Khamis, 3 Mei 2012

Konvoi ASTRA Bersamamu

   Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana hari ini saya diberikan kekuatan untuk menyertai Konvoi ASTRA Bersamamu. Pada hari ini jugak ada konvoi dengan kumpulan LC 135 ke Ipoh, memandangkan semalam sibuk dengan tugasan sehingga ke lewat malam, terpaksa batal untuk ke Ipoh dan berpeluang bersama rakan-rakan ham menziarahi rakan-rakan ham yang lama tidak kedengaran audio mereka.

   Saya ke base 9W2BZI kira-kira jam 8.30 pagi, hujan lebat ketika itu, bukak radio monitor di V34 kedengaran audio rakan-rakan ham dari tanah besar juga dalam perjalanan ke rumah 9W2BZI. Kira-kira jam 9.00 pagi saya sampai serentak dengan rakan-rakan ham dari seberang.

 Bersarapan di base 9W2BZI

Nasi Lemak Special

Taklimat ringkas oleh 9W2SPG

Konvoi dimulakan dengan bacaan doa, mudah-mudahan semua berjalan lancar

Tiba di rumah Pak Eshee 9M2FK

Sayu hati melihat keadaan Pak Eshee, 9W2DBC sedang mengurut tangan 9M2FK

Sumbangan diberikan kepada Pak Eshee

Kami dipelawa oleh XYL 9M2FK untuk melihat kelengkapan radio 9M2FK

Kunci Kod Morse

Konvoi kemudiannya ke rumah Cikgu Akhir 9W2MQ

Selepas melawat 9W2MQ konvoi bergerak menuju ke base 9W2MNP di Kulim, ada tahlil ringkas dan jamuan.

Antenna rumah sapa nih?

Slim Jim di rumah seorang rakan ham di Kulim

9W2BZI & 9W2ICI

Berehat sebentar di base 9W2DBC sebelum bergerak ke Pulau Pinang

Walaupun letih tetapi seronok dapat ikut rakan-rakan.




Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...