Ahad, 31 Julai 2011

Warna-warni Ramadhan di Seluruh Dunia

Umat Islam di seluruh dunia pada hari ini menyambut kedatangan Ramadhan yang datang dengan penuh keberkatan. 

MALAYSIA

PAKISTAN

PALESTINE

CHINA

GERMAN

SYRIA

SRI LANKA

ARAB SAUDI

INDONESIA

THAILAND

TURKI

UNITED KINGDOM

BRUNEI DARUSSALAM

AMERIKA

PERSEKUTUAN RUSIA

MESIR

BOSNIA

Salam Ramadhan daripada saya, moga Ramadhan ini adalah yang terbaik.


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Bisnes Yang Aku Pernah Buat Dulu

Assalamualaikum & Apa Dia? Bukan apa khabar?

Pada pagi-pagi hari ni, tiba-tiba teringat nak kongsi cerita pasai bisnes. Tak tau la, tiba-tiba teringat nak kongsi dengan kawan-kawan sidang pembaca sekalian. Jom tengok.

Aiskrim paling senang dan modal pun kecik. Aku jual masa sekolah rendah dulu

Alat Bakar duit atau mercun. Bukan aku import tau! Jual kecik-kecik ja.

Telur ayam pun aku jual, bukan telur ayam biasa, tapi telur ayam katik. Harga orang tawarkan sangat tinggi, tambahan ayam katik aku tiap-tiap hari bertelur, stok sentiasa ada.

Serai pun untung banyak. Cuma mula-mula kena rajin siram, bila dah matang, tak payah susah nak siram atau letak baja. Mempelam telur pun ada aku jual, orang beli buat jeruk.

Yang ni pun best, laku macam pisang panas. Waktu aku duk di asrama aku jual benda ni, kalau time prep rasa nak mengantuk, orang selalu beli benda manis. Hasil untung ni aku buat cermin mata baru, banyak untung maaa.....

Produk HPA, pun aku pernah jual tapi market slow, kurang pembeli. Tapi aku masih beli ubat gigi dia sampai sekarang.

Aku rasa seronok berniaga, rasa puas dengan apa yang kita dapat. Walaupun untung tak sebesar mana, tapi kita peroleh rezeki daripada Allah s.w.t atas usaha kita sendiri, tetapi pastikan yang halal. Jangan JUAL MERCUN, membazir! :) Akhir kata diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak. Saya mohon ampun dan maaf kepada rakan sekalian, moga Allah terima amalan kita sepanjang kita hidup di dunia pinjaman ini.


Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Sabtu, 30 Julai 2011

Aku Kena Saman

Kenapa Polis saman orang?
Sebabnya parking di tempat bukan khas untuk parking

Kenapa orang tak parking di tempat khas parking?
Sebab parking penuh!

Kenapa parking penuh?
Sebab tempat parking tak cukup

Kenapa tempat parking tak cukup?
Sebab pemaju tak buat banyak tempat parking
Sebab banyak parking reserved

Di mana aku nak parking kalau dah tak ada tempat parking?
Di tempat yang tak boleh parking la...

Di mana?
Di tepi jalan line putih...

Tak kena saman?
Kena la....

Sebab apa pulak?
Sebab salah parking di situ....



Apa jenis kesalahan?
Melakukan Galangan tidak berpatutan di atas jalan raya
-Seksyen 16(1) Kaedah-kaedah  Pengangkutan Jalan L.N 166/59


Galangan tu apa?
Sekejap nak cari dalam kamus Bahasa Melayu.......
Sudah jumpa. galangan I tempat membaiki perahu atau kapal di darat. 2 sesuatu yang menghalang; halangan
yang mana satu? Tempat baiki perahu atau buat halangan? hahaha...

Pak Cik Niccolò di Bernardo dei Machiavelli penulis buku The Prince hanya mampu tersenyum. Sama macam aku bila dapat saman 
:) :) :) 




Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Ramadhan tiba lagi

Ramadhan tiba lagi
Sya'ban mengundur diri
bulan yang paling disukai
Para rasul dan nabi-nabi

Ramadhan tiba lagi
laitul qadar dicari-cari
mencari keberkatan ilahi
buat bekal kemudian hari

Ramadhan tiba lagi
kau pasti akan pergi
pasti akan ternanti-nanti
bila kau akan kembali




 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Khamis, 28 Julai 2011

Luka Derita

Resah dan gelisah,
gelora di hati kian parah,
nampak tidak berdarah,
tapi ia mengundang padah.

Penghujung Sya'ban 2011




uhammad Saffuan Bin Jaffar

Malam dibalut suram

Malam dibalut suram,
sepi mula berbisik,
teringat kenangan lalu mengusik,
jiwa tak lagi tenteram,

Hati menjerit,
melahirkan rasa perit,
melepaskan diri tersepit,
agar aku terus bangkit,

Malam aku sentiasa sunyi,
keseorangan aku bersendiri,
terkenangkan kembali,
kisah duka aku sendiri.



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Sabtu, 23 Julai 2011

Sup Mamak

 Jumpa lagi, lama tak update blog, dah kering idea nak tulis apa. Malam ni aku terpandang gambar, lepas tu ternampak gambar sup mamak yang menyelerakan. Apa yang istimewanya sup mamak ni? Jawapan pertama yang aku boleh bagi ialah, kepekatan kuah, pekat likat dan memikat.

   Kalau sup yang dijual di kedai masakan Melayu, kebiasaanya cair dan sup tu kita makan dengan nasi. Kalau sup mamak, makan dengan Roti Benggali. Ada banyak jenis sup, sup daging, burung puyuh, lidah dan perut. Gambar kat atas ni aku makan di Pelita Nasi Kandardi Bayan Baru.

  Apa pun aku memang rekemen sup ni, sebab dia ada keunikannya tersendiri, selamat mencuba!

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Isnin, 18 Julai 2011

Kenapa Negara Saya (Malaysia) Cantik?

Kenapa Negara Saya (Malaysia) Cantik?



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Kezaliman Akan Tenggelam

Akan tiba suatu masa, 
Keadilan akan muncul,
Kezaliman akan tenggelam,
menanti dengan penuh harapan,
Biarpun kelam membalut
namun tidak pernah kesunyian,
bertemankan bulan dan bintang,
malam tak selamanya kelam,
esok mentari pasti menjelma,
membawa sinar harapan baru.



Ayuh kita warga negara yang tercinta
labuhkan layar perjuangan mu
Lautan penuh gelora menanti mu
Andai kita karam jangan kau mengalah
Kita mati sebagai wira
Kerana keadilan yang kita bawa
Kerana perjuangan murni yang kita pikul
Bukan senjata yang kita angkat
Tetapi kita menjunjung martabat
Martabat perjuangan penuh keramat
Akan kita kumpulkan segala azimat
Di dada pejuang akan disemat


Harapan jauh ke hadapan
kita semakin melangkah 
meredah onar si peludah
membuat caci dan fitnah
semakin jauh melangkah
 luka berdarah semakin parah
kerana harapan ingin rebah 
di hujung jalan perjuangan
Tidak pernah ada kesenangan
 dalam erti perjuangan 








 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Kenang Kembali Penjuangan Robohkan Kota Konstantine

Khamis, 14 Julai 2011

Malam

Malam hadirnya
membawa kelam
Datangnya tidak
membawa suram
terbit bulan
keseorangan
menambah rasa
ketenangan




 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...