Jumaat, 24 Julai 2009

Papan Tanda Jalan Raya Malaysia

PAPAN TANDA JALAN RAYA MALAYSIA




Dalam bahagian artikel ni saya nak kongsi sikit mengenai suatu pekara yang mungkin ramai orang tak tahu, dan mungkin ada orang dah tahu. Bagi anda yang tahu, anda mungkin tahu apa gunanya K102 yang saya bulatkan dalam gambar di atas. Bagi yang tak tahu, apa bendanya tu??? Saja-saja ke nak letak??? Buat hiasan??? Waktu saya ke kursus memandu kereta, ketika penceramah bertanya, "Ada soalan?" Saya pun terpikir nak tanya, Saya pun tanya, ""Encik!!! Saya ada soalan..."Apa benda yang warna kuning kat papan tanda tu???" Penceramah tu tak terus menjawab soalan saya, tetapi dia bertanya kepada peserta lain yang tak tanya soalan. Semua orang kat situ tak tahu apa bendanya tu.... Ok lah penceramah tu jawab, "Benda kuning tu adalah NOMBOR PANDUAN DALAM PETA, kalau adik ada peta negeri, kat dalam peta akan ada Nombor tersebut..."

K102, huruf K, merujuk kepada kod negeri (K= Kedah), Kod huruf nombor rujukan jalan sama dengan kod nombor plate kereta, R= Perlis....
Kat bawah ni saya lampirkan peta untuk anda. Kalau anda ke tempat yang baru, dan ada peta di tangan anda, nombor rujukan jalan pada papan tanda, memang membantu....









1 ulasan:

  1. thank's a lot of you^^

    dalam menunjukkan ini ada pastinya mempunyai maksud tertentu

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...