Selasa, 7 April 2015

Jom Bercuti ke Hawaii

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Aloha!

AirAsia X ke Hawaii?

Tengok tajuk macam dah gempak "Jom bercuti ke Hawaii" eh cikgu nak pergi Hawaii ke? Sebenarnya aku terbaca berita katanya AirAsia X bakal melebarkan sayap sehingga ke Hawaii. Penerbangan ke Hawaii akan melalui Osaka, mungkin macam ni la kot, Kuala Lumpur - Osaka - Honolulu. Hehe, memandai je aku.

Sumber : Bernama

Tempat Menarik di Hawaii

Kalau sebut je "Percutian ke Hawaii" gambaran yang terbayang dalam kepala otak aku "Pokok Kelapa" "Air Kelapa yang ada Straw" dengan "Seluar Hawaii, bunga Raya besar-besar" duduk tepi pantai sambil berjemur. Tu je. Sebenarnya ada banyak benda yang korang boleh buat kat Hawaii. Berdasarkan review daripada website WWW.PRIDEOFMAUI.COM terdapat 10 tarikan utama yang wajib korang pergi jika berkunjung ke Hawaii, jom kita jalan-jalan tengok!

#1 USS ARIZONA MEMORIAL AT PEARL HARBOR

It’s hard for me to imagine visiting Honolulu without making the trip to visit Pearl Harbor, where the U.S. was attacked by the Japanese on December 7, 1941. It’s easy to get to by bus, and there’s a lot worth seeing. The USS Arizona Memorial and Museum are free of charge, as are the Bowfin Park Outdoor Exhibits and Submarine Memorial. Touring the USS Bowfin Submarine costs $10, and touring the USS Missouri Battleship will set you back $20. You can tack on the Pacific Aviation Museum for another $20. Don’t bother paying for a guided tour, however. You can go it on your own, or rent audio tours for a few dollars. Sumber : GOBACKPACKING.COM


Tempat ini pernah menyaksikan kisah sedih Amerika Syarikat apabila diserang oleh tentera Jepun secara besar-besaran. Turut dimusnahkan dalam serangan tersebut ialah kapal USS Arizona. Serangan mengejut itu telah membunuh ribuan manusia, namun selepas berpuluh-puluh tahun peristiwa yang menyayat hati itu kini diabadikan di USS ARIZONA MEMORIAL di Pearl Habour. 

#2 North Shore of Oahu 

Kawasan ini terletak di antara Barat Oahu Kaena dan Timur Oahu Kahuku. Tempat ini terkenal dengan ombak besarnya semasa musim dingin. Tempat ini juga menjadi tarikan utama peluncur dari serata dunia.

#3 Waikiki Beach 


Wakiki pada hari ini dihiasi dengan bangunan yang terdiri daripada hotel, resort mewah, restoran-restoran maha dan juga pusat membeli belah disepanjang 1.5 batu.

#4 Na Pali Wild Coast State Wilderness Park


Na Pali merupakan salah satu tempat yang paling cantik di dunia. Tempat ini terkenal dengan air terjun, sungai yang mengalir jernih.

#5 Haleakala National Park


Tempat ini merupakan tempat yang paling indah untuk menyaksikan saat matahari terbenam atau terbit. Untuk ke sini korang perlu merancang perjalanan, tahu waktu terbenam dan terbit matahari supaya korang tak terlepas untuk menyaksikan pemandangan indah matahari terbit atau terbenam.

#6 Road to Hana

Jika anda berkunjung ke Maui jangan lupa untuk menyaksikan salah satu landskap yang paling indah terdapat di Pulau Hawaii. 

#7 Maloka'i's Kalaupapa National Historical Park

#8 Trip to Lana'i

Lanai'i merupakan yang keenam terbesar di Kepulauan Hawaii. Pulau ini juga pernah dikenali sebagai Pineapple Island kerana pada suatu ketika dahulu, di kawasan pulau ini penah dijalankan penanaman Nenas secara besar-besaran

#9 Hawaii Volcanoes National Park




Ni tempat yang aku nak pergi sangat-sangat kalau bercuti  di Hawaii, nak bergambar betul dekat dengan lava yang mendidih tu. Harga tiket untuk masuk tidak lah mahal, lebih kurang $5.00. Untuk maklumat lanjut boleh layari NationalParkService.com

#10 Kona Coffee Farms

Bagi penggemar kopi lengkapkan percutian anda di Hawaii dengan melawat ke Ladang Kopi Kona, kona dalam loghat utara bermaksud "belok" mungkin bos ladang Kopi ni orang Kedah, Perlis atau Penang.

Sumber gambar : BigIslandGuru

Lepas baca ni korang ada rasa nak pergi bercuti ke Hawaii tak? Kalau aku,  Hawaii Volcanoes National Park tu yang aku nak pergi sangat-sangat. Ke Akua pu a hui hou!

TIKET MURAH KE HAWAII

Wah murahnye, maaf ye, screen laptop kena air. Hehehe...
Berangan la kalau ada penerbangan terus ke Hawaii dari Miri, mesti best kan...

Sabtu, 4 April 2015

Bercuti ala Bajet di Gunung Fuji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

   Setelah sekian lama tak update blog, kali ni aku kembali, kembali dengan entry yang menarik untuk dikongsikan. Alhamdulillah, sekarang ni aku berada di Miri, jadi dapat la nak update blog, dapat juga keluar bersantai-santai di Miri. Kali ini aku plan untuk bercuti ke Jepun buat kali kedua. Kalau Trip yang lepas, aku ke Osaka, Kyoto dan Nagoya. Kali ini aku akan ke Tokyo dan sekitar Gunung Fuji. Selepas sekian lama aku buat research akhirnya dapat jugak aku siapkan itinerary untuk panduan ke Jepun nanti.

GUNUNG FUJI


Jarak di antara Tokyo dan Gunung Fuji

   Gunung Fuji merupakan gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian kira-kira 3000 meter. Gunung ini terletak kira-kira 134 km daripada kota Metropolitan Tokyo. Jauh dari kesibukan kota, suasana di Gunung Fuji pasti menenangkan. Untuk melihat panorama Gunung Fuji, terdapat beberapa tempat yang boleh dikatakan "cun" antaranya ialah Hakone, Kamakura, Fuji Shibazakura, Enoshima,Iyashi no Sato, Gotemba, Fuji Q Highland,  Tokyo Sky Tree dan Kawaguchiko - Japan Talk 2015

KAWAGUCHIKO

Tasik Kawaguchiko 
Sumber : Megancrew.com

Daripada kesembilan tempat cun tu, aku memilih untuk ke Kawaguchiko berdasarkan review daripada beberapa buah blog antaranya Supermeng Malaya dan Laman Web seperti Japan-Guide. Kawaguchiko merupakan salah sebuah daripada Fuji Five Lakes. Untuk ke sini sangat mudah kerana ia dihubungkan dengan jalan raya dan landasan keretapi. 

Keio Higway Bus yang menghubungkan Tokyo dan Kawaguchiko. Berlepas daripada Stesen Shinjuku ke Stesen Kawaguchiko, perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit dengan harga  JPY 1,750 sehala. Sumber : response.jp

BERSIAR-SIAR DI KAWAGUCHIKO

   Berdasarkan research yang dibuat, tak sukar untuk bersiar-siar di sekitar Kawaguchiko. Korang boleh gunakan perkhidmatan Bas Retro. Dengar nama pun unik, macam tu la juga dengan rupa bentuk bas tu sendiri. Terdapat dua jenis laluan bas iaitu, Kawaguchiko Line dan Saiko Line. Harga berbeza mengikut line. Untuk Two Day Pass bagi Line Kawaguchiko SAHAJA ialah JPY 1,030, bagi Two Day Pass untuk line Kawaguchiko + Saiko, harga dikenakan sebanyak JPY 1,340.

Salah satu perkhidmatan bas yang ada di Kawaguchiko. Di sini terdapat banyak jenis bas yang menawarkan harga yang berbeza serta lokasi yang berbeza. Untuk maklumat lanjut berkaitan bas yang menawarkan perkhidmatan tour di Fuji sila berkunjung ke laman webJapan-Guide atau Transportation Fujikyu.

Laluan Bas Retro Kawaguchiko Line

Pemandangan Tasik Kawaguchiko

Laluan Bas Retro Saiko Line

Kawasan di sekitar Tasik Saiko.

ITINERARY KE KAWAGUCHIKO DAN TOKYO

   Alhamdulillah segala perancangan hampir 100% lengkap. Cuma aku tak pasti sama ada nak turun di Haneda atau Narita, banyak perkara nak kena tengok sebab kali ni aku akan terbang daripada Miri, nak kena tengok tarikh, nak kena tengok waktu, paling penting dan dapatkan tiket murah. Bagi kawan-kawan yang dah pernah pergi ke Kawaguchiko atau Tokyo boleh la berikan komen kot-kot korang ada benda lagi best yang korang nak rekemen.

Kat Tokyo aku tak de plan, macam nak main redah je kat sana. Berdasarkan apa yang aku rancang di Tokyo mungkin aku ada berada di sekitar Shinjuku atau Shibuya.

Yang penting kena ada duit. Hehe...

TIKET PROMO KE TOKYO HANEDA ATAU NARITA


TIPS UNTUK MENJIMATKAN KOS PERCUTIAN ANDA.

   Dengan bajet yang terhad siapa cakap korang tak boleh melancong ke luar negara? Meh sini aku nak kongsikan dengan korang, harap-harap dapat membantu korang mencapai impian untuk bercuti ke luar negara. Salah satu cara untuk korang menjimatkan kos percutian, korang boleh jimatkan kos pengangkutan. Di Jepun terutamanya, diorang ada menjual tiket-tiket istimewa "Travel Pass" dan korang boleh beli pass tersebut di mana kos perjalanan korang jauh lebih murah. Sumber Rujukan : Japan-Guide.com

Contohnya :

Penerbangan aku dari Kuala Lumpur ke Narita Airport. Kemudian daripada Narita Airport aku perlu menggunakan perkhidmatan Keisei Electric Train dengan harga JPY 2,670 untuk perjalanan sehala, kalau return dah jadi JPY 5,340. Kemudian aku akan makan angin di sekitar Tokyo untuk 3 hari, memandangkan tempat-tempat menarik di Tokyo banyak dihubungkan dengan Tokyo Subway, aku bercadang untuk menggunakan Tokyo Subway 3 Days Ticket. Jumlah perbelanjaan untuk Keisei Electric Train dan Tokyo Subway 3 Days ialah JPY 6,840. Tetapi jika korang beli Tiket Skyliner Keisei (Return) + Tokyo Subway Ticket, korang cuma belanja sebanyak JPY 5,100 sahaja, beza hampir JPY 1,740.

Tokyo Subway 1 Day, 2 Days, 3 Days Ticket for unlimited ride. Maklumat lanjut boleh layari laman web TOKYOMETRO.JP

                            Combination Ticket Skyliner Keisei (Return) + Tokyo Subway


Combination Ticket Skyliner Keisei (One Way) + Tokyo Subway
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web : KEISEI.CO.JP

Untuk ke Kawaguchiko aku perlu beli tiket bas dengan harga JPY 1,750 untuk perjalanan sehala, kalau return dah jadi JPY 3,500. Kemudian, aku akan jalan-jalan di Kawaguchiko selama dua hari, so aku bercadang untuk menggunakan Retro Bus Two Days Pass dengan Harga JPY 1,340. Jadi jumlah kos aku Dari Shinjuku ke Kawaguchiko (pergi dan balik) serta Retro Bus Two Days Pass berjumlah  JPY 4,840. Tapi jika aku menggunakan Fujigoko Enjoy Ticket aku cuma mengeluarkan belanja sebanyak JPY 4,350. Dah jimat JPY490! Selain itu, tiket tersebut menawarkan diskaun untuk masuk ke tempat-tempat menarik di sekitar Kawaguchiko. Sumber : JAPAN-GUIDE.COM

Aku harap artikel ni dapat membantu korang sedikit sebanyak untuk merancang percutian ala bajet ke Jepun. So kalau dah sampai sana jangan lupe kirim souvenir kat aku tau! Hehe, gurau-gurau je. Kalau korang ada sebarang perkongsian boleh kongsikan di sini, sayonara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...