Sabtu, 31 Oktober 2015

Pengalaman Tinggal di Apartment Tokyo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, dah selesai kembara kami di Gunung Fuji. Kini kami bergerak menuju ke Kota Metropolitan Tokyo. Seronok dan rasa tenang je bila berada di Kawaguchiko, dikelilingi dengan kehijauan, pandangan mata terasa dingin setiap kali terpandang Gunung Fuji. Dari tempat yang indah dan damai kami tinggalkan dengan seribu satu kenangan. InsyaAllah kalau ada rezeki nak pegi nanga Gunung Fuji masa musim bunga.

Kami menyusuri lebuh raya pada mulanya di kelilingi pohon-pohon hijau lama-kelamaan keadaan tu berubah, dari jendela bas, bangunan-bangunan pencakar langit mula kelihatan. Bas dipandu (bukan aku yang bawak) menuju ke Shinjuku Bus Station. Dari situ bermulanya pencarian Rumah En. Hiroto Nicolas Ushioda, pemuda Jepun campuran Chile. Berdasarkan maklumat yang diberi kami perlu menggunakan Tokyo Metro untuk ke rumahnya.

Untuk pengetahuan pembaca, kali ini aku dengan rakan-rakan akan menginap di rumah Hiroto Nicolas Ushioda. Saya menggunakan laman web AirBnB untuk menempah penginapan kami di Tokyo. Mungkin korang pernah dengar, selalu guna AirBnB atau mungkin ada yang pertama kali dengar dan tertanya-tanya apa benda AirBnB?

Aku pilih rumah Hiroto atas beberapa sebab, sebab yang pertama dari segi kos penginapan, harga yang ditawarkan berpatutan. Selain dari tu lokasi rumah yang berhampiran dengan stesen metro, serta lokasi-lokasi menarik di sekitar Tokyo akan memudahkan pergerakan kami. Kami dapat bilik private , tak share dengan tuan rumah. Berdasarkan peta yang diberikan oleh tuan rumah, dengan kegigihan mengheret beg roda ke hulu hilir akhirnya kami sampai di depan pintu rumah Hiroto.





 Benda kuning yang sangkut tu hadiah aku bawak khas dari Sarawak untuk tuan rumah.


Jalan menuju ke apartment Hiroto

Ini pengalaman pertama bagi aku tinggal sekali dengan tuan rumah. Tuan rumah ni balik keje lewat, so hari last nak balik baru jumpa. Ada pro and cons tinggal kat apartment ni, kalau duk dekat hostel meriah lagi, boleh jumpa geng-geng travel dari pelbagai negara, duduk semeja sembang-sembang bertukar cerita. Bila duk apartment rasa sunyi pulak tak macam dekat K'House, meriah.

Pengalaman di Jepun memang seronok, terutamanya budaya diorang. Orang Jepun ni tertib, boleh korang tengok dari cara masuk ke rumah, kasut diorang akan susun, bukan main sepah merata-rata. Masa nak keluar rumah afdal korang cakap "Ittekimasu" dan bila balik pulak korang masuk rumah dan ucap "tadaima" Kalau korang tengok cerita doraemon, bila Nobita berlari balik dia akan cakap "mama saya dah balik. Macam tu la dengan kita sebagai orang Islam, didik untuk beri salam.

Bila balik rumah : Tadaima (saya dah balik) @ Tadaima kairemashita (saya baru je balik)
Orang kat dalam rumah akan cakap : Okairi (Selamat Pulang)

Bila nak keluar rumah : Ittekimasu

Kalau korang melancong ke Jepun atau ke mana-mana cuba la untuk cari nilai budaya yang baik untuk direnungkan bersama, cewah dah macam forum mende ntah. Selamat beramal!



Sabtu, 10 Oktober 2015

Tempat Cun Untuk Tengok Gunung Fuji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

     Pengembaraan aku dan kawan-kawan meneroka keindahan di Gunung Fuji masih belum bermula. Sebenarnya ada banyak tempat yang korang boleh pergi untuk tengok gunung Fuji, berdasarkan maklumat yang aku dapat dari laman web JapanGuide.com dan JapanTalk.com berikut merupakan tempat-tempat yang dikatakan "best spot" untuk tengok Gunung Fuji.

1. Tasik Kawaguchiko
2. Hakone
3. Kamakura
4. Fuji Shibazakura Festival
5. Enoshima
6. Iyashi no Sato
7. Gotemba
8. Fuji Q Highland
9. Tokyo Sky Tree

Kenapa Pilih Kawaguchiko?

Kawan-kawan sekalian, berdasarkan research yang aku buat, lokasi no.1 (Tasik Kawaguchiko) no.6 (Iyashi no Sato) dan no.8 (Fuji Q Highland) terletak dalam satu laluan. Jadi aku memilih untuk ke Kawaguchiko kerana dalam perjalanan ke korang akan jumpa lokasi yang aku sebutkan tadi. 

Memandangkan aku cuti masa cuti sekolah (sebab kerja cikgu), aku tak boleh la nak pilih pergi masa musim bunga, ramai yang cakap masa musim bunga view lebih cantik. Kunjungan aku waktu itu baru masuk musim luruh, aku cek forecast, berkemungkinan aku dapat tengok daun merah.

TIPS
Kalau korang nak tahu masa bila bunga Sakura akan kembang mekar, masa bila daun-daun Maple akan merah, korang boleh update dengan forecast di laman web berikut : Japan Guide-Koyo Setiap ramalan adalah berdasarkan laporan tahun sebelumnya. Kalau bernasib baik korang dapat la tengok bunga sakura atau autumn foliage.

Cuti sekolah ni korang tahu la kan, kalau nasib kena musim yang best macam musim bunga, musim luruh fuh, view mesti lawa. Bagi yang tak terikat dengan cuti sekolah, boleh la tengok forecast sebelum cadang nak beli tiket flight.

Lokasi Menarik Sekitar Kawaguchiko

Fuji Q Highland

Tempat ni yang mula-mula korang akan nampak kalau korang ke Kawaguchiko dengan menggunakan Highway Bus.Tempat ni lebih kurang macam fun fair dan tarikan utama tempat ni ialah roller coaster.

Tasik Kawaguchiko

Terletak di Pekan Kawaguchiko sebuah pekan yang terkenal dengan Onsen. Tasik ini merupakan salah satu dari lima tasik yang berhampiran dengan Gunung Fuji.

Iyashi no Sato

Jika korang pernah ke Kampung Budaya Sarawak, keadaan yang hampir sama aku boleh katakan dengan Iyashi no Sato. Di sini terdapat beberapa buah rumah tradisional Jepun, ada rumah yang menempatkan permainan tradisional, ada rumah yang menempatkan pakaian samurai dan macam-macam aktiviti yang korang boleh buat di sini. Untuk pengetahuan korang Iyashi no Sato ni terletak di Tasik Saiko, juga salah satu daripada 5 buah tasik Gunung Fuji.

Pintu masuk Iyashi no Sato. Jangan lupa dapatkan kupon diskaun yang ada di K'House atau di Tourism Centre, Stesen Bas Kawaguchiko.

Berangan nak amik gambar berlatar belakangkan macam ni la. Kat belakang tu kalau tak de awan, boleh nampak Gunung Fuji. Apa kan daya hari ni dia malu la pulak. 

Rumah Tradisional di Iyashi no Sato, setiap rumah ada je aktiviti korang boleh buat antaranya beli souvenir, mewarna atau buat clay art, main permainan tradisional Jepun dan macam-macam lagi.

Keychain, besaq-besaq kuku pun JPY800 dekat-dekat RM30... Tapi kalau gepren nak, beli la satu, jangan bekira... 


 Kat sini korang boleh buat seni tanah liat bentukkan jadi kucing, burung hantu. Selain tu korang boleh warna kan apa benda nama dia aku pun tak tau.

Ni dia hasil apabila benda "yang aku tak tau apa nama" selepas diwarnakan.

Hagoita, permainan Tradisional Jepun seakan-akan badminton

Kalau tengok cerita Doraemon, nampak macam bodoh sangat si Nobita sebab tak dapat naik Take Uma. Cuba la dulu, nampak senang, bila korang cuba baru tau. Pemijak kaki tu boleh adjust nak tinggi atau rendah.

Di Iyashi no Sato korang boleh sewa Baju Samurai

Sekali dapat pakai, kena la bergaya sakan 

Kalau korang kuat cuba la jalan-jalan satu Iyashi no Sato dengan pakai baju samurai. Tobat berat!




Berhampiran dengan Rumah yang menyewa baju Samurai tu ada sebuah rumah, untuk pengunjung datang berehat. Lengkap dengan tandas, bilik mandi, dapur dan bilik rehat. Tengok la macam mana orang Jepun jaga tempa rehat ni, semua masih dalam keadaan teratur, bersih dan selesa.

Cara Paling Murah Untuk Berjalan-jalan di sekitar Kawaguchiko

Baiklah, sekarang ni aku cuba jawab soalan pembaca, ada yang  minta aku share cara yang jimat untuk berjalan-jalan makan angin di Kawaguchiko. Ada banyak cara untuk berjalan-jalan di sekitar Kawaguchiko jalan-kaki, sewa kereta, sewa basikal dan naik bas. Paling murah, naik bas! Harga tiket JPY 1,200 dan tiket ni untuk 2 hari bagi Laluan Hijau dan Merah (Laluan di Sepanjang Tasik Kawaguchiko dan Tasik Saiko)

Kedudukan Tasik Kawaguchiko dan Tasik Saiko serta beberapa tempat menarik yang ada di sepanjang laluan bas

Bas yang digunakan untuk membawa pelancong bersiar-siar di sekitar Tasik Kawaguchiko dan Tasik Saiko.

Sewa basikal murah tak? Ok je kalau nak sewa, sehari JPY 1,000 tapi aku tak mampu la nak kayuh sampai jauh-jauh. Bas ini akan mulakan operasi di Stesen Bas Kawaguchiko dan ikut korang la nak pergi laluan hijau atau laluan merah. Kat mana nak beli tiket? Tiket korang boleh beli masa korang nak turun daripada bas. Tiket tu diorang buat Poskad dan akan dicop tarikh hari yang korang beli tiket tu.

Sempat jugak aku sewa gerek, sewa dua jam ja untuk pusing-pusing dekat Tasik Kawaguchiko.

TIPS

1. Sebelum bersiar-siar di sekitar Kawaguchiko dan Saiko, rancang perjalanan anda, banyak sangat tempat yang korang boleh pergi.

2. Jangan lupa kupon diskaun, boleh dapatkan di Hostel yang korang menginap atau di Tourism Centre.

3. Datang awal naik first bus, bas pertama yang bertolak daripada Stesen Bas Kawaguchiko bergerak tepat pada waktu.

4. Pastikan ada jadual bas, supaya korang boleh rancang berapa lama korang nak melawat satu-satu tempat. Mana nak dapat? Tourism Centre, sana semua ada. Toilet pun ada.




Alhamdulillah, akhirnya Gunung Fuji muncul jugak. Sebenarnya daripada Stesen Bas Kawaguchiko korang boleh je nampak Gunung Fuji. Satu lagi tips, kalau nak tengok Gunung Fuji yang clear, bangkit lepaih subuh teruih pi jalan-jalan tengok, insyaAllah nampak. Ni kalau pi musim Salji ka... Musim bunga ka, mesti lagi cun, macam Mok Cun.

Untuk pengetahuan korang, banyak tempat menarik di sekitar Kawaguchiko dan Saiko, pilih je yang mana korang suka nak pergi. Ada tempat percuma dan ada tempat yang dikenakan bayaran. Macam kami, kebanyakkan tempat yang kami pergi FOC. Hehe... Setakat itu je cerita di Fuji insyaAllah sambung pulak cerita Raya Haji di Tokyo.

Terima kasih dan bersambung

Penginapan Bajet di Gunung Fuji

Selepas hampir 2 jam perjalanan daripada Kota Metropolitan Tokyo, akhirnya kami tiba di Kawaguchiko, iaitu sebuah pekan kecil yang terletak berhampiran dengan Gunung Fuji. Jam menunjukkan pukul 4.00 petang, suasana di stesen bas Kawaguchiko dipenuhi dengan orang ramai yang rata-ratanya pelancong tempatan dan luar negara. Walaupun kecil, ia kelihatan sibuk dengan bas masuk dan keluar meninggalkan stesen.

Semasa kami sampai di Kawaguchiko, terasa kedinginannya. Sejuk suhu waktu tu kira-kira 19 darjah selsius. Mana tak sejuknya, dengan kedudukan pekan kecil ini yang terletak kira-kira 1000 m dari paras laut serta semasa kami sampai di sini pun dah masuk musim luruh. Berdasarkan maklumat yang aku baca dari blog, Gunung Fuji dapat dilihat daripada stesen bas Kawaguchiko, tapi nasib tak menyebelahi kami.

Jam menunjukkan pukul 4.00 petang, kami tak pasti ke mana yang patut kami tuju untuk ke hostel. Tak nak buang masa, kami ke terus ke Tourism Center yang terletak di sebelah kiri Stesen Bas Kawaguchiko. Alhamdulillah, dengan bantuan staff di sana, kami dapat menghubungi pekerja hostel dan diorang akan datang dan jemput kami di stesen Bas. Sementara menunggu, sempat kami ambil beberapa brosur di situ.

Di Kawaguchiko kami memilih untuk menginap di K'House. K' House merupakan rumah penginapan yang menyediakan bilik dorm dan juga bilik persendirian, mana satu nak pilih? Semuanya bergantung pada bajet anda! K'House juga menyediakan pekhidmatan shuttle daripada Stesen Bas Kawaguchiko ke K'house tanpa sebarang bayaran. Janji korang kena sampai di stesen bas sebelum jam 7.30 pm.

Selepas beberapa minit diorang pun sampai. Fuh, lega. Kalau dengan kereta jarak perjalanan kira-kira 5 minit daripada stesen bas Kawaguchiko. Untuk pengetahuan korang, kami telah buat tempahan awal sebelum ke sini. Tempat ini dipilih berdasarkan review yang baik daripada traveller yang pernah menginap di sana. Di samping itu, diorang ada menyediakan perkhidmatan shuttle percuma dari K’House ke Stesen Bas Kawaguchiko.

Bagi korang yang travel dengan bajet ciput ni, aku cadangkan korang menginap di sini. Harga berbaloi dengan apa yang korang bayar. Lokasi yang dekat dengan Tasik Kawaguchiko, 7Eleven, Family Mart,Stesen Bas Kawaguchiko dan juga restoran makanan halal. Paling penting, bilik tidur selesa, ruang dapur sangat luas tempat lepak pun best. Cuma, daripada hostel ni korang tak dapat nak tengok Gunung Fuji.

Hadapan K’House Mount Fuji

Kemudahan dapur. Memang best kalau ada dapur luas macam ni kan

Microwave, benda penting ni, sebab nak panaskan instant rice!

Ruang korang nak makan, nak lepak yang Nampak simple dan moden

Tak nak makan tempat tadi, kat sini pun boleh. Di sini pulak berkonsepkan ala Jepun. Kononnya east meet west la ni. Apa macam cantik dan nampak macam hotel mewah kan?

 Bilik air yang disediakan, selain itu ada perkhidmatan dobi.

Tandas yang disediakan, Westerns Style dan Japanese Style 

 Kawasan sinki

Kawasan Lobi Hotel 

Kemudahan komputer  

Seperti hostel/hotel di sini anda boleh dapatkan maklumat tentang kawasan pelancongan atau tempat menarik di sekitar Gunung Fuji. Pastikan korang jangan lupa untuk ambil kupon diskaun untuk masuk ke beberapa tempat menarik di sekitar Gunung Fuji yang diletakkan di situ.

 Vending machine dan telefon

Receptionist,dalam ganbar tu Mr. Keisuke yang menjemput kami di Stesen Bas Kawaguchiko 

Staff K'House  


 Pengiktirafan yang diberikan kepada K'house 


KEMUDAHAN LAIN DI K'House

Antara sebab kami memilih K'House sebagai tempat penginapan ialah, diorang ada menyediakan perkhidmatan shuttle van yang membawa pelancong daripada stesen bas ke hostel dan sebaliknya dengan percuma. Selain daripada itu, diorang menyediakan servis berikut antaranya 

1. Sewa basikal JPY150/jam
2. Mount Fuji One day/Half Day Tour 
3. Tongkat untuk pendaki Gunung Fuji (Percuma)
4. Peta & Brosur 
5. Kupon diskaun ke Tempat Menarik di sekitar Kawaguchiko dan Saiko (Juga boleh didapati di Tourism Centre)
6. Safety Box
JENIS BILIK DI K'House

1. Deluxe Dormitory
2. 6 Bed Mixed Dormitory
3. 9 Mixed Dormitory
4. Female Dormitory

5. Japanese Style Room

Lingkungan harga : ¥ 2,500 ~ ¥7,500
 (harga tertakhluk sebagaimana yang disiarkan di laman web K'HOuse Mount Fuji) 

LOKASI K'House

K'House Mount Fuji terletak di kawasan yang strategik di Kawaguchiko. Terletak berhampiran dengan Stesen Bas Kawaguchiko dan Stesen Keretapi, menjadikan ia Hostel yang mudah akses. Berikut adalah kemudahan-kemudahan atau tempat menarik lain yang berhampiran dengan K'house

1. Restoran Makanan Halal (2 minit )
2. 7 Eleven (3 minit)
3. Family Mart (4 minit)
4. Stesen Bas & Keretapi Kawaguchiko (10-15 minit)
5. Tasik Kawaguchiko (2 minit)

Jika anda berminat untuk memilih K'House boleh dapatkan maklumat lanjut

Alamat
6713-108, Funatsu, Fujikawaguchiko-machi, Minamitsuru-gun, Yamanashi, JapanPostcode  401-0301Telephone+81-555-83-5556 (from overseas)0555-83-5556 (from Japan)Reception Hours8:00~20:00
E-mail
fuji@kshouse.jp
Access
13 mins walk from Kawaguchiko station on Fuji kyuko line.2 mins walk from Kawaguchiko Sight seeing bus stop
Free pick up service from Kawaguchiko station is available(15:00-19:00)
Parking
Available (Reservation required)Check-in and check-out timeCheck-in time     15:00〜20:00Check-out time   11:00

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...