple, St. George Church, Cheong Fatt Tze Mansion, Church of the Assumption, Dharmikarama Burmese Temple, Wat Chayamangkalaram, Straits Quay Lighthouse Mall, Batu Feringghi Beach, Spice Garden, Teluk Bahang Fishing Village, Tropical Spice Garden, Pantai Keratchut, Teluk Bahang, Bt. Kerajaan Forest Reserve, Batik Factory, Toy Museum, Escape, Butterfly Farm, Penang National Park, Teluk Bahang Dam, Teluk Bahang Forest Reserve. 


Laluan Penang Hoho Bus 
Rujukan : myPenang.gov


Keunikan bas ni,  kawasan terbuka di tingkat atas


Jika anda berkunjung ke Pulau Pinang, jom naik Penang Hoho Bus! 


Video Penang Hoho Bus

MAKLUMAT PENANG HOHO BUS 
(maklumat yang dikongsikan mungkin berubah, sila rujuk laman web Penang Hoho Bus)
Ticket Charge


FOREIGNER24 HOURS48 HOURS
Adult StandardRM 45.00RM 79.00
*Disable / Student / ChildRM 24.00RM 43.00
Children Below 5 YearsFREEFREE
*Passenger must present Student Card / Child must be between 5 to 12 years old


*MALAYSIAN24 HOURS48 HOURS
Adult StandardRM 19.00RM 32.00
**Disable / Student / ChildRM 12.00RM 20.00
Children Below 5 YearsFREEFREE

*Passenger must present Mykad.
**Passenger must present Student Card / Child must be between 5 to 12 years old


All tickets is available at the service counter at Gurney Drive or Chowrasta market or just wait for the bus at any of our bus stop and buy the ticket once you hop on the Penang Hop On Hop Off bus.

Bus Time & Schedule


First Bus09:00AM
Last Bus19:00PM
Bus Interval20 - 30 minutes
Total Trip20 trips, 4 trips per bus each route
(City Route & Beach Route)


Contact Details


Info Line1-800-88-5546
Telephone6018-306 5546
Fax6018-306 5546
Emailinquiry@myhoponhopoff.com
Websitewww.myhoponhopoff.com
Facebookhttps://www.facebook.com/pghoponhopoff

 
 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Sabtu, 29 November 2014

PENANG BEST FOOD | Nasi Dalca Bawang

Penang jer nasi kandar, asalkan Penang jer mest nasi kandar. Hari ni aku nak tukar selera, jom pekena Nasi Dalca Bawang. Berpandukan maklumat dari internet, aku mencari lokasi Nasi Dalca Bawang nih, maklumat yang aku dapat kedai ni terletak di Jalan Mahkamah berdekatan dengan Kompleks Tabung Haji. Cari punya cari tak jumpa, rupanya Nasi Dalca Bawang ni dah berpindah ke Kompleks Penjaja dan Pusat Masyarakat  di Sungai Ara, berdekatan dengan Apartment Desa Bayan, Sungai Ara.

Nasi Dalca Bawang dulu yang beroperasi di Jalan Mahkamah kini berpindah ke Kompleks Penjaja dan Pusat Masyarakat  di Sungai Ara, berdekatan dengan Apartment Desa Bayan, Sungai Ara.

 Gerai ni mula beroperasi jam 5.00 petang, masa aku ke sana, kira-kira jam 6.00 petang dah ramai orang beratur. Tambah pulak time orang kerja kilang balik kerja.

Pelbagai jenis lauk pauk yang ada antaranya, ayam goreng, daging dan sambal sotong 


Yang ni kawan aku punya, Nasi, ayam goreng, sayur kacang panjang. 

Nasi Dalca Bawang, apa yang spesialnya? Semestinya "Bawang Goreng" yang ditabur membangkitkan aroma dan rasa jika dimakan bersama Nasi, pergh! Hidangan yang aku ambik nih, Telur Rebus, ayam goreng, cili hijau dan bawang goreng. Kalau tak tau nak pilih lauk, boleh cuba macam yang aku punya nih.

Apa lagi, boleh lah cuba keenakan nasi dalca bawang nih, rasa memang sempoi!

Terliur tengok masa pekerja ni tuang, cedok kuah...


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

PENANG BEST FOOD | Roti Bakar Lorong Kulit

Malaysia mewah dengan pelbagai jenis makanan, tengok je sarapan pagi contoh macam mee je dah tiga jenis mee goreng, mee sup, mee rebus. Tu belum nasi lagi, nasi lemak, nasi lemuni, nasi goreng, habih tu pulak kuih pun tak kurang hebatnya, bermacam-macam jenis, balut kukus, goreng, bakar pendek kata, memang macam-macam lah makanan yang ada kat Malaysia nih.

Kadang-kadang tu sampai tak tau nak makan apa, asyik-asyik makan nasi lemak sampai dah jemu. Jadi aku mencari benda yang lain dari nasik sebagai sarapan aku, tiba-tiba teringin nak makan telur setengah masak dengan Roti Bakar. Dulu pernah tengok kawan aku post gambar di whatssapp, roti bakar dengan telur setengah masak meleleh-leleh, terliur tengok.

Rasanya sarapan telur setengah masak dengan roti bakar ni ada jugak kat negeri-negeri lain, kan? Cuma kali ni aku nak cerita Roti Bakar antara yang femes di Penang. Terletak behampiran food court Lorong Kulit (tempat terkenal dengan Barang Antik), Honey's Corner menjadi pilihan aku untuk mencuba sarapan roti bakar dengan telur setengah masak.



Waktu aku sampai di sini, aku tengok kebanyakkan orang bersarapan dengan roti bakar dan telur setengah masak.



Setiap hidangan ada dua keping roti dan dua biji telur setengah masak. Roti bakar tu pulak disapu dengan sedikit majerin untuk membangkitkan rasa dan aroma.

Selain daripada tu, korang boleh cuba dengan set berikut :

1. Roti Bakar + Telur Setengah masak
2.  Roti Bakar + Telur Setengah masak + Kacang Merah
3.  Roti Bakar + Telur Setengah masak + Cheese
4.  Roti Bakar + Jem
5.  Roti Bakar + Kaya

Kalau berkunjung ke Pulau Pinang dan berada di Lorong Kulit, boleh cuba lah roti bakar dengan telur setengah masak. Selain daripada kat sini, di Transfer Road jugak ada jual Roti Bakar dengan telur setengah masak, yang uniknya, rotinya dibakar dengan menggunakan bara. Selamat Mencuba!



Khamis, 27 November 2014

Perlis Most Wanted Food | Restoran Sarang Burung

Perlis Most Wanted Food | Restoran Sarang Burung, dah lama rasanya aku tak balik ke kampung halaman. Last balik ke Perlis masa raya, lepas 3 bulan lebih baru berkesempatan nak balik ke kampung. Arghh, rindu dengan suasana tenang di sini dan yang paling best sekali, makanan di sini. Agaknya mungkin dah lama duk di Penang, tekak ni meronta-ronta nak tukaq selera. 

Makanan di Perlis berbeza rasanya dengan di Pulau Pinang, kalau di Penang kedai makanan Melayu biasanya orang Indonesia yang masak, tetapi di Perlis sememangnya masakan Melayu dimasak oleh orang tempatan. Baru la ada rasa asli, rasa betul-betul masakan kampung. Dari ikan pekasam sampai lah ke sayur manis (rebung, betik dan bayam) semuanya betul-betul membuka selera aku.

Tak nak bercerita panjang, kalau korang ke Perlis singgah-singgah la ke Restoran Sarang Burung. Di sini terdapat perlbagai masakan tempatan dan juga masakan Thai. Restoran ini terletak di laluan utama nak ke Padang Besar, kalau korang ke Padang Besar boleh nampak Restoran Sarang Burung yang terletak di pinggir jalan. Jom tengok makanan yang ada di Restoran Sarang Burung.\

Pelbagai jenis kerabu yang ada di sini

Sontam, yang ni selalu aku beli kalau singgah di Restoran Sarang Burung. Betik Muda, lobak merah, kacang panjang, kacang tanah dan bahan-bahan lain ditumbuk dan digaul bersama "gula sontam"

Ikan keli bakar 

 Rebung masak lemak

Asam pedas 

Gulai Ikan Puyu

Apa yang membezakan restoran ini dengan restoran yang lain yang ada di Perlis semestinya "Gulai Ikan Puyu" Biasanya saiz ikan puyu ni kecik-kecik tapi versi Restoran Sarang Burung ni besar. Menurut pemilik restoran ni Encik Mohd Zain (PPN) ikan puyu ni diimport daripada Nakhon Si Thammarat, Thailand. Ikan Puyu ni katanya dari benih Bangladesh, sebab tu la saiznya besar-besar. Ikan ini diternak di kawasan "menerong" bukannya di dalam kolam, kalau ikan yang diternak di kolam rasanya tak sedap.  Harga bagi 1 kg ikan ni kira-kira RM12.00

Jalan-jalan Cari Makan pun dah sampai sini tau!

Antara anugerah yang diterima "Kedai Harga Patut"

Suasana di Restoran Sarang Burung, restoran ni turut menyediakan kemudahan surau. 


Pemilik Restoran Encik Mohd, Zain Manah (PPN) 

Kalau mai Perlis jangan lupa singgah mai sini, next time kalau mai sini nak cuba "Ayaq Poligami" pulak

RESTORAN SARANG BURUNG
019-4715037/019-4770864
km 5 Jalan Kaki Bukit (Jalan Kangar Padang Besar),
01000 Kangar, Perlis

Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Khamis, 6 November 2014

PENANG BEST FOOD | Nasi Kandar Beratur

PENANG BEST FOOD | Nasi Kandar Beratur | Pulau Pinang sangat terkenal sebagai salah satu tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Selain daripada tempat-tempat bersejarah seperti Penang World Heritage Site, makanan di negeri ini juga merupakan salah satu sebab untuk anda ke sini. Tak perlu aku nak kenalkan makanan yang paling femes di Pulau Pinang, korang semua tahu, pernah makan, apa lagi kalau bukan Nasi Kandar

Ada banyak restoran-restoran nasi kandar di Pulau Pinang dan juga di negeri-negeri lain. Bagi aku, rasa nasi kandar di Penang lebih "kick" berbanding di tempat lain. Selain daripada rasanya yang "kick", setiap kedai atau restoran nasik kandar ada kisah-kisah menarik yang tersendiri, antaranya Nasi Kandar Beratur. 

Nasi Kandar beratur di Jalan Masjid Kapitan Keling 

Terletak bersebelahan Masjid Kapitan Keling, "Nasi Kandar Beratur" menjadi salah satu tarikan bagi "Food Hunter" yang berkunjung ke negeri ini. Mula beroperasi pada tahun 1943 dan sehingga kini perniagaan nasi kandar ini masih laris dan mendapat perhatian pelancong dari dalam dan luar negara. 

Bersama-sama pelancong tempatan dari Ipoh dan pelancong luar dari Perancis, Delphie. Orang luar pun datang nak makan kat sini.

SEJARAH NASI KANDAR BERATUR

Kawan aku ada cerita, kedai ni dibuka pada Zaman Jepun, pada zaman tu kalau nak buat apa pun kena beratur, jadi penduduk tempatan sampai beratur semasa nak beli nasik. Ntah betul ke tak, rasa macam kena tipu je dengan kawan aku tu. Tapi kalau korang lalu kat depan Nasi Kandar beratur, korang boleh tengok orang berbaris panjang semata-mata nak beli nasi kandar.

Nasik Kandar Beratur mula beroperasi pada jam 10.00 malam, sebelum jam 10.00 malam ada peniaga lain, Nasi Kandar Masjid yang berniaga di tempat yang sama. 

Tudia, depa mai dah. Gelagat pengunjung antaranya penduduk tempatan dan pelancong. Aku pernah tengok baris lagi panjang dari yang ni.

Keratan Akhbar, kira femes la jugak kedai ni. Salah satu artikel akhbar " Nasi Kandar Beratur is Worth the queue"

Terdapat lebih dari 20 jenis lauk pauk yang dijual, haa mesti pening nak pilih. Meh aku nak suggest,  lauk-lauk yang "rare" tak de kat tempat lain ialah Telur Sotong dan sambal kelapa. Ini yang patut korang cube, harga telur sotong agak mahal yer. Ni pakej yang basic, kalau korang makan nasik kandar pilih la lauk ayam + telur rebus. 

Senarai harga makanan 

Waktu mula beroperasi 

Terdapat lebih dari 20 jenis lauk yang dijual di sini. Menu paling "rare" only in Penang, sambal kelapa, telur sotong. 

Ada sorang pengunjung cakap "makan nasi kalau kuah tak banjir, makna dia hang bukan orang penang la"  

Ni nasi yang aku beli, telur rebus dan kari ayam

Nasi dan telur sotong 

Nasi udang dan daging.

Ada banyak pilihan ada banyak yang sedap-sedap. Salah satunya Penang Best Food ialah Nasik Kandaq Beratur. Kalau mai Penang jangan lupa pekena nasi kandaq, kalau tak pekena nasik kandaq nanti kena pekunun.

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Rabu, 5 November 2014

PENANG BEST FOOD | Mee Udang Pak Su Kuala Juru

Tahun ni tahun akhir AKU belajar di Penang, jadi saki baki masa yang ada AKU bawak kawan-kawan pergi jalan-jalan di Penang. Sekarang ni kami buat Food Hunting, ada beberapa tempat yang AKU nak cadangkan kat kawan-kawan, kalau mai Penang, hampa mesti cuba, so malam ni AKU nak share dengan hampa semua, makanan yang patut hampa cuba kalau mai Penang, jom tengok!

Sebut saja "Kuala Juru" benda yang pertama terlintas "Mee Ketam" macam tu la kalau korang google, Kuala Juru je mesti Mee Ketam. Kuala Juru ni merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak kira-kira 14km dari EXIT Jambatan Sultan Abdul Halim (dari arah selatan). Di sini terdapat banyak restoran-restoran Nelayan antaranya Warung Mee Udang Pak Su.

Alamat : Warung Mee Udang Pak Su
385, MK12, Bagan Nyior Juru, Seberang Perai Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
No. Tel : 012-409 0771, 012-493 5771

ISNIN - AHAD (Khamis Tutup)
Waktu : ISNIN - AHAD (12.30 Tengah hari)
            JUMAAT (11.30 Pagi)
GPS    : 5.326817, 100.414767

Kedatangan kami kat sini sebenarnya tak dirancang, bila perut lapar kawan aku bagi cadangan makan Mee Ketam, last, buat keputusan ke Kuala Juru, sanggup merentasi jambatan dari pulau ke seberang perai, meredah jem semata-mata nak makan Mee Ketam. Dah sampai kat sane cun-cun masuk waktu maghrib, AKU and the gang, solat dulu baru ke Mee Udang Pak Su.

Di Warung Mee Udang Pak Su ni ada jual bermacam-macam jenis makanan yang paling special Mee Udang/Ketam dan Nasi Goreng Udang/Ketam, masing-masing dah teringin nak makan Ketam, kami oder la 3 Mee Ketam dan 2 Nasi Goreng Ketam. Servis memang cepat, mungkin sebab time ni orang tak ramai lagi. 


Warung Pak Su Mee Udang

Lengang, waktu ni baru je lepas solat Maghrib

Makanan yang ditempah 

Mee Ketam, ada dua ekor ketam dalam satu pinggan ni.

Rasa kuah dia memang marvelous, sedap, manis isi ketam tu sebati dengan kuah, balance pulak dengan sedikit perahan limau, perfect!

Ni hidangan Nasi Goreng Ketam, yang kuning-kuning tu nasik goreng.

Ketam masak merah yang dihidangkan bersama nasi goreng. Rasa kuah dia memang sedap, manis pedas (bukan la pedas sampai nanges), highly recommended! Best in Malaysia! Cewah...


Selain daripada Mee atau Nasi Goreng Udang/Ketam kat sini ada jual bermacam-macam jenis makanan antaranya Home made Ice Cream, Lai Chi Kang Ipoh dan Sate Kambing. Yang paling AKU suka ketam masak merah, kuah dia memang the best! Kalau datang ke Penang, singgah-singgah la ke Warung Mee Udang Pak Su. 


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...