Penang jer nasi kandar, asalkan Penang jer mest nasi kandar. Hari ni aku nak tukar selera, jom pekena Nasi Dalca Bawang. Berpandukan maklumat dari internet, aku mencari lokasi Nasi Dalca Bawang nih, maklumat yang aku dapat kedai ni terletak di Jalan Mahkamah berdekatan dengan Kompleks Tabung Haji. Cari punya cari tak jumpa, rupanya Nasi Dalca Bawang ni dah berpindah ke Kompleks Penjaja dan Pusat Masyarakat di Sungai Ara, berdekatan dengan Apartment Desa Bayan, Sungai Ara.
Nasi Dalca Bawang dulu yang beroperasi di Jalan Mahkamah kini berpindah ke Kompleks Penjaja dan Pusat Masyarakat di Sungai Ara, berdekatan dengan Apartment Desa Bayan, Sungai Ara.
Gerai ni mula beroperasi jam 5.00 petang, masa aku ke sana, kira-kira jam 6.00 petang dah ramai orang beratur. Tambah pulak time orang kerja kilang balik kerja.
Pelbagai jenis lauk pauk yang ada antaranya, ayam goreng, daging dan sambal sotong
Yang ni kawan aku punya, Nasi, ayam goreng, sayur kacang panjang.
Nasi Dalca Bawang, apa yang spesialnya? Semestinya "Bawang Goreng" yang ditabur membangkitkan aroma dan rasa jika dimakan bersama Nasi, pergh! Hidangan yang aku ambik nih, Telur Rebus, ayam goreng, cili hijau dan bawang goreng. Kalau tak tau nak pilih lauk, boleh cuba macam yang aku punya nih.
Apa lagi, boleh lah cuba keenakan nasi dalca bawang nih, rasa memang sempoi!
Terliur tengok masa pekerja ni tuang, cedok kuah...
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
16-Dec-2014 Alamat Sebenar....Pasar Dan Kompleks MPPP Jalan Rajawali.Bayan Lepas...Al Amin
BalasPadamterima kasih...
Padam