Sabtu, 31 Oktober 2015

Pengalaman Tinggal di Apartment Tokyo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, dah selesai kembara kami di Gunung Fuji. Kini kami bergerak menuju ke Kota Metropolitan Tokyo. Seronok dan rasa tenang je bila berada di Kawaguchiko, dikelilingi dengan kehijauan, pandangan mata terasa dingin setiap kali terpandang Gunung Fuji. Dari tempat yang indah dan damai kami tinggalkan dengan seribu satu kenangan. InsyaAllah kalau ada rezeki nak pegi nanga Gunung Fuji masa musim bunga.

Kami menyusuri lebuh raya pada mulanya di kelilingi pohon-pohon hijau lama-kelamaan keadaan tu berubah, dari jendela bas, bangunan-bangunan pencakar langit mula kelihatan. Bas dipandu (bukan aku yang bawak) menuju ke Shinjuku Bus Station. Dari situ bermulanya pencarian Rumah En. Hiroto Nicolas Ushioda, pemuda Jepun campuran Chile. Berdasarkan maklumat yang diberi kami perlu menggunakan Tokyo Metro untuk ke rumahnya.

Untuk pengetahuan pembaca, kali ini aku dengan rakan-rakan akan menginap di rumah Hiroto Nicolas Ushioda. Saya menggunakan laman web AirBnB untuk menempah penginapan kami di Tokyo. Mungkin korang pernah dengar, selalu guna AirBnB atau mungkin ada yang pertama kali dengar dan tertanya-tanya apa benda AirBnB?

Aku pilih rumah Hiroto atas beberapa sebab, sebab yang pertama dari segi kos penginapan, harga yang ditawarkan berpatutan. Selain dari tu lokasi rumah yang berhampiran dengan stesen metro, serta lokasi-lokasi menarik di sekitar Tokyo akan memudahkan pergerakan kami. Kami dapat bilik private , tak share dengan tuan rumah. Berdasarkan peta yang diberikan oleh tuan rumah, dengan kegigihan mengheret beg roda ke hulu hilir akhirnya kami sampai di depan pintu rumah Hiroto.





 Benda kuning yang sangkut tu hadiah aku bawak khas dari Sarawak untuk tuan rumah.


Jalan menuju ke apartment Hiroto

Ini pengalaman pertama bagi aku tinggal sekali dengan tuan rumah. Tuan rumah ni balik keje lewat, so hari last nak balik baru jumpa. Ada pro and cons tinggal kat apartment ni, kalau duk dekat hostel meriah lagi, boleh jumpa geng-geng travel dari pelbagai negara, duduk semeja sembang-sembang bertukar cerita. Bila duk apartment rasa sunyi pulak tak macam dekat K'House, meriah.

Pengalaman di Jepun memang seronok, terutamanya budaya diorang. Orang Jepun ni tertib, boleh korang tengok dari cara masuk ke rumah, kasut diorang akan susun, bukan main sepah merata-rata. Masa nak keluar rumah afdal korang cakap "Ittekimasu" dan bila balik pulak korang masuk rumah dan ucap "tadaima" Kalau korang tengok cerita doraemon, bila Nobita berlari balik dia akan cakap "mama saya dah balik. Macam tu la dengan kita sebagai orang Islam, didik untuk beri salam.

Bila balik rumah : Tadaima (saya dah balik) @ Tadaima kairemashita (saya baru je balik)
Orang kat dalam rumah akan cakap : Okairi (Selamat Pulang)

Bila nak keluar rumah : Ittekimasu

Kalau korang melancong ke Jepun atau ke mana-mana cuba la untuk cari nilai budaya yang baik untuk direnungkan bersama, cewah dah macam forum mende ntah. Selamat beramal!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...