Khamis, 4 Oktober 2012

Taktik Guna Radio Amatur Gagal

   Alhamdulillah, pada hari ini 4 Oktober 2012, Khamis telah berlansung pameran Radio Amatur dengan kerjasama IPG Kampus Pulau Pinang dan Komuniti ASTRA Pulau Pinang. Saya bersama-sama 9W2HKV saudara Hasbullah dan 9W2SRQ saudara Asraf bersama-sama menjayakan pameran ini. Banyak input yang kami perolehi dari pengunjung yang rata-rata di antara mereka belum pernah didedahkan dengan apa itu radio amatur. Segala kebaikan dan manfaat hobi ini disampaikan kepada pengunjung, alhamdulillah mereka kagum dengan keunikan hobi "saintifik" radio amatur.



   Namun terpalit sedikit kekecewaan apabila ternampak post dari rakan-rakan, tajuk akhbar Sinar Harian Taktik guna radio amatur gagal  [berita penuh klik di sini]. Di dalam akhbar dimuatkan cerita bahawa sekumpulan pengedar dadah menggunakan "radio amatur" berjaya digagalkan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Kekecewaan itu disebabkan penggunaan istilah "Radio Amatur" yang digunakan oleh pengedar dadah adalah salah sama sekali. Merujuk akhbar Harian Metro, cerita yang sama dan jika dilihat pada gambar yang dibulatkan ia bukanlah jenis "walkie talkie" yang digunakan oleh penggiat hobi radio amatur. Penggiat radio amatur, adalah mereka yang mempunyai lesen radio amatur yang sah.


Walkie talkie yang digunakan tidak sama seperti yang digunakan oleh Radio Amatur.




Muhammad Saffuan Bin Jaffar

1 ulasan:

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...