5 Mei 2012 yang lalu bertempat di Kawasan Rehat R&R Bagan, Komuniti ASTRA Pulau Pinang menganjurkan Majlis Tahlil dan Sambutan Hari Keluarga ASTRA. Lokasi yang dipilih sememangnya menarik, pengunjung yang datang awal boleh menyaksikan kesibukan Selat Melaka dan pada ketika itu Matahari terbenam, sungguh indah!
Suasana ketika matahari terbenam
Selepas solat Maghrib berjemaah, Majlis tahlil berlansung kemudian tetamu kehormat mula sampai iaitu 9W2DBT selaku Presiden ASTRA. Beberapa pengumuman dibuat iaitu Perlembagaan ASTRA yang terbaru, telah diluluskan, begitu juga dengan Koperasi ASTRA sudah pun diluluskan. Selain itu majlis pada malam itu menjadi saksi M.O.U antara ASTRA dan Universiti tempatan (maaf tak maklum) untuk menaiktaraf sistem repeater dengan kajian-kajian pihak universiti.
Majlis bacaan tahlil
Majlis menandatangani M.O.U. Dari kiri 9W2SHS 9W2DBT, 9W2FZE dan Penyelidik dari Universiti Tempatan
Perlembagaan baharu ASTRA
Tapai Daun Getah, kala tak silap sumbangan 9W2DGW
Malam tu dihidangkan dengan juadah istimewa Nasi Tomato dengan bermacam-macam lauk, selain tu ada ikan bakar, dan pelbagai hidangan BBQ. Saya dan rakan, SWL Ashraf balik awal sikit, sebab kawan saya tinggal di asrama, kena balik pukul 11.00 malam. Lepas tu saya join pulak TTS dengan group LC135 Cypton LC Penang Crew, bincang konvoi nak ke Borneo.
No.25 menang cabutan bertuah
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tolong letak nama, ok??