Pulau Pinang
Sekali sekala cuti tanpa berbuat apa rasa bosan, tak kan asyik nak duduk rumah? Jadi kami 4 sahabat bercadang untuk menerjah Taman Negara yang baru dibuka di Pulau Pinang. Lokasi di Teluk Bahang, daerah Timur Laut.
Jalan untuk ke Taman Negara ni senang saja, susah nak sesat.
Perjalanan kami bermula pada jam 10.00 pagi. Kami bergerak masuk dari gate Taman Negara. Menyusuri hutan menyaksikan kehijauan yang tehimpit oleh pembangunan Pulau Pinang yang kian pesat.
Perjalanan diteruskan kami seolah-olah telah di telan oleh kehijauan rimba yang bagi kami warga Pulau Pinang amat janggal. Setelah berjalan dalam beberapa minit, pandangan kami dialih daripada kehijauan rimba kepada kebiruan laut memukau, sungguh indah.
*bulatan merah, tempat kami berhenti sebentar setelah penat meredah hutan.
Di kawasan ini juga terdapat tempat menternak ikan dalam sangkar.
Setelah berhenti bergambar, berehat la, sampai terlupa nak cerita. Sebenarnya kami punya target nak ke Monkey Beach, dengan mengikuti jalan dalam taman negara ni. Jom ikuti kembara kami.
Macam biasalah setelah meredah hutan kami sekali lagi berjumpa dengan kawasan pantai, kali ini kawasan pantai yang berdekatan dengan Pusat Kajian Samudera USM. Sekali lagi kami berehat sebentar, ambik2 angin.
Anak panah menunjukkan jeti yang berdekatan dengan Pusat Kajian Samudera USM.
Inilah tempat yang dimaksudkan di atas.
Perjalanan kami diteruskan, matlamat ialah untuk sampai di Monkey Beach. Setelah hampir 1 jam lebih berjalan kaki meredah hutan, kami pun tiba di Monkey Beach, kawasa pantai ni agak bersih dari pantai-pantai yang kami lawati sebelum ni.
Bulatan besar (Monkey Beach), bulatan kecil (USM). Memang tempat ni cantik sangat. Dengan pantai yang pasirnya memutih.
Kalau tak silap, gambar kat atas ni dah nak dekat dengan satu kawasa yang di beri nama
MUKA HEAD.
Tegoklah sendiri pasir pantainya yang putih, dan kat hujung pantai tu ada spesies MEMERANG PUTIH yang berjemur, menambahkan pencemaran!!!
Pandangan kami dicuri oleh sepohon pokok yang ntah apa spesies, tak pernah tengok pun, mungkin dah nak pupus kot. Harap kalau siapa2 yang tahu nama pokok ni boleh lah tolong bagi tau.
Apa2 pun bagi mereka yang sukakan aktiviti yang adventure boleh la datang ke sini. Tambah lagi mereka2 yang tinggal di Pulau Pinang. Memang best.
Inilah laluan sepanjang kembara kami di Taman Negara Teluk Bahang, petak ungu di mana perjalanan kami bermula dan petak kuning adalah Monkey Beach. Itu pun double, sebab pi balik.
Inilah laluan sepanjang kembara kami di Taman Negara Teluk Bahang, petak ungu di mana perjalanan kami bermula dan petak kuning adalah Monkey Beach. Itu pun double, sebab pi balik.
mukah head la bro
BalasPadamkedua-duanya diterima
BalasPadam