Khamis, 28 November 2013

Bercuti di Busan Korea | Jagalchi Market

Tempat Menarik di Busan
Selepas melawat Gamcheon Cultural Village, Masjid al-Fatah Busan aku meneruskan misi aku di bumi Korea Selatan. Trip Bercuti di Korea Selatan diteruskan dengan lokasi yang dikatakan sangat terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan di Busan. 

Kalau di Malaysia pastinya Pasar Malam atau di Kelantan, terkenal dengan Pasar Siti Khadijah, tapi di Busan, Jagalchi Market merupakan pasar ikan terbesar di Korea Selatan wajib dimasukkan dalam travel itinerary. Apa yang ada di sini? Jagalchi Market merupakan pasar basah yang menjual hasil lautan disamping makanan laut seperti ikan bakar.

Bagi aku, lawatan ke mana-mana negara, aku suka ke tempat yang macam kat Jagalchi Market. Aku suka tengok life diorang dan budaya diorang dengan lebih dekat. Pastinya suasana di Jagalchi Market sangat berbeza dengan Pasar Basah yang ada di Malaysia. Bezanya, ada hasil tangkapan laut yang tak pernah aku tengok. Jom kita terjah Jagalchi Market.



[Direction ke Jagalchi Market]

Untuk ke sini mudah saja. Jagalchi Market terletak berhampiran Stesen subway Jagalchi, aliran Sinpyeong Line 1. Dari Stesen Jagalchi keluar ikut Exit 10. Jalan terus sehingga simpang 4 yang ke - 2. Di simpang yang kedua, di sebelah kiri korang boleh nampak Pintu Gerbang Busan International Film Festival. Dari simpang tu korang ke kanan dan kira-kira 300 meter dari situ la Jagalchi Market.

 Line 1 Aliran Sinpyeong, Stesen Jagalchi & Keluar ke Exit 10

 Exit 10 Stesen Subway Jagalchi

 Jalan terus sehingga jumpa simpang jalan yang kedua. Nampak tak signboard NH Bank? Lepas tu di simpang yang kedua jalan ke kanan. Di sebelah kiri simpang ni ada gate Busan International Film Festival

Gate Busan International Film Festival

 Masuk je ke kanan korang akan jumpa Pintu Gerbang yang macam kat atas ni

 Kemudian jalan terus, dari sini dah boleh nampak satu bangunan besar Jagalchi Market

Jagalchi Market. Masa aku pergi, entah silap dimana aku tak dibenarkan masuk. So aku jalan-jalan di kawasan Market Outdoor je. Maket yang aku maksudkan tu terletak di sebelah kanan bangunan ni.

Macam-macam ahjumma ni jual. Lokan kat atas tu sampai terjelir...

 Kerang/Kepah dibuang kulit. Undang siap kupas pun ada dijual di sini

Besar-besar tau 

 Ikan-ikan segar dari lautan

 Pertama kali aku tengok sotong besar tu

 Kerang ni biasa aku tengok di pasar malam kat Malaysia

 Unik. Mungkin cara untuk keringkan ikan?


 Rumpai laut kering

 Nampak sedap, ketam cili?


Seaweed

Jom tengok suasana sekitar Jagalchi Market

 Pelbagai jenis ikan bakar

 Di Jagalchi Market juga terdapat kedai-kedai yang menjual ikan bakar.







Aku mengambil kesempatan jugak nak bergambar di sini. Sporting habes ahjumma ni.

 Selepas perang Korea tahun 1950-an Jagalchi Market secara rasminya bertukar kepada pasar yang menjual hasil lautan sahaja. Majoriti peniaga di sini sama seperti di Pasar Siti Khadijah, rata-ratanya wanita. Wanita disini digelar sebagai "Jagalchi ahjumma" dan gelaran ahjumma tu kalau di Malaysia sama la dengan "Mak Cik"

Selepas melawat sekitar pasar basah, trip aku bercuti di Busan ni diteruskan lagi. Walaupun tak dapat masuk ke dalam bangunan Jagalchi Fish market tu, ada satu port yang cantik untuk tengok view di tepi laut. Kalau korang menghadap bangunan Jagalchi Market ni (dari jalan simpang yang ke kanan) di sebelah kanan bangunan ni ada Tourist Information Office. Di situ ada lif untuk naik ke Tingkat 7 bangunan ni.




 Kapal-kapal di Jeti berhampiran Jagalchi Market

 Kalau tak silap aku, semasa aku menghadap laut, Jambatan ni berada di sebelah kiri aku. Jambatan ni ialah Jambatan Yeongdodaegyo. Jambatan ini menghubungkan daerah Jung-gu dan Yeongdo-gu. Jambatan ini dibina pada November 1934.

So trip aku di Jagalchi Market sampai di sini saja. Lepas ni aku akan ke tempat lagi yang istimewa di Busan. Dan aku akan melalui jambatan yang aku mention kat atas. Jom bercuti ke Korea Selatan. Jangan lupa untuk ikuti enrty terbaru! 





 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Rabu, 27 November 2013

Fly With Air Asia | Tiket Murah Promo 2014

Assalamualaikum dan Good Morning

Aku tinggalkan dulu cerita trip aku di Korea Selatan. Pagi ni sempat jugak aku riki-riki harga tiket penerbangan Air Asia untuk beberapa destinasi pilihan aku. Macam cantik je, macam murah je... Jom tengok...



TIKET PROMO AIR ASIA 2014



KUALA LUMPUR - BEIJING RM643

Kuala Lumpur - Osaka RM600

KUALA LUMPUR - NAGOYA - RM586

Kuala Lumpur - Busan RM437

Kuala Lumpur - Ho Chin Minh RM313

Kuala LUMPUR - Siem Riep RM321




Tarikh Penerbangan antara 13- 21 Jun 2014



Harga ni aku survey antara jam 2.00 pagi hingga 2.25 pagi 27 November 2013.
So kalau harga berubah, jangan cakap aku tipu plak. Tapi at least korang leh la bajet-bajet harga tiket yang boleh dikatakan murah. Bagi aku, contohnya harga untuk ke Busan tu dah cukup murah. So apa lagi? Jom bercuti...


Cerita Trip aku di Kampung Lego "Lego Village" Busan Korea Selatan [Klik Sini]


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Selasa, 26 November 2013

Bercuti di Busan Korea | Masjid Al-Fatah

Tempat Menarik di Busan
Islam ada di mana-mana saja. Bumi Korea juga tak ketinggalan. Islam sudah pun menyinar sejak sekian lama, bermula sejak kurun ke-7 lagi. Agama Islam di Korea Selatan kira-kira 1.7% penganut dan merupakan agama minoriti di sini.Walaupun Islam agama minoriti di sini, kemudahan untuk muslim Busan beribadat disediakan. Tu intro aku untuk next destination dalam Trip aku Bercuti di Busan Korea, Masjid al-Fatah, Busan.

Sebaik saja aku melawat kawasan di Gamcheon Cultural Village, aku pun meneruskan misi ke Masjid al-Fatah. Masjid al-Fatah ni boleh dijadikan destinasi wajib yang korang bila datang ke Kota Busan. Lokasinya agak jauh memandangkan aku ke Masjid al-Fatah Busan dari Toseong. Masjid al-Fatah Busan terletak berdekatan dengan stesen Dusil, so dari stesen Toseong (Gamcheon Cultural Village) ke Dusil (Masjid al-Fatah Busan) korang akan lalu di 22 stesen subway dan mengambil masa kira-kira 30-40 minit. Tapi aku just naik subway je, tak perlu naik bas atau jalan kaki jauh-jauh.

Peta Subway, cuba cari Toseong dan Dusil, jumpa tak?

 Masa menunggu aku tak dibazirkan macam tu je. Sempat cuba Bananamas Uyu (Susu Perisa Pisang), ramai bloggers yang suggest untuk cuba. Yess memang sedap.

Stesen Subway Toseong, dan aku akan menuju ke Dusil di mana terletaknya Masjid al-Fatah Busan.

[Direction ke Masjid al-Fatah]

Memandangkan aku dari Toseong, aku tak perlu nak tukar line, sebabnya stesen Dusil (Masjid al-Fatah) berada di line yang sama dengan stesen Toseong which is line 1. Sebaik je sampai di Dusil keluar ikut Exit 8, keluar je dari Exit 8 jalan terus dan terus kira-kira 200m sampai jumpa kedai tayar Hankook di sebelah kanan. Kedai tayar tu terletak di simpang jalan.

Kalau korang betul-betul berdiri kat depan kedai tayar tu, di seberang jalan korang akan nampak Stesen Minyak sekaligus signboard "Islam Centre". Dari kedai tayar tu, jalan ke Kanan dan ikut Signboard. Korang akan jumpa kedai makan halal yang mula-mula sekali, Restoran Cappadocia. Kedudukan Masjid ni agak tersorok sikit.

 Keluar je dari stesen Dusil Exit 8, jalan terus

Masa aku lalu melintasi kedai jual kuih yang warna merah tu, Mak Cik pakai baju sejuk biru cakap 'Anneyong Haseo' dia offer kat aku kuih yang dia beli. Aku terpaksa menolak, sebab aku tak tahu apa benda isi kuih tu. Kuih tu bentuk ikan inti warna merah kehitaman. Tak tahu la apa benda. Baiknya mak cik tu.

 Jalan lagi kira-kira 200 meter

 Jalan sampai korang jumpa Kedai Tayar Hankook di sebelah kanan

 Simpang jalan kat Kedai Tayar Hankook. Nampak tak signboard ISLAM CENTER, di depan seberang jalan tu Stesen Minyak. So korang ikut signboard ke kanan.

 Stesen Minyak

 Signboard ISLAM CENTER terletaknya Masjid al-Fatah Busan

Pintu masuk ke Masjid al-Fatah Busan 

Plan aku memang untuk solat di Masjid al-Fatah, masa aku sampai tu dah nak dekat waktu Asar. Cuaca petang tu sangat la sejuk. Sampai kebas telinga aku, angin pulak betiup-tiup kencang, memang menguji kesabaran. Sampai di Masijd aku bergambar kejap sebelum ambik wudhuk.

Masa kat bilik wudhuk, aku pusing pili air ke kiri untuk panas, aku biar je air keluar. Lepas tu aku test dengan jari, tak jugak panas. Serius aku menggigil, sejuk sampai ke tulang. Dah lama aku tunggu tak jugak panas-panas, aku nekad redah je dengan air sejuk. Elok dah habis wudhuk aku masuk ke ruangan solat, aku jumpa sorang jemaah warga Indonesia.

"Sudah wudhuk?"

"Airnya sejuk pak..."

"Pusing kepala paipnya ke kanan, lalu tunggu sampai panas" yang aku pusing ke kiri

Hahaha.... Kenapa la aku tak terpikir langsung nak pulas ke kanan. Aku rasa otak aku dah jem dah beku sebab cuaca kat luar sejuk sangat.

Bilik wudhuk

Jam menunjukkan pukul 2.57 pm waktu Busan dan sekarang masuklah waktu Solat Asar bagi Busan dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Azan dilaungkan. Allahuakbar... Allahuakbar...

Masjid al-Fatah Busan. Lokasi yang mesti dilawati bila korang bercuti di Korea, Busan

Masjid Busan ni merupakan masjid yang kedua dibina di Korea Selatan. Masjid ini didirikan pada tahun 1980 hasil derma seorang dermawan Libya, Dr. al-Falaq. Sejak itu masjid ini menjadi tumpuan muslim di sekitar Daegu,Ulsan, Gyeongnam dan Gyeongbuk untuk beribadat.

Seni lukis didalam Masjid al-Fatah Busan. Masjid ini juga menerima sumbangan dari Kerajaan Turki untuk mengubahsuai bahagian dalaman masjid supaya lebih berkonsepkan seni lukis Islam.

 Ruangan Solat Utama Masjid al-Fatah Busan

Hiasan dalaman berkonsepkan seni lukis Islam

Jadual waktu solat

Lepas solat aku ke Cappadocia Turkish Kebap House untuk mengisi perut. Mana tak lapar, dari pagi tadi aku makan coklat Cloud 9 Merah je. Kali ni aku nak cuba masakan Turki. 

Lepas melawat masjid, aku meneruskan misi aku menjelajah kota Busan. Lokasi seterusnya Haeundae Beach... Bersambung...

Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Dingin Kota Busan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...