Selasa, 15 Julai 2014

Plan Trip Ke Osaka Kyoto & Nagoya

UPDATE Cerita terbaru Trip Jepun klik di sini -- OsakaKyoto, Nagoya


KLIK SINI UNTUK BAJET MURAH 8 HARI 7 MALAM BERCUTI DI JEPUN 


   Lebih kurang lagi 2 Bulan je lagi angan-angan tu mungkin jadi kenyataan. Sekarang ni tengah sibuk internship dan nak siapkan assignment. Lega 1 projek internship dah siap, assignment pulak masih under construction. Dalam masa duk sibuk-sibuk sempat aku research sikit pasal trip aku bulan September nih, hasil dari bacaan lebih dari 10 buah blog, berpuluh-puluh website dan forum maka terhasilah itinerary Trip Osaka, Kyoto dan Nagoya. Kali ni trip bercuti kat Jepun antara yang paling lama la jugak, hampir 8 hari di sana. Bandar-bandar yang akan diterokai Osaka, Kyoto dan Nagoya. 



  
   OSAKA - Mungkin spend masa kat sini sehari je dan hasil cetusan pensyarah aku kali ni aku mungkin nak cuba mengelilingi bandar Osaka dengan gerek "Basikal". Teruja bila dengar dia cerita ronda-ronda naik basikal kat Osaka. So aku wat la sedikit research pasal "cycling in Osaka" banyak jugak info yang aku dapat dan ramai jugak pelancong yang memilih cara dengan berbasikal untuk ronda-ronda kat Osaka. Kalau sampai Osaka jangan lupa makan Takoyaki, katanya Takoyaki berasal/dipopularkan di Osaka.

Berbasikal di Osaka : http://www.hmetro.com.my/articles/BerbasikaldiOsaka/MA/Article/



  KYOTO dari Osaka ke Kyoto pulak mungin naik Speed Train, aku tak pasti tapi maklumat masa dan harga aku dapat kat JR West. Ramai bloggers/orang kat forum suggest untuk spend masa lebih di Kyoto, sebabnya banyak tempat-tempat menarik di Kyoto. Masa yang aku akan pergi tu ada beberapa Festival yang bakal berlansung, mungkin suasana tu meriah! Di Kyoto aku ada plan untuk melawat ke Sekolah Rendah di sana, benda ni masih dalam proses, doakan semoga berjaya dan dapat melawat ke sekolah diorang.

Gambar dari : http://www.cs.trinity.edu/~sdougla1/aspirations.htm

NAGOYA - Nagoya tak pasti apa yang menarik, tapi bila refer kat dalam website "Nagoya One day Pass" ada la beberapa tempat yang menarik perhatian aku antaranya Toyota Museum dan Science Museum, mungkin kalau korang pernah ke Nagoya boleh la suggest kat aku.



   Rasanya jasad aku je kat sini, yang lain tu dah awal melayang sampai ke Jepun. Rasa excited semuanye ada. Kalau korang dah pernah ke sana atau plan nak ke sane, boleh la share info dengan aku. Salam Ramadhan


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Ahad, 13 Julai 2014

Kenangan Raya

   Zaman kanak-kanak banyak tinggalkan kenangan manis buat aku. Tambah-tambah lagi musim nak dekat-dekat raya. Simpan duit beli mercun, main perang-perang guna mercun, pasang pelita, pi ronda-ronda lepas terawih (tak takut sebab hantu kena ikat) macam-macam lagi la, 1001 satu kenangan dan kalau boleh nak je putarkan balik masa, nak je masuk dalam laci meja Nobita macam dalam cerita doraemon... kalau dapat tengok balik masa kita kecik-kecik mesti best kan?


kenangan hari raya
Bila nak dekat puasa atau raya, orang tengok anak bulan. Kalau nampak anak bulan orang sibuk nak raya. Tak dan nak nampak anak bulan pun, orang dah sibuk siap-siap nak sambut raya


kenangan hari raya
Umi pulak orang Perlis, dia nak buat laksa kola "Laksa Kuala Perlis"

kenangan hari raya
Pak pulak, kata dah jemu makan laksa, pi knuri (kenduri) pun orang asyik jamu laksa. "Aku mau Lontong" Pulak dah...

kenangan hari raya
Apa-apa pun Umi la yang kena masak, sambil duk halau Oren, puih,puih.... "Cara orang utagha halau kucing"


kenangan hari raya
Saat, saat yang di nantikan, Pak Cik Songkok yang duk atas kerusi nak umum esok raya ataupun tak, berdebar-debar macam cerita "Gerak Khas" waktu polis nak tangkap penyamun. Dan kalau esok raya....

kenangan hari raya
Kalau esok raya.... Pum pam pum pam, riuh rendah... belum raya pun dah macam raya, pakat main mercun sampai putuih jari.  



Muhammad Saffuan Bin Jaffar

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Ahad, 6 Julai 2014

Trip Bercuti di Singapore

Rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak" alhamdulillah dah masuk pun fasa yang kedua.

   Sambung sikit cerita, selepas aku balik dari Beijing, aku tak balik ke rumah. Ada lagi mission yang belum selesai. Dari KLIA2 aku terbang pulak ke Johor Bahru. Dari Senai aku dengan kawan-kawan aku dengan family dia ke Pontian, aku 4 malam kat sana. Fuh memang letih, bayangkan aku tunggu baju aku habis basuh, aku tengok jam baru pukul 6.00 petang, terus terlelap, sedar-sedar dah pukul 2 pagi.

   Kali ni, aku dengan 5 lagi orang kawan aku nak ke Singapore pulak! Kami jalan-jalan kat sana je, tak masuk pun Pulau Sentosa, Universal Studio. Percutian ala bajet la katakan. Untuk trip bercuti di Singapore nih kami plan nak duduk satu malam je kat sana. 18 Jun 2014 semua berkumpul di JB sentral. Dari JB sentral kami naik bas ke Queen Street Terminal dengan harga RM3.30. Alhamdulillah urusan imigresen berjalan lancar, tak de la nak punggah-punggah beg macam yang aku baca atau dengan dari mulut orang, mungkin bernasib baik kot.

   Sampai je di Queen Street terminal, turun-turun bas jadi blur, sehabis-habis blur, nak ke mana? Macam mana? Macam mula-mula aku turun kat Busan dulu, yang tu lagi blur kuasa dua. OK- bertenang, aku tarik nafas pastu main redah je. Misi pertama kami yang pertama nak cari Bugis MRT Station. Jalan...jalan... nampak ada dua orang mak cik pakai tudung aku pun tanya :

Aku : Mak Cik nak tanya boleh? Bugis MRT Station kat mane?

Mak Cik : Dekat je, adik jalan terus, depan tu je... Orang Malaysia ke?

Aku : Ya, dari Malaysia, terima kasih...

   Alhamdulillah, jumpa jugak Bugis MRT Station, kami ke sini dulu sebabnye nak beli "Singapore Tourist Pass" Mula-mulanya terpinga-pinga mencari kat mana nak beli Tourist Pass nih, last-last tanya jugak orang dekat kaunter, baru jumpa. Ada dua jenis Tourist Pass, 1. Singapore Tourist Pass dan 2. Singapore Tourist Pass Plus. Kami amik yang no.1 je.Harga 2 Days Tourist Pass ni $16.00 + $10.00 (Deposit).




Singapore Tourist Pass. Sumber Gambar : http://www.thesingaporetouristpass.com.sg/about-the-passes/

Kelebihan pakai tourist pass ni, korang boleh jimat banyak, tu pun kalau korang nak guna banyak kali bas & MRT. Singapore Tourist Pass ni boleh pakai banyak kali "unlimited" ride untuk 2 hari. Boleh guna untuk bas dan MRT. Untuk info lanjut korang boleh rujuk kat sini. 

   Dari Bugis Station kami menapak ke Lavander Station, kalau ikut direction yang hostel hantar kat e-mail, lokasi tak jauh, dekat lavander street. Bila dah sampai kat Lavander, jalan keluar nak ke Hostel, baru ku tahu betapa jauhnya stesen MRT nak ke hostel. Kejap-kejap kiri, kanan, lintas jalan. Sampai hostel, letak beg, amik map, plan nak pergi mana. Lepas tu kami baru tau yang ada stesen MRT yang lagi dekat dari Lavander, jalan lagi senang. Next, kami ke Boon Keng MRT Station untuk ke Little India.

Bercuti di Singapore - LITTLE INDIA, SINGAPORE

Keluar dari Little India MRT Station jalan terus sampai kat sini.

Peniaga sayur-sayuran, kacang munggai ada ka anne?

Senyuman sebijik macam muka kawan aku.

 Pasu pelita raya?

 Bunga malai

   Lepas berjalan kat sepanjang Little India, rasa macam suasana di Little India, Penang. Lepas kami berjalan di Sepanjang Buffalo Road, kami ke Dunlop Street untuk ke Masjid Abdul Gaffor. Timing pun cantek, waktu zuhur pun dah masuk, solat dulu kat Masjid Abdul Gaffor. Masjid ni tengah renovate, jadi tak de la gambar kat sana. Lepas solat, kami berjalan ke Bugis MRT Station, kat sane kami lalu kat kawasan Bugis Street yang ada jual banyak souvenir murah-murah.

Bercuti di Singapore - BUGIS STREET, SINGAPORE

 On the way to Bugis MRT Station

Tak sure tempat apa nih, macam pasar malam. 

 Pasar malam ke pasar petang?

 Worshiper

 Apek Berangan yang jual buah berangan, macam marah je kat aku bila amik gambar dia. Aku tak beli pun, sebab kat penang berlambak, makan sampai tak larat nak kentut.

 Aku tak tahu kuih apa nih... Kalau kat sebelah tu korang boleh tengok "Without Choosing" harga  beza buah dengan kalau kita pilih yang elok atau main kaut je.

 Buah, ntah kenape aku teringat kat tempat jual buah kat Lorong Kulit, Penang. Meriah kot.

 Amran, abang becha... Sini tak ramai Amran, Ah Chong ramai la...

 Souvenir pun ada, tapi tak menarik.

 Beca di Singapore.

Bercuti di Singapore - BUGIS STREET, SINGAPORE

Bila masuk je Bugis Street, nampak kedai nih. Wahhhhh Jusssss!

 Ada macam-macam jenis jus, Jus Nenas, Jus Oren, Jus Avokado. Kalau nak beli beli yang "rare" kalau setakat Laichi tu diorang blend buah yang dalam tin je. One of the best "Kiwi Juice" 

 T-Shirt pun ada. Kalau nak beli Tshirt kat sini, pastikan korang tengok betul-betul yang dalam plastik, kat plastik tulis je saiz M, takut-takut bila bukak jadi saiz XL. 

 Bugis MRT Station, next destination ke Changi Airport. Memandangkan kami naik bas je ke Singapore, teringin la jugak nak tengok "The Best Airport" in the world.

Bercuti di Singapore - CHANGI INTERNATIONAL AIRPORT, SINGAPORE

 Tak de ape yang menarik perhatian aku pun, just nak feeling-feeling macam turun dari Changi je. Tapi yang menarik perhatian aku, board "Depature" tu, seriously memukau aku...

6 of us, percutian ala Bajet ke Singapore.

Ok, lepas puas berlegar-legar di Changi kami pun bergerak ke Raffles Place. Nak jalan-jalan kat Singapore ni tak susah, pengangkutan sangat efisyen, paling best MRT sebab kebanyakkan tempat menarik di Singapore dihubungkan dengan MRT.

Bercuti di Singapore - MERLION, SINGAPORE

   Orang kata tak lengkap kalau ke SINGAPORE kalau tak ke Merlion. Nak jugak bergambar dengan binatang kacukan Mermaid + Lion = Merlion, kalau tak orang perkunun.

 Mercu tanda yang dicemari, rehat atau kecewa dibuang kerje? Kawasan ni terletak di Battery Road, bangunan kat sini macam kat New York gitu, macam la aku pernah pergi sane. Tapi feel tu ada la sebab tengok dalam TV.

Ooo, duk mesej awek kot...

Anak Merlion yang dianak tirikan, tak de sape pun nak amik gambar dengan dia T_T 

 Mak Merlion

 Kat sini memang ramai orang, ramai yang nak bergambar dengan Merlion nih.

Tengah-tengah panas ni rasa macam nak telan je air tuh. 

 Marina Bay dan Art Science Museum.

Baju Beijing di Singapore! 

Masa nak balik semula ke Raffles Place MRT Station, kami ikut jalan lain (belakang Hotel Fullerton), kawasan ni pun menarik jugak nak bergambar.

 Budak-budak bogel mandi Sungai, mungkin ni suasana ketika dulu.



 Patung pedangan Melayu & Cina

Singapura sebagai satu pelabuhan pedagang, tu la kot sejarah nye.

   Lepas tu kami ke Raffle Place MRT Station untuk ke Bugis MRT Station, jalan-jalan dan nak Solat Asar, perut waktu ni dah terasa lapar, pagi tadi makan Roti dengan Cloud 9 je, mampu kah kami bertahan dengan hanya makan bekal-bekal dari Malaysia? Nantikan.

 Masjid Sultan 

 Ruangan Solat Masjid Sultan


Lepas je solat terus masing-masing cakap lapar nak makan, so pilihan kami Zam-zam, katanya Briani kat sini sedap.

 Restoran Zam Zam bertentang dengan Masjid Sultan


 Harga makanan


Nasi Briani, sedap tapi Murtabak biase je. Kat Johor lebih sedap.

 Tea Cino gelas minuman dia agak besar. 

 Suji

Ni kot taukeh Zam zam

Bercuti di Singapore - SHOPPING DI BUGIS STREET, SINGAPORE

Bugis Street 

Fridge Magnet, ada banyak kedai yang jual Fridge Magnet kat sini, tapi harga dia ada yang murah, ada yang mahal, kalau rajin pusing-pusing dulu cari best price.

Macam mana pun kedai jual Jus ni jugak yang aku pergi, aku rasa banyak duit aku habis kat sini.

Bercuti di Singapore - HARI KEDUA DI  SINGAPORE

Tak banyak tempat yang kami pergi, cuma dah sampai Johor tu, pergi-pergi la jenguk Singapore. Duit pun dah kering masa kat Beijing, ni cukup sekadar jalan-jalan tengok negara orang.

 Masjid Darul Aman

 Vespa

 Bangunan Warisan di Singapore

 Kedai Perabot Rotan

 Gelandangan 

 Street Art di laluan bawah tanah.

Haji Misai Kontot

Esplanade

 Bergambar kat Esplanade

 Aku beli postcard kat laluan keluar belakang Masjid Sultan, pos postcard dari tempat arwah bapak aku dilahirkan, sangat bermakna buat aku, tahun ni dah 17 tahun dah arwah abah pergi.

Lepas tu kami terus ke Kranji untuk pulangkan Singapore Tourist Card, pergi pulak time petang, memang jem gila, MRT pun jalan macam semut. Elok dah sampai kat sane, kaunter nak claim deposit tu pulak tutup. Pergi tanya akak yang jaga kat kaunter, katanya kami kena patah balik ke Woodland. Aduih. Nasib baik kakak tu baik, tolong claim, pakai duit dia dulu.

Ni la akak yang tolong kami kat Kranji, kalau tak jenuh nak patah balik ke Woodland

Suasana waktu tunggu bas nak ke Johor, memang jemmmmmm, penuh dengan manusia. Alhamdulillah tamat lah Trip ke Singapore, puas hati dapat jugak ke sini, dapat jugak tengok hospital tempat arwah abah aku dilahirkan. Belanja? Tak banyak aku belanja $95 saja, termasuk makan minum (beli jus buah paling banyak), penginapan dan souvenir. Next trip ke mana pulak? Perlis la kot, nalik kampung, cuti raya... Hehe...

Cuti Cara Kami - Trip to Singapore



Muhammad Saffuan Bin Jaffar
8 Ramadhan, Masuk Fasa kedua dah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...