Ahad, 1 November 2015

Aidil Adha di Tokyo

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... La illaha illalah... huallahu akbar...

Takbir raya bergema di seluruh kampung, hari ni merupakan Hari Raya Aidil Adha, esok raya tak sabaq nak pi tengok orang sembelih lembu. Aku berhenti mengelamun, dan memandang ke luar tingkap bas. Eh, gue kat Jepun. Tahun ini sedikit berbeza, tiada kelihatan suasana kampung, cuma kelihatan hanya memori indah. Aku kini di kota metropolitan Tokyo, Aidil Adha di Tokyo.

Sebelum nak pergi Masjid, apa kata kita bergambar dulu.

Sebelum ke Jepun, kami mencari-cari tempat untuk solat Aidil Adha sama ada di Tokyo Camii atau di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo. Namun tiada sebarang pengumuman di laman web kedutaan. Akhirnya kami buat keputusan untuk ke Tokyo Camii, atau Masjid Tokyo.

Masjid Tokyo dibina oleh orang-orang Bashkir dan Tatar dari Rusia pada 12 May 1938. Pada tahun 1986 masjid ini dibina semula bagi menggantikan struktur masjid asal yang mengalami beberapa kerosakan struktur binaan. Seni bina masjid ini mempunyai pengaruh daripada Turki.

Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi, kami tak tahu bila solat akan berlansung, jadi lebih elok kami bertolak awal, mana nak cari jalan lagi ntah-ntah sampai je masjid orang dah bagi salam. Kami melangkah membelah kesibukan kota Tokyo, siap berbaju Melayu. Orang Kosupure "Cosplay" pun siap jeling tengok kami.

Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak jugak ragamnya

Jelingan tu terus-menerus sampai kami tiba di Yoyogi Uehara, station metro yang paling hampir dengan Masjid Tokyo. Semasa kami sampai di Yoyogi Uehara, kelihatan orang-orang asing berpakain tradisional masing-masing. Sah, kami sampai di tempat yang betul dan pada waktu yang cun-cun.

Untuk ke masjid, kami berpandukan maklumat yang kami dapat serta turut "menjeling" ke arah orang asing. Kami ikut je orang-orang tu sambil tengok maklumat di blog. Nampak orang berbaju Melayu, orang bertudung tapi rupa masjid tak nampak lagi.

Koban atau Pondok Polis, kalau korang nampak maknanya korang dah di laluan yang betul, jalan yang diredhoi-nya 

Bangunan ni korang boleh nampak selepas berjalan keluar daripada Stesen Yoyogi Uehara

Selepas beberapa langkah tu sampai la kami di Masjid Tokyo, nah dah nak ramai orang. Teringat masa tinggal di UK dahulu, suasana yang sama aku alami di Tokyo. Pelbagai jenis bangsa orang Turki, Orang Pakistan, Orang Nigeria, pelbagai rupa dan warna kulit masing-masing berbaju indah mula memenuhi masjid.



Imam di Masjid Tokyo ni berbangsa Turki, jadi pada hari ini khutbah akan di sampaikan dalam 3 bahasa, iaitu Bahasa Turki, Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris. Solat pula ikut mazhab Hanafi, angkat takbir tiga kali pada rakaat pertama sebelum bacaan surah, dan takbir tiga kali pada rakaat kedua selepas bacaan surah.

Khutbah disampaikan oleh imam dalam Bahasa Turki dan Bahasa Inggeris, khutbah dalam Bahasa Jepun disampaikan orang lain.

Bila duduk dalam masjid tengok orang pelbagai jenis bangsa datang untuk solat aku rasa tersentuh. Sesungguhnya Islam menyatukan kami semua, serius rasa macam nak menitis air mata. Sebaik saja selesai solat, semua jemaah bersalam-salaman, ada yang bergambar begitu jugak dengan kami yang satu inchi pun tak mau lepaskan peluang.





Di tengah-tengah kesesakan orang ramai, aku ternampak seorang lelaki yang memiliki rupa paras penduduk tempatan, berjubah putih dengan tatu penuh di bahagian tangan. Ramai orang bersalaman dengan lelaki tersebut. Kami tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan lelaki tersebut, tanpa kami tahu siapakah sebenarnya lelaki itu.

Beliau Taki Takazawa, bekas pembuat tatu bagi kumpulan Yakuza, alhamdulillah Allah beri hidayah  pada beliau. Beliau pernah menjadi imam di Masjid Madinah dan kini menjadi imam di Masjid Tokyo.

Meriah, masing bersalaman sambil mengucapkan "eid mubarak" Selepas penat bergambar, kami ke tingkat bawah masjid yang merupakan Turkish Cultural Centre. Kami turun untuk melihat sudut pameran dan makan! hehe. Alhamdulillah ada sedikit makanan untuk tetamu yang hadir. Selain itu pelbagai jenis makanan seperti aiskrim Turki, Kebab serta cederamata turut dijual.  




 Paling penting poskad. ada jual dengan harga JPY80 dan aku minta akak ni tulis ucapan pada poskad. 

Selamat Hari Raya Aidil Adha, ke mana aku pergi, wajib aku cari poskad dan pos kat diri sendiri.  

Kebab Turki JPY 500 kami beli buat bekal.

Seribu langkah bermula dengan satu langkah. Dari kecil lagi aku teringin untuk mengembara, macam ibnu Batuttah ataupun Marco Polo. Walaupun aku tak seperti mereka yang telah mengembara dua pertiga dunia, aku tetap menyimpan cita-cita tu. Seronok bila mengembara ke tempat orang, banyak benda yang kita dapat tengok dan tak sama dengan tempat sendiri. Bersambung~

6 ulasan:

  1. Seronok kan skali skala raya oversi? tapi kalau selalu tak seronok dah! Hahaha

    BalasPadam
  2. entry ni memang rare...pastime baca..

    BalasPadam
  3. Seronok tu pengalaman solat raya dan beraya di jepun.. jealous sangat.. :D

    BalasPadam
  4. sonok tu dpt poskad dari diri sendiri., mcm back to the future je nnti kalo balik kampong kat sarawak kan bro., hehe2

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...