Sabtu, 7 November 2015

Postcard... Untuk Aku...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Pengalaman pergi bercuti sememangnya seronok, masa tu la kita release segala bebanan di kepala otak, masa tu juga kita dah menulis satu persatu kisah dalam hidup. Eh... aku dah sampai New York la... Lepas tu kalau pergi tempat jual souvenir, wajib beli fridge magnet. Semasa bercuti aku tak pernah lepaskan peluang berselfie, ambik gambar. Semua benda yang kita buat tu seolah-olah untuk keep track kenangan masa bercuti.

    Bagaimana korang meningati kenangan percutian korang. Masa balik cuti tu mesti rasa seronok, dekat seminggu la duk cerita kat orang pasai kita ni pi berjalan. Tapi lama-lama orang kata kenangan tu kian pudar, cewah. Ada benda yang aku buat iaitu "Postcard... Untuk Aku..." Bila dapat postcard yang ku kirim untuk diriku, senyum sampai telinga. Masa tu la terbayang wajah-wajah yang ku sayang... satu satu tersemat di kalbu. 

   Mungkin orang dengar pelik, ko ni dah kenape nak hantar postcard untuk diri sendiri, perasankah? Benda tu la orang tanya kat aku masa aku beli postcard dekat Cambridge dulu " Eh ko beli postcard nak hantar kat sape?" aku pun jawab dengan penuh yakin tanpa was was "untuk aku la". Tapi secara tak sengaja aku dapati ni cara yang unik untuk aku nak terbitkan feeling masa holiday dulu bila ku dah berpijak di rumah yang nyata.

Post card untuk aku. Daripada Kawaguchiko, Fuji, Jepun darul Aman hehe...

   Tabiat ni aku mula buat masa kunjungan aku ke Cambridge, aku tengok ada banyak orang jual postcard. Aku pun beli dan hantar kat diri sendiri. Masa tu aku pikir, ape nak tulis kat postcard tu. So aku pun tulis la cuaca waktu tu. Bila pos ke Malaysia, tiba-tiba jadi exited, hari la duk menunggu bila la postcard aku nak sampai atau lagi teruk tak sampai lansung. Last sampai jugak, tapi postcard aku tu hilang masa aku pindah rumah.

   Tradisi tu aku teruskan sampai sekarang, sebab rasa seronok pulak buat macam tu. Ada postcard yang aku hantar dari mercu tanda bagi sesuatu tempat. Contohnya Namsan Seoul Tower. Di sana tak jadi masalah diorang ada jual postcard yang ada gambar Namsan Seoul Tower dan sekali dengan setem. Aku post daripada situ, dan kat setem tu korang akan dapat cop daripada mana korang post. Kalau di Seoul Tower maka kat cop tu akan tertulis la SEOUL TOWER.

Amik feeling sikit  

Postcard daripada Namsan, Seoul Tower

   Kalau daripada UK, biasanya 10 hari ok la kot, sebab jauh. Teringat masa aku hantar Postcard daripada Singapore, aku beli postcard dan masukkan dalam peti pos yang berdekatan dengan hospital tempat arwah abah aku dilahirkan. So, Singapore Malaysia... ala paling kurang 2-3 hari sampai la... Jangkaan aku meleset, lebih kurang 2 minggu baru sampai ke rumah. Jauh sangat ke Singapore tu, ke rumah aku yang jauh kat hulu?



   Ada juga cerita yang mematkan, ni masa aku nak hantar postcard daripada Tokyo. Postcard aku beli di Masjid Tokyo, tapi setem diorang tak jual. Aku pergi ke Family Mart berdekatan masjid untuk beli setem. Aduhai punya la susah, diorang ni sepatah bahasa Inggeris pun tak paham. Aku nak kirim ke Malaysia masalahnya tak tahu berapa Yen? Orang kedai cakap 70 yen tak cukup. Lari balik pergi masjid tanya orang yang boleh cakap BI. Alhamdulillah 70 yen tu cukup. Lari pulak ke Family Mart beli setem.

 2 dalam 1, dia la postcard dan dia la tiket bas. Kalau korang ke Fuji ini la rupa tiket bas yang digunakan untuk bersiar-siar di sekitar Kawaguchiko dan Saiko.

Postcard, souvenir daripada K's house tempat kami menginap semasa di Kawaguchiko, Fuji.

Postcard yang aku kirim pada hari raya haji. Aku suruh akak yang jual postcard ni tolong tulis sikit Ucapan, nak bukan tulis je siap dengan stiker kiut miut pun dia letak. 

 Ada kriteria bila aku nak beli postcard, gambar mesti la ada kaitan dengan tempat yang aku pergi, kalau KYOTO so aku pilih le gambar GEISHA

   Biasanya masa mula-mula aku kirim postcard aku sendiri yang tulis. Tapi kali ni aku tukar pulak. Aku mintak orang tempatan yang tulis. Kadang-kadang mak cik jual setem pun dah pernah jadi mangsa. Haha, susah untuk nak berkomunikasi, ye la nak suruh diorang tulis, diorang pun blurr apa nak tulis. Tapi last tu kami sama-sama ketawa, ko blur aku blur. Aku suruh tulis biasa-biasa je, macam nama tempat dalam bahasa dan tulisan diorang, macam Thailand, Jepun dan Korea, boleh la.

Mak cik ni layan kerenah kami, suruh tulis surat cinta kat postcard.

Mak cik jual setem di Masjid Tokyo, dia pun jadi mangsa nak kena tulis kat postcard aku, tapi ok la, dia paham BI

   Bagi aku, benda ni sangat menyeronokkan, dah jadi macam benda wajib aku buat setiap kali pergi travel dan setiap kali ada peluang. Pada mulanya aku rasa malu, rasa macam buat benda pelik. Tapi akhirnya jadi seronok, dan benda ni jadi salah satu "souvenir" yang sangat berharga buat aku. Geng-geng travel ada tak buat macam aku, mungkin korang boleh kongsikan cerita menarik "Postcard... Untuk Aku..." Mana tau kot-kot boleh buat cerita drama ganti drama "Hello Mr. Perfect" Hehe...

Alhamdulillah, sekali lagi aku diberi peluang untuk masuk Surat Khabar, syukur muat untuk masuk 2 page. Terima kasih kepada pembaca yang setia berkunjung ke blog yang tak seberapa ni.




9 ulasan:

  1. sy pun selalu hantar poskad kat diri sendiri. Biasanya sy akan tulis apa yang sy dapat pengajaran dari tempat tu ataupun sepanjang perjalanan nak ke tempat tu. :D skrg tampal kat dinding bagi penuh dgn poskad :D

    BalasPadam
  2. Best gak kan idea ni..
    - boleh buat ni nanti

    BalasPadam
  3. Cikgu;

    Insya Allah , kalau saya rajin saya akan kirimkan. (Tapi tak janji tauuu !!!! Hahahaha)

    Memang bagus idea ini, tapi tuh ler, sebab Uncle selalu berpindah randah , banyak poskad yang hilang atau musnah ... jaga baik baik ...

    BalasPadam
  4. Fuhhh, punya lama tak menjenguk kesini. Heh. Last baca entri masa saffuan dkt sarawak. Cerita ttg sekolah dkt sana. Tup2 dah p beraya ke Jepun. Masuk paper lagi. Btw, info-info dkt sini mmg menarik.

    BalasPadam
  5. Sama lah kita.. benda wajib kalau pergi satu tmpat baru fridge magnet dan send poskad pada kenalan dan paling penting utk diri sendiri :D

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...