Selasa, 19 Januari 2010

Sedetik Bersama Angkasawan Malaysia


Sedetik Bersama Angkasawan


5 Januari 2008 merupakan tarikh yang sangat bermakna buat komuniti Astronomi USM, kerana pada hari tersebut USM telah menjemput Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk berkongsi pengalaman beliau ketika berada di ISS sepanjang misi beliau. Bulan Januari mengingatkan saya untuk menulis kembali apa yang berlaku pada hari tersebut. Seawal pagi saya bersiap-siap untuk ke USM, pensyarah USM Dr Chong Hon Yew datang ke rumah saya dan kami bersama-sama bergerak ke USM. Saya dalam kereta agak gelisah kerana saya menantikan sekumpulan pelajar dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang belum lagi sampai. Setelah sampai di USM, saya membawa teleskop saya masuk ke ruangan pameran untuk ditandatangani oleh Dr Sheikh nanti. Orang semakin ramai masuk ke dalam dewan, saya takut tak ada tempat untuk pelajar KMPP, saya yang anjurkan lawatan ni, jadi tak nak la tengok kawan-kawan berdiri kat luar. Lama kelamaan sampai la juga, nasib baik dapat tempat duduk walaupun jauh kebelakang.


Masa yang ditunggu telah tiba, kedatangan Dr Sheikh diumumkan oleh pengacara majlis, semua orang dalam dewan teruja dan suasana menjadi riuh rendah, saya anggarkan lebih 2000 orang yang datang. Gaya penyampaian adalah secara forum, ada 3 orang panel, Naib Canselor USM, Dr Sheikh Sendiri dan seorang lagi saya tak ingat. Setelah selesai sesi forum, Dr Sheikh pun turun dari pentas untuk ke bilik khas bagi sidang media, saya berkesempatan untuk masuk ke dalam bilik tersebut sewaktu sidang media diadakan. Setelah selesai sidang media, saya membawa teleskop kepunyaan saya untuk ditandatangani sebagai tanda mempromosikan astronomi kepada rakyat Malaysia.

Sebagai tanda mempromosikan astronomi kepada masyarakat Malaysia. Sewaktu saya menyertai aktiviti pencerapan dengan Unit Falak, dan Jabatan Mufti Pulau Pinang di Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal, teleskop ini menjadi tarikan utama.

Sangat terharu dan gembira kerana teleskop saya menjadi pilihan. Pada malam hari komuniti Kelab Astronomi USM mengadakan perjumpaan ringkas dengan Dr Sheikh Muszaphar di Pusat Falak Sheikh Tahir di Pantai Acheh. Di ruangan masa yang ada kami bertanyakan soalan kepada Dr Sheikh mengenai pengalaman beliau di ISS. Sangat seronok apabila dapat mendengar pengalaman orang lain, sememangnya kata Dr Sheikh keajaiban berlaku di ISS, beliau mendengar azan ketika di sana. Dan ketika beliau menunaikan solat badannya terpaksa diikat bagi mengelakkkannya berlanggar dengan Piggy Witson nanti batal wudhuk (LAWAK SAJA TAU),sebenarnya bagi menetapkan posisi ketika solat. Air peluh, air kencing semuanya dikitar semula, sungguh lestari. Sebelum saya berjumpa dengan angkasawan Malaysia, saya juga menghadiri "talk" yang disampaikan oleh angkasawan Amerika , Kapten Robert Hoot Gibson, beliau seorang komanden Space Shuttle dan penah memandunya sebanyak 7 kali. Sangat menarik, dan jika anda ada peluang mendengar ceramah mengenai pengalaman angkasawan ke angakasa lepas, jangan lepaskan peluang.

 
 Encik Lim Choon Kiat (Perseid teleskop) seorang ahli astrophotographer yang terkenar, Kaptain Robert Hoot Gibson, angkasawan Amerika dan saya bergambar pada 18 Oktober 2007 di USM selepas talk



Bersama angkasawan Malaysia di Pusat Falak Sheikh Tahir, Pulau Pinang.
Video Forum Sedetik Bersama Angkasawan di USM
ps~~Jangan lupa tengok Part 15 minit ke 1.56~~

2 ulasan:

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...