Isnin, 30 Jun 2014

Bajet Bercuti di Beijing

BAJET BERCUTI DI BEIJING

Salam Ramadhan buat pembaca tersayang!

Bergambar kat Kota Larangan, Beijing : Trip Bercuti di Beijing 2014

   InsyaAllah aku akan kongsikan bajet bercuti di Beijing yang kami dah belanja untuk Trip Beijing 2014. Pada mulanya group kelas kami nak buat trip ke Korea, entah la sampai sekarang tak menjadi. Tapi aku sorang je terlepas ke sana, hehe... Trip nak melancong ke Beijing ni mula-mula macam main-main je, tapi kami usahakan jugak sampai jadi. Mulanya ramai jugak yang risau dan ada yang tarik diri, sebab kes kehilangan Pesawat Penerbangan MH370. 

   Masa buat permohonan untuk lawatan ke luar negara, ada banyak maklumat tambahan yang perlu kami sediakan, i) surat kebenaran waris, ii) itinerary (berserta alamat hotel), tiket penerbangan pergi balik. Lain-lain yang kami buat, sebelum pergi tu kami maklumkan lawatan kami kepada Kedutaan Malaysia di Beijing in case ada berlaku kecemasan dan ambik suntikan Vaksin. Alhamdulillah last sekali 17 orang yang join trip nih. 

   Sebelum pergi aku dan sorang kawan aku cari beberapa agen untuk uruskan trip kami, last sekali kami dapat harga terbaik daripada agen. Untuk mengurangkan kos bajet bercuti di Beijing,  kami just ambik ground paket saja. Tiket flight, aku dengan kawan-kawan aku yang uruskan. Tapi bukan senang nak dapatkan tiket promo AirAsia untuk jumlah yang besar. Ok jom tengok berapa Bajet Bercuti di Beijing yang aku dah belanja

Harga ground pakej yang ditawarkan sebanyak RM490, termasuk :

1. Visa ke China
Harga untuk Single Entry - RM85 (Kami bayar RM110) 

2. Tips
RM20 untuk 4 hari

3. Tiket Masuk ke Tempat Menarik (Summer Palace, Acrobatic Show, Great Wall, Panda Zoo, Forbidden City)
a) Summer Palace - CNY 30.00
b) Acrobatic Show - CNY 110.00
c) Great Wall - CNY 45.00
d) Panda Zoo - CNY 20.00 (Kami bayar RM30)
e) Forbidden City - CNY60.00

JUMLAH - RM158.63 @
KOS Seorang - RM160.00

4. Penginapan (termasuk Sarapan Pagi) 12-15 Jun 2014

a) Bilik untuk 2 orang - CN Y207
b) Bilik Triple - CNY 329

JUMLAH - RM3050.78 (untuk 17 orang)
KOS Seorang - RM180

5. Makan tengah hari dan makan malam 
6. Pengangkutan.

* Harga sebenar aku tak pasti, sebab tour guide yang belikan tiket. Harga yang aku senaraikan kat atas berdasarkan rujukan dari beberapa laman web.

TIKET FLIGHT 
Tiket return - RM800

JUMLAH KESELURUHAN BAJET BERCUTI DI BEIJING = RM1290.00

PERBELANJAAN PERIBADI = RMB400.00

Dengan RMB400.00 apa yang aku belanja dalam Bajet Bercuti aku di Beijing, jom tengok.

Ni aku beli kat Silk Market kat Kedai Jamilah, alas meja 6 kerusi aku dapat dengan harga ¥40.00

 Dompet ni aku dapat dengan harga ¥40.00. Tapi kat Bugis Street, SINGAPORE 3 dompet dengan harga $10.00! Hmmm...

Fridge Magnet ada yang 3 ¥10.00. Fridge Magnet yang Logo China tu aku dapat 7 dengan harga ¥50 yang asalnya satu bijik ¥10.00

 Jaket ni aku dapat dengan harga ¥140.00

Teh Buah beli kat Dr. Tea, 6 Kotak = ¥300.00 Percuma 1 Pee Pee Boy

 Plaque ni aku beli kat Juyong Pass, dengan harga ¥40.00 siap dengan ukir nama.

Ni mahal sikit, sebab aku beli kat bawah, kalau korang panjat naik ke atas sikit boleh dapat dengan harga ¥40.00

Masa ni kami 9 orang sewa baju, bayar ¥50.00 siap dengan print gambar. Tapi mak cik tu print sekeping je, uishhh, masing-masing angin la. Janji sewa dapat gambar sorang satu. Bila 9 orang pergi serbu kat kedai dia suruh print sorang satu, kelam kabut dibuatnye.

   Aku ni jenis tak berbelanja sangat, lain-lain tu banyaknye air mineral, jajan dan aku ada beli sim card masa kat Beijing. So, macam mana? Boleh kira macam Destinasi Bajet tak?

AWAS! KISAH PENIPUAN DRAMA WAKTU SHOPPING DI BEIJING


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Khamis, 26 Jun 2014

Realiti Disebalik Trip Beijing | Mesti Baca !

   Ok, bagi kawan-kawan yang yang nak ke Beijing, harap jangan la malas-malas nak baca. Kat blog banyak info yang korang boleh dapat, lain blog lain cerita. This is my own version, insyaAllah aku nak kongsi info kat korang. Ada banyak benda yang nak korang nak kena tahu sebelum pergi bercuti di Beijing, terutamanya yang pergi pakai agen. 

LAWATAN WAJIB KE GOVERMENT STORE!

   Kalau korang pergi dengan agen, biasanya diorang akan siap aturkan program semasa bercuti di Beijing, kat mana korang nak stay dan ke mana korang akan pergi. Bagi yang belum tau, kebanyakkan tempat contohnya macam Silk Store, Herbal Medicine Center, Jade Museum, Crystal Shop, Burning Cream Center, Olympic Jewelry City, Bamboo Charcoal dan Tea Ceremony tu semua Goverment Store yang wajib korang pergi. Di sini lah yang ramai bloggers cakap atau tulis kat dalam blog "ramai yang kena tipu"

   Persoalannya kenapa wajib pergi ke Goverment Store semasa bercuti di Beijing? Adakah agen di Malaysia yang uruskan atau ada agenda disebalik? OK, Agen di Malaysia akan contact syarikat pelancongan di China, dan syarikat ini akan melantik sorang tour guide di China untuk bawak korang pergi jalan-jalan. Lawatan ke Goverment store ni akan diuruskan oleh syarikat pelancongan di China untuk mendapatkan komisyen jika kita berbelanja di situ. Kat sini la ramai orang cakap selalu kena tipu. Banyak belanja, banyak la komisyen yang diorang dapat. Harga pun boleh tahan mahal. Korang pergi la dengan tour mana sekali pun, mahal atau murah, lawatan ke Goverment Store tu wajib. Yang bezanya mungkin hotel yang disediakan, kalau bayar pakej mahal dapat la hotel yang ok.

   First day lagi, tourist guide aku siap warning lagi masa kat silk store, supaya aku ikut je apa yang pekerja kat silk store tu cakap. Biasanya di kebanyakan goverment store diorang akan tanya yang group kami ni dah bekerja atau pun tak. Sekali lagi kami kena warning dengan tourist guide kami supaya jangan mengaku kami ni student. Sebabnye, student tak ada duit dan takut tourist guide akan kena marah sebab bawak group yang tak menguntungkan. Bila benda ni terjadi mood aku terus down, aku hilang kepercayaan kat tourist guide, aku rasa aku ditipu, dia ni penipu dan aku menganiaya kawan-kawan, sebab aku yang uruskan trip ke Beijing.

   Masa kat  goverment store, diorang akan bagi penerangan tentang produk-produk yang dihasilkan kat situ, lepas tu korang akan dibawa ke bahagian jualan dan kat situ akan bermulanya drama dan pujuk rayu yang bagi aku sangat la merimaskan. Ada satu part drama diorang kasi diskaun, barang yang harganya beribu-ribu Yuan boleh turun sampai ratus je. Sape la tak nak beli, kalau dah dapat diskaun sampai banyak tu kan? Kat situ ramai yang sanggup pinjam meminjam dari kawan-kawan. Bila pergi ke Silk Market ramai yang rasa tertipu sebab boleh dapat barang dengan harga yang lebih murah. Setiap kali ke goverment store banyak masa terbuang macam tu je, penerangan tu sikit, tapi bab pujuk memujuk dengan drama yang tak leh blah, banyak masa terbazir kat goverment store.

DRAMA PUJUK RAYU DI KEDAI PEARL 


Drama kat Pearl ni aku rasa "drama" yang paling femes, ramai bloggers yang dah pergi bercuti ke Beijing akan cerita drama kat kat kedai Pearl.

   Drama kat Pearl macam ni, mula-mula sekali akan ada seorang pekerja perempuan yang bagi penerangan pasal Pearl, jenis-jenis pearl dan macam-macam lagi la. Lepas tu ada sorang lagi perempuan masuk bagi tau something yang "Teacher" yang akan bagi penerangan pasal pearl tu tak ada, so yang akan gantikan "Teacher" tu adalah Manager, anak kepada bos. Waktu manager tu masuk, semua pekerja tunduk bukan main lagi, tanda hormat. Aku tengok anak bos ni macam blur. Dia masuk, dan cakap BI dia tak berapa bagus dan masih lagi nerves (berlakon je kot).

   Masa dia bagi penerangan, kita orang macam main-main je dengar, maklum la semua orang dalam trip kami dah tahu drama kat pearl nih, manager tu nampak macam kurang selesa dengan kami. Ingat nak dapat sebijik cincin free sorang satu, tapi lakonan tu bertukar haluan. Rasanya dia tau dah yang group ni tak berduit dan tak leh nak "sembelih" so dia ubah cerita. Manager tu tanya "are you student?" kami dilemma nak jawab, sebabnye tour guide dah pesan jangan cakap yang kami ni student. Aku rasa dia dah tahu yang kami ni student, kami pun mengaku la yang kami ni student. So dia pun bagi tau something dan mintak kami jangan cerita kat tour guide kami, Kakak Maggie.

Cuba tengok video ni sampai habis. Aku rasa setiap group berbeza-beza drama, yang paling penting pandai dia ambik hati. Apa ayat last yang dia cakap? Bijak sungguh "manager" nih...

  Dia pun cakap la, lebih kurang macam ni... "you visited to many Goverment Store is it?" Dia pun cerita la sebabnya, kata manager tu, tour guide cuba nak kaut keuntungan. Jika kami beli barang, dia akan dapat komisyen yang banyak. Wah, nampak tak dramanya? Seolah-olah nampak tourist guide ni macam penipu. Semua orang pun teruja dengar cerita si manager nih, termasuk aku sekali. Manis tau dia bemain dengan kata-kata, siap cakap lagi "kalau tak beli pun tak pe, saya  nak kawan dengan kamu.  Kalau kamu datang ke Beijing boleh contact saya (manager)." Bayangkan, manager syarikat nak suruh contact tuhh~Tapi last-last pujuk jugak suruh beli.


 Kebanyakkan goverment store tak bagi amik gambar, ada aku kesah? Ni pun curi-curi aku amik gambar.
Tak bagi amik gambar, aku rakam video, hahaha...

Ada yang biasa dengan "Manager" yang berbaju biru tu tak?

Ni drama si "Manager" ni yang sempat aku rakam sembunyi-sembunyi. Video agak kabur sikit, tapi nak bagi tau kat korang, bila si "Manager" ni buat tawaran crazy crazy, si pekerja ni buat muka terkejut. Mantap lakokan, boleh dapat Anugerah Bintang Popular!

Ni rupa "Manager". Kalau rajin gi le baca tengok, sama tak drama kat pearl ni.
 Gambar dari blog : sw33tdarling

Rantai Mutiara yang dijual, cer tengok sikit berapa harga?
Gambar dari blog : Azwan Salleh       

   Habis je dia cerita, dia pun bawak kami masuk ke tempat macam galeri. Kat situ ada banyak pearl yang mahal-mahal. Maka drama pun bermula la. Dari harga beribu-ribu sampai jadi 4 bijik 100 Yuan* Pekerja dia pun buat muka terkejut dengan tawaran manager. Wah~ Wah~ manager tu blah keluar, kami pun ramai-ramai blah keluar, apa pun kami tak beli. Kalau mampu tak salah nak beli, tapi kami yang student ni bukan nak shopping sangat benda-benda yang macam tu, dan kalau kami tak nak beli tu, tak payah la paksa-paksa. Niat ke Beijing nak tengok tempat-tempat bersejarah, nak tengok life orang sana, bukannye nak beli koyok. Lagi pun korang boleh dapat mutiara kat Sabah dengan harga yang jauh lebih murah.


[video drama kat pearl]
Sempat aku rakam video masa manager dia bagi diskaun gila-gila. 




  Kesian kat pak cik mak cik yang pencen, duit banyak jadi mangsa kena tipu. Aku bukan nak buat cerita, cerita ni cerita betul, aku gagahkan diri tapi cerita atas dasar kesian sebab ramai yang dah kena tipu. Masa kat hotel, ada satu group pergi kat tempat yang sama pun dah kena tipu. Sebenarnya bukan orang Malaysia je yang kena tipu, ramai je orang luar kena tipu, korang leh baca kat web nih :


RASA TERTIPU DENGAN AGEN?

   Pada mulanya aku rasa tourist guide cuba menipu kami, aku syak masa  dia siap bagi warning kat aku. Sampaikan masa hari mula kita orang takut-takut nak keluar dari tempat jualan. Tapi hari kedua kita orang beranikan diri. Habis je diorang buat penerangan tengok-tengok barang kejap lepas tu kami terus keluar, jalan cepat-cepat dan keluar dari goverment store. Tapi tak semua tempat kami buat macam tu, contohnya kat Jade Museum kami spend masa kat situ amik-amik gambar dan drama pujuk rayu kat situ tak lah hebat sangat. 

   Nak shopping kat goverment store sebenarnye tak dak masalah, cuma beberapa tempat tu harga dia tak berapa nak reasonable sangat. Contohnya arang kat Bamboo Charcoal, arang tu digunakan untuk hilangkan bau, aku pernah je guna arang biasa letak dalam peti ais, hilang jugak bau. Lepas tu pulak kat Burning Cream Centre, jual koyok 6 meter sampai beratus-ratus Yuan, kat Malaysia boleh dapat tak sampai RM10, koyok tu bukannye nak pakai hari-hari pun. Paling aku tak leh lupa drama kat Olympic Jewelry City, kalau kat blog Azwan Salleh, ceritanya macam lain. Group kami pulak versinya lagi sakan.

   Aku bukan nak cakap yang semua Goverment Store ni macam haram jadah, ada yang best contohnya macam kat Tea Ceremony (Dr. Tea) kat sini korang belajar cara-cara teh dihasilkan, belajar cara-cara minum teh cara orang Cina. Lepas tu diorang akan promote barang, tu biasa la, pastikan cuba mintak diskaun atau free gift. Kat sini diorang ada jual mug yang bila tuang air panas corak dia akan berubah, tak payah beli, Mahal. Benda tu korang boleh dapat kat tempat lain dengan harga yang lagi murah. Masa kat sini bukan promoter yang pujuk rayu, geng-geng kami yang pujuk diorang.

   Mungkin dulu tak banyak info pasal bercuti ke Beijing dengan agen, tapi sekarang ni dah ramai bloggers yang tulis cerita dengan detail pasal drama-drama kat Peal, pujuk rayu, kena tipu sampai beribu-ribu Ringgit, rajin-rajin la baca penat diorang tulis tapi korang tak baca, hehehe. Sebelum pergi tu simpan-simpan la nombor telefon Kedutaan Malaysia di Beijing, in case kalau ada masalah apa-apa korang boleh mintak bantuan.  Macam kes yang kawan aku cerita kat aku masa trip dia ke Beijing tahun lepas, dengan bantuan kedutaan duit dapat refund balik.

   So kesimpulannya, sepanjang 4 hari kami di Beijing, sampai 9 Goverment Store yang kami pergi. Banyak sangat masa terbazir kat goverment store nihAku bukan nak label yang agen/tuorist guide semuanya penipu dan cuba menipu,  tapi tu polisi yang diorang kena ikut. Pergi ke Goverment Store wajib, tapi beli kat sana tak wajibTourist guide pun tak campur urusan jual beli kat goverment store. Macam mana pun Tourist guide yang kami dapat pun ok orangnye, cuma mula-mula tu aku yang syak yang bukan-bukan. Lepas borak-borak dengan dia, memang dia akui terpaksa bawak kami ke goverment store. Cuma sesetengah orang rasa tertipu bila agen di China/Malaysia tak info pasal lawatan kat Goverment Store. 

  Satu lagi, kita yang mudah tertipu dan rasa tertipu dengan drama-drama kat Goverment Store, sapa yang tak tertarik kalau dah dapat harga durian runtuh. Drama diorang ni "senjata" untuk tarik pelancong untuk beli dan kaut keuntungan, sedangkan kita boleh dapat barang yang sama dengan harga yang murah kat tempat lain.  Kalau korang tak beli, diorang cuma boleh paksa atau marah, tu je. Ingat ye "Nak beli atau tak tu semua terpulang kat kita". Jangan la sampai boros disebabkan mudah terpedaya dengan pujuk rayu. Bagi yang belum pernah pergi bercuti ke Beijing tolong la amik tahu sebelum seronok-seronok nak ke sana, dengan harapan tak de yang rasa kena tipuLast but not least, China is one of the Great Country to Travel!

HARI PERTAMA 

1. SILK STORE
Pujuk rayu kat sini hebat dan sakan

2. HERBAL MEDICINE CENTRE



Tabib ke doktor ke, aku tak pasti, tapi aku nak korang cam betul-betul muka dia. Bukan pakar perubatan, tapi pakar "pujuk rayu". Kat sini lagi dasyat, dia akan target beberapa orang untuk pujuk supaya beli ubat diorang.

HARI KEDUA

3. JADE MUSEUM
Kurang pujuk rayu, biase je. Kat sini aku tak rasa menyampah sangat

4. KILANG MAKANAN PROSES
Kat sini pun kurang pujuk rayu, kawasan kedai luas dan paling penting "one way" kena lalu semua rak-rak produk makanan diorang then baru boleh keluar.

5. CRYSTAL SHOP
Kat sini biasa la, kalau tak nak beli, lepas dengar diorang cerite pasal produk diorang terus keluar je.

6. BURNING CREAM CENTER


Burning Cream Center

Macam-macam produk ada kat sini, burning cream untuk rawatan luka lecur dan paling best koyok 6 meter yang harga dia beratus-ratus yuan. Ada yang pergi dengan kami cakap burning cream tu berkesan. Wallahu a'lam

HARI KETIGA

7. OLYMPIC JEWELRY CITY
Drama terbaik kat sini la.

8. BAMBOO CHARCOAL



Aku kena warning mula-mula sebab aku amik gambar, gambar ko tak bagi, video aku ambik... Hehehe....
Cuba dengar BI dia, dah bunyik macam Bahasa Cina!

Nama bamboo charcoal, tapi macam-macam benda dia jual, tuala bamboo, kain bamboo, spender bamboo pun ada.

HARI KEEMPAT

9. TEA CEREMONY (DR. TEA)


Kakak Air Teh di Dr. Tea

Kat sini korang akan diajar cara minum teh. Lain teh, lain cara minumnye. Lagi satu dia akan buat demo Pee Pee Boy, terpancut-pancut Pee Pee Boy kencing. Diorang jual Pee Pee Boy, tapi kitaorang pujuk sampai leh dapat free. Lepas tu diorang jual mug yang ada naga boleh tukar warna, mahal! Jangan Beli! Kedai lain ada jual jauhhhhhhh lebih murah.


Pee pee boy kononya boleh bagi tau korang suhu yang sesuai untuk bancuh teh. Kalau air cukup panas, pee pee boy aku pancut air kat k******n dia... Sungguh tragis...

Aku shopping "Teh Buah" je... Rasa masam-masam sikit, tapi best.


Harga asal Teh 4 Kotak = CNY 300.00
Harga Pee Pee Boy = CNY 50.00
Harga lepas kena Pujuk 6 = CNY 300.00 + Percuma Pee Pee Boy sorang satu!


REALITI KEHIDUPAN BEIJING
   
   Bila aku cerita macam ni, bukan nak takutkan korang untuk ke China. Masa aku cakap nak pergi China kat kawan aku, macam-macam diorang cakap, negara penipu la, tak payah pergi la. Bagi aku pergi la ke sana, pergi la panjat Tembok Besar, tengok life diorang kat sana, pastinya korang akan tahu betapa peritnya kehidupan warga Beijing kat sana. Sempat kami borak dengan kakak Maggie, kos sara hidup sangat tinggi di Beijing, kalau tak pandai memang tak boleh hidup. Kos nak mengasuh anak pun beribu-ribu ringgit, tu belum lagi sewa rumah.

   Paling sedih bila kakak Maggie cerita pasai orang kat Acrobatic Show. Diorang dari kecik seawal  usia 10 tahun tinggalkan sekolah untuk berlatih. Pelajaran tak ade, just harapkan keja kat Acrobatic Show je, kalau jadi kemalangan waktu buat persembahan jangan harap nak dapat insurans, majikan akan hantar balik kampung, dengan pelajaran pun tak ade, macam mana diorang nak survive? Habis persembahan acrobatic, melulu orang yang buat persembahan turun dari pentas, jual CD kat penonton. Pergi sini orang tak beli, pergi sana pun tak ade orang beli. Bila aku dengar kakak Maggie cerita pasal diorang, seriously aku sedih sangat.

   Masa kat hotel, akan ada penjual yang menjual beg-beg. Nampak je, kami keluar dari hotel atau bas, diorang akan datang pujuk untuk beli. Setiap hari macam tu la, sememangnya aku rasa rimas, pada masa yang sama aku kesian. Apa-apa pun cakap baik-baik dengan diorang cakap yang kita tak nak beli, jangan pulak kedekut lemparkan senyuman kat diorang, insyaAllah diorang faham dan tak akan paksa. Bagi aku barang yang diorang jual agak murah, kalau berkenan boleh je nak beli.


HOTEL TAISHUN BUSINESS BEIJING

Taishun Business Hotel, Beijing.

   Sepatutnya kami menginap di Jin Hui Hotel, last-last minit dapat hotel Taishun. Bagi aku penginapan ok, cukup selesa. Makan pagi disediakan, start jam 6.30-8.30 pagi. Setiap hari menu sama je, salad sayur 6 jenis, bubur sampai 4 jenis, nasi goreng rasanya tawar, kalau leh bawak bekal garam. Orang punya la ramai, ada dua jenis makanan yang cepat habis, telur dengan salami. Orang hotel letak telur dengan salami, kejap je licin.





   Kedudukan hotel sangat tak strategik, jauh dari tempat tumpuan orang ramai. Yang dekat dengan hotel pun balai polis. Ada shopping complex, cuma jual barang perabot je. Nak ronda-ronda dengan subway pun susah. Stesen subway Shilihe paling dekat dengan hotel, tu pun dekat 3km, sanggup nak jalan? Kalau dekat, memang tiap-tiap malam aku merayap. Pekerja hotel pulak memang tak reti BI, Bahasa Melayu jauhhhh sekali.


MAKANAN DI CHINA

   Bagi aku makanan kat sini kena dengan tekak aku. Cuma sarapan pagi kat hotel yang kurang memberansangkan. Tapi aku olah sikit makanan tu, bagi selera nak telan. Hidangan kat sini banyak sayur, serius banyak! Ada satu hari tu sampai 3 jenis sayur. Last-last kami kasi report kat tour guide supaya kurangkan sayur.

Hidangan tengah hari di hari pertama. Bawang masak ayam yang paling legend. 

Hari Sayur Sedunia, kat gambar baru sampai sejenis je.  Makan malam di Hotel Taishun, masakan kat hotel rasanya agak kureng sikit.

Makan tengah hari selepas mendaki Tembok Besar China, ada 4 Jenis Sayur. Sebelah meja kami satu family India, lauk kami luak, diorang macam tak sentuh lansung.  Nak kena ada kari kot baru leh jalan... 

 Keadaan makan malam lepas buat aduan kat Kakak Maggie, tourist guide kami.

Salad yang paling sedap pernah aku makan. Nampak simple, tapi ada umphh. 



   Kedai makanan Islam kat sini biasanya akan gunakan papan tanda warna hijau. Jangan terkejut kalau kat restoran halal pun ada jual arak.

Nampak tak botol ape kat belakang?

   So apa yang aku harapkan lepas ni, tak ade yang kena tipu lagi. Kalau ada rezeki lebih, aku nak pergi Beijing sendiri, susah tu memang la susah, perancangan kena ada insya Allah tak jadi masalah. Banyak tips-tips nak travel kat China yang korang boleh dapat dengan percuma dari blog-blog, cuma kena rajin google. Bagi yang akan melancong ke China "Selamat Bercuti, Selamat Melancong ke China" dengan selamat!


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Rabu, 25 Jun 2014

Trip Beijing 2014 | Tempat Wajib Dilawati


TEMPAT MENARIK DI KOTA BEIJING

1. BESAR CHINA (JUYONGGUAN PASS)

   Sambung part kat tembok besar. Tour guide kami nampak bengang giler, sebabnye dia bagi masa sejam tapi kami enjoy sampai tak sedar yang kami dah terlebih masa, sampai dekat 2 jam kami kat sana. Sebenarnya Great Wall ni ada banyak "section" antaranya Beijing Section. Di Beijing section pulak beberapa entrance antaranya Badaling, Mutianyu, Juyongguan Poss, Simatai, Jinshanling, Gubeiko, Huanghuacheng, Jian Kou dan Water Pass. Badaling Entrance merupakan Beijing Great Wall yang paling dekat dengan subway station 

   Juyongguan ni terletak di kawasan lembah yang dikelilingi bukit, pada zaman dulu, Juyongguan ni merupakan kubu pertahan yang kuat. Bukan senang musuh nak buat serangan kat sini, dengan kedudukan yang tinggi, askar-askar dah boleh nampak musuh yang nak menyerang. Dari dalam bas lagi, aku nampak ramai manusia gigih cuba panjat kat great wall nih. Harga tiket masuk kat sana berbeza-beza, kalau musim panas ¥ 45.00

Dari jauh aku tengok, tak berkelip-kelip mata... tinggi sungguh rupanya tembok besar nih, mampukah aku panjat?



Tak dapat nak bayangkan keperitan orang yang membina Tembok Besar, dan ia merupakan simbol penting bagi orang-orang China dan merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia.

TIPS

Masa aku sampai kat Juyongguan nih, terus tourist guide bawak ke tempat bergambar yang diorang akan print dan jual. Kat situ jugak ada jual certificate yang dibuat daripada buluh dengan harga CNY50.00. Sebenarnya, ada lagi kedai-kedai yang jual souvenir, cuma kena panjat la, harga "ceritificate metal plaque" cuma CNY40 yuan berbanding kat bawah harga dia CNY50.  



   Summer palace ni merupakan taman diraja yang terbesar di China, dibina pada sekitar tahun 1700-an ia merupakan taman untuk keluarga diraja berehat.


Kawasan Summer Palace ni jugak ada kawasan tasik yang sangat luas, Tasik Kunming dengan keluasan kira-kira 300.59 hektar. Kalau aku pergi sendiri, confirm aku naik boat. 


Kawasan Istana diorang dah ditutup, boleh tengok dari luar je. Tiket masuk ke Summer Palace ¥30.00


   Acrobatics show ni pada mulanya aku ingat biase je. Tapi bila masuk tengok diorang buat persembahan, seriously sangat best. Aku paling suka pertunjukan yang last skali, 5 bijik motorsikal masuk dalam globe besi. Di Beijing ada banyak teater akrobatik, yang kami pergi nih Legend of Jinsha Acrobatic Show Beijing.


Antara persembahan yang terbaik!

Jenis-jenis seat berbeza ikut kedudukan. sumber : http://www.thelegendofjinsha.com/

   Harga tiket bergantung pada seat, seat tengah biasanya mahal. Kami duduk kat seat side row, harga lebih murah dan tak perlu nak booking. Harga berdasarkan web site, lebih kurang ¥110.00

4. BIRD NEST STADIUM AND WATER CUBE (BEIJING NATIONAL AQUATICS CENTER)





   Perasaan sangat exited bila dengar nak pergi ke Panda Zoo. Nampak gate zoo dah rasa macam nak jerit, wah~ Panda... Orang kat sini punya la ramai, panda ada 3 ekor je, orang bersesak-sesak nak tengok panda dalam cermin. Aku tak rekemen untuk datang ke sini. Masa aku panjat tembok besar, sempat sembang dengan pelancong dari Columbia, katanya baru balik dari Shenzhen. Kat sana diorang pergi tengok panda, katanya lagi best tengok di sana dari tengok panda kat Beijing. Actually kat Malaysia pun boleh tengok panda kan??? hehe...

Sombong pulak panda nih.

Punya berangan la nak peluk anak panda, yang ni pun jadi la... Selain daripada panda ada je bintang-binatang lain yang korang boleh tengok. Harga tiket Kombo termasuk Panda Zoo ¥20.00


   Forbidden City terletak di bahagian Utara Tienanmen Square. Forbidden City ni merupakan kawasan Istana, kalau korang pernah pergi ke Istana di Korea Selatan, korang boleh tau betapa besarnya Forbidden City ni, sangat luas! Kawasan Forbidden City dikelilingi sungai atau "moat" dengan lebar 52m dan tembok setinggi 10m



Forbidden City sekarang lebih dikenali sebagai Palace Museum. Forbidden city juga merupakan kompleks istana yang terbesar di dunia. Dalam istana ni saja ada 8,700 buah bilik. Kalau sembunyik sorang gundik kat dalam bilik, jenuh jugak nak carik. Hehehe... Temat ni masa aku pergi sangat sesak dengan orang ramai , terutamanya sekitar bulan Mei ataupun semasa hari cuti. Kalau terlalu ramai, jumlah pengujung dihadkan kepada 80,000 orang saja, so take note. Tiket masuk hanya ¥ 60

TIPS 

Nak masuk ke kawasan ni, korang akan diperiksan oleh polis di sana. Jangan lupa bawak passport in case kalau polis mintak untuk buat pemeriksaan.


7. MASJID NIU JIE

   Masjid Niu Jie merupakan antara masjid yang tertua di China. Ia dibina pada tahun 996. Rekat bentuk masjid Masih mengekalkan ciri-ciri budaya tempatan, bahagian dalam Masjid pulak dihiasi dengan kaligrafi tulisan ayat-ayat suci al-Quran mempunyai ciri yang sangat unik. 



8. MASJID NAN DOU YA



9. SILK MARKET

   Masa aku dengar nama Silk Market, terbayang la yang market ni macam pasar malam, tak pun macam Lorong Kulit kat Penang. Sampai je kat sana, tertanya-tanya aku, kat mana Silk Market nye? Sekali meleset, Silk Market dah canggih, bukan macam dulu kala. Silk Market atau "Xiu Shui" dahulunya macam pasar malam, bukan dalam bangunan. Atas inisiatif Kerajaan China, pada tahun 2005, peniaga mula beroperasi di bangunan baru yang lebih selesa.

Suasana kat Silk Market, nampak macam kedai mahal-mahal, sampai takut nak tawar menawar.

   Silk market bukan sekadar "silk" je, macam-macam ada jual kat sana. Sutera, kasut, baju, jaket dan barang-barang hiasan semua boleh dapat kat sana. Kalau nak shopping kat sini kena pandai tawar menawar. Harga barang yang peniaga ni letak memang tak logik, beribu-ribu yuan. Kalau beg duit, diorang letak harga CNY800, lepas tawar menawar boleh je dapat CNY40. Kawan aku dapat kasut Converse dengan harga CNY40 sahaja! Kat sini tak de barang ori, banyak yang fake.

   Suasana nak membeli belah kat sini macam nak perang dunia ketiga. Kena maki tu biasa le. Kalau tak nak beli, jangan gatal nak tanya harga. Kalau korang tanya mostly diorang tak kan cakap, biasanya peniaga kat sana akan tanya kita balik "what is your best price?" Kita letak CNY50, diorang cakap "Are You Crazy!!!" Antara ayat-ayat femes kat Silk Market :

1. What is your best price?
2. No Joke! Put your price
3. Are you crazy! (Ayat paling femes)
4. Aiyo... No Make Money la (ni bila kita duk mintak rege murah)
5. OK bye bye (ayat ni bukan ayat "say good bye" tau, ayat ni diorang guna nak halau secara halus) 

10. YA SHOW MARKET*

   Ya show market lebih kurang je macam silk market, kat sini pun kena berperang mulut. Kalau nak dibandingkan dengan Silk Market, peniaga kat Ya Show market better la dari Silk Market. Kat tingkat atas ada kedai makanan halal dan Money Changer yang rate dia jauh lebih murah dari kiosk, jauh lebih murah dari yang tourist guide kita orang jual.

   I'm not a good bargainer, tapi kalau tak dapat harga yang aku nak aku tak ambik. Aku bukan yang jenis shopping sangat, sikit-sikit ade la. Ni benda-benda yang aku beli masa kat Silk Market dan Yashow Market:

Silk Market :

1. Penutup meja 6 kerusi - CNY 40.00
2. Sarung kotak tisu (1) - CNY 5.00

Yashow Market :

1. Jacket kulit (wallahu a'lam kulit ke tak) - CNY 140.00
2. Beg Duit - CNY 40.00

11. SUBWAY DI BEIJING

   Jangan lepaskan peluang untuk naik subway kalau dah sampai di Beijing. Hotel yang kami menginap sangat jauh dengan stesen subway, tapi masing-masing tak nak lepaskan peluang nak merasa naik subway kat Beijing. Sikit demi sikit kami approach Kakak Maggie, mulanya dengan aku pergi tanya harga tiket. Memandangkan kedudukan stesen subway yang tak mengizinkan kami naik, strategi seterusnya "pujuk Kakak Maggie untuk bawak kami" pada mulanya dia menolak, pujuk rayu demi pujuk rayu akhirnya Kakak Maggie setuju nak bawak kami naik subway.

   Harga tiket subway hanya CNY 2.00 untuk ke mana-mana destinasi, sangat murah. Hari terakhir di Beijing, kakak Maggie bawak kami ke Stesen Shilihe, bas drop kami kat sana. Lepas tu dari stesen Shilihe (Line 10) kami ke Stesen Tiananmen East (Line 1). Masa tu keadaan dalam train sangat sesak, kami cuma transfer satu stesen di Guamao untuk ke Line 1, aku rasa kalau kena transfer banyak kali, kakak Maggie mesti pikir banyak kali nak bawak kami.                      


Subway map, yang aku dapat kat hotel langsung tak membantu, semua dalam bahasa Mandarin.

 First time masuk subway yang ada scan beg, selalunya kat airport, huhu...

 Single way ticket

 Suasana kat stesen Shinlihe

Agak sesak sebab semuanya nak naik escalator

   Sebenarnya ada banyak tempat yang korang boleh pergi kalau travel sendiri. Trip kali ni aku kurang berpuas hati sebabnya masa banyak habis kat Goverment Store. Ada tempat-tempat yang aku nak pergi tapi tour guide tak bawak contohnya snack market, Muslim store tu pun pergi sekejap jer. Rasa nak pergi jer lagi, tu pun kalau ada yang sudi nak sponsor. Untuk next entry aku akan share "realiti" yang berselindung di sebalik Trip Beijing, nantikan...

Bersambung~


Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...