Ahad, 20 Mei 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus Merubah Landskap Padang Kota

    19 Mei 2012 bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang yang sering menjadi tumpuan anak-anak muda, kaki-kaki pancing, warga emas dan juga mereka yang bersama seisi keluarga bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut. Namun semalam, Padang Kota Lama telah melakarkan sejarahnya tersendiri apabila julung kali diadakan Solat Jemaah di situ. Selain itu Wacana Santai Bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamikaze dan Bob Lokman telah berjaya menghimpunkan beribu-ribu warga Pulau Pinang dan juga sekitarnya. Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, penganjur tidak akan teragak-agak untuk meneruskan usaha murni ini yang bertujuan menarik anak muda untuk lebih mendekati Islam dengan hiburan yang Halal.

 Suasana Ketika Wacana Santai Berlansung

   Bob Lokman tampil di Padang Kota kali ini dengan pengisian yang amat bermakna, tidak seperti mana sebelumnya, beliau ke Padang Kota dengan Jiwa Kosong. Beliau menghiburkan pengunjung dengan lagu "Keroncong Untuk Allah" menurut beliau M.Nasir memberi kebenaran kepada beliau untuk mengambil melodi lagi tersebut dan dipadankan dengan lirik gubahanya. Sham turut memainkan dua buah lagu dan yang selalu dimainkan ialah "Tangisan Keinsafan". Ali XPDC tidak ketinggalan menyajikan lagu "Semangat Yang Hilang" dan guitarist dari John spring. Ustaz Azhar turut mempamerkan kebolehan beliau bermain Guitar " Ragae, ragae... Ni Penang..." Lantas beliau meminta guitar daripada John untuk dimainkan, beliau turut berduet bersama Ali XPDC. Wah ustaz berbakat! Katanya "Muzik itu tidak haram, yang boleh jadi haram, liriknya"

Duet UAI & Abang Ali XPDC


Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Rabu, 16 Mei 2012

Majlis Tahlil & Hari Keluarga Astra 2012


   5 Mei 2012 yang lalu bertempat di Kawasan Rehat R&R Bagan, Komuniti ASTRA Pulau Pinang menganjurkan Majlis Tahlil dan Sambutan Hari Keluarga ASTRA. Lokasi yang dipilih sememangnya menarik, pengunjung yang datang awal boleh menyaksikan kesibukan Selat Melaka dan pada ketika itu Matahari terbenam, sungguh indah!

 Suasana ketika matahari terbenam


     Selepas solat Maghrib berjemaah, Majlis tahlil berlansung kemudian tetamu kehormat mula sampai iaitu 9W2DBT selaku Presiden ASTRA. Beberapa pengumuman dibuat iaitu Perlembagaan ASTRA yang terbaru, telah diluluskan, begitu juga dengan Koperasi ASTRA sudah pun diluluskan. Selain itu majlis pada malam itu menjadi saksi M.O.U antara ASTRA dan Universiti tempatan (maaf tak maklum) untuk menaiktaraf sistem repeater dengan kajian-kajian pihak universiti.


Majlis bacaan tahlil


    Majlis menandatangani M.O.U. Dari kiri 9W2SHS 9W2DBT, 9W2FZE dan Penyelidik dari Universiti Tempatan

Perlembagaan baharu ASTRA

Tapai Daun Getah, kala tak silap sumbangan 9W2DGW

Malam tu dihidangkan dengan juadah istimewa Nasi Tomato dengan bermacam-macam lauk, selain tu ada ikan bakar, dan pelbagai hidangan BBQ. Saya dan rakan, SWL Ashraf balik awal sikit, sebab kawan saya tinggal di asrama, kena balik pukul 11.00 malam. Lepas tu saya join pulak TTS dengan group LC135 Cypton LC Penang Crew, bincang konvoi nak ke Borneo. 

No.25 menang cabutan bertuah


Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Khamis, 3 Mei 2012

Konvoi ASTRA Bersamamu

   Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana hari ini saya diberikan kekuatan untuk menyertai Konvoi ASTRA Bersamamu. Pada hari ini jugak ada konvoi dengan kumpulan LC 135 ke Ipoh, memandangkan semalam sibuk dengan tugasan sehingga ke lewat malam, terpaksa batal untuk ke Ipoh dan berpeluang bersama rakan-rakan ham menziarahi rakan-rakan ham yang lama tidak kedengaran audio mereka.

   Saya ke base 9W2BZI kira-kira jam 8.30 pagi, hujan lebat ketika itu, bukak radio monitor di V34 kedengaran audio rakan-rakan ham dari tanah besar juga dalam perjalanan ke rumah 9W2BZI. Kira-kira jam 9.00 pagi saya sampai serentak dengan rakan-rakan ham dari seberang.

 Bersarapan di base 9W2BZI

Nasi Lemak Special

Taklimat ringkas oleh 9W2SPG

Konvoi dimulakan dengan bacaan doa, mudah-mudahan semua berjalan lancar

Tiba di rumah Pak Eshee 9M2FK

Sayu hati melihat keadaan Pak Eshee, 9W2DBC sedang mengurut tangan 9M2FK

Sumbangan diberikan kepada Pak Eshee

Kami dipelawa oleh XYL 9M2FK untuk melihat kelengkapan radio 9M2FK

Kunci Kod Morse

Konvoi kemudiannya ke rumah Cikgu Akhir 9W2MQ

Selepas melawat 9W2MQ konvoi bergerak menuju ke base 9W2MNP di Kulim, ada tahlil ringkas dan jamuan.

Antenna rumah sapa nih?

Slim Jim di rumah seorang rakan ham di Kulim

9W2BZI & 9W2ICI

Berehat sebentar di base 9W2DBC sebelum bergerak ke Pulau Pinang

Walaupun letih tetapi seronok dapat ikut rakan-rakan.




Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...