Selasa, 8 Disember 2009

Hidup Ini Bagaikan Graf


Hidup Ini Bagaikan Graf

 

Hidup, merupakan satu anugerah daripada Allah s.w.t. Dengan kehidupan dapat aku jalankan tanggungjawab sebagai hamba~Nya. Kadang-kadang aku berada dalam kegembiraan, contohnya mendapat kejayaan,dapat makan free, dapat siapkan coursework, dapat 100% dalam ujian. Kadang-kadang aku diselubungi oleh kesedihan,dapat markah rendah, tak dapat apa yang aku mahukan. Itu sememangnya menjadi asam garam kehidupan, menjadikan aku lebih matang dalam berfikir serta dapat belajar sesuatu daripada pekara yang telah menimpa diri aku.

Hidup bagaikan graf, andaikan hidup aku seperti GRAF LINEAR, general formula 
y = x.

Ibaratkan diri aku hidup seperti graf linear, sama saja, kalau negatif tetap negatif, kalau positif pun tetap positif, tiada perubahan diri (tangent). Bolehkah aku berjaya? Sudah tentu tidak, kerana aku pasti tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

 Andai kata hidup aku seperti GRAF KUADRATIK
general formula y=x^2

Ubahlah hidup aku, seperti graf kuadratik, sentiasa positif mengharungi cabaran hidup, sentiasa tersenyum.Walaupun input negatif, ubahlah menjadi positif dengan sikap kita yang kuadratik, walaupun terpaksa memintas ke asalan/origin (0,0), tapi usaha kita untuk naik, up ke infiniti tanpa limit.
Walaupun diri kita di~bezakan, tetapi masih lagi bernilai, y=2x, walaupun aku kembali linear tetapi aku dapat gandakan input.
y=2x
Firman Allah s.w.t 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" Ar-Ra'd ayat 11.

WHAT KIND OF GRAPH YOU WANT TO BE?

1 ulasan:

  1. Salam. menarik, saffuan! analogi yang segar. apa pun graf yang kita mahu ke atas diri kita, jadikan titik terhujung positif paksi y ialah tahap iman kita dan titik infiniti terhujung yang positif sebagai destinasi terakhir kita, alam akhirat.
    waAllah hu alam.
    moga Allah terus lindungi awak dengan rahmatNya dan beri kemudahan pada awak untuk tempuh hidup ni..

    ada gerhana ek 15 hb ni?^_^

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...