Selasa, 18 Januari 2011

Bosan

Aku sepi
mengenangkan kisah lalu
di meja tulis
menyingkap kenangan

Di luar bulan purnama mengambang
malam makin sepi
aku sendirian
masih di meja tulis
di alam kenangan

Ditemani lampu meja
dan sebuah buku
aku cuba mengimbas
kenangan lalu
mencari kekuatan

Biarpun tak dapat aku menahan
Langkah harus aku teruskan
Bulan tak sentiasa penuh
Malam tak selalunya sunyi

Resah hati ini
memikirkan masa depan
yang belum pasti terjadi
kata akal yang waras
teruslah berjalan
tanpa melihat kebelakang
bersedia untuk ke terus ke hadapan
kerana esok munculnya suria







 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

1 ulasan:

  1. penghayatan yang menarik,
    penggunaan nada melankolik jelas disitu!..
    apa lagi,kongsi puisi ini kepada Pengajian Melayu untuk dimasukkan ke dalam majalah tinta bahasa IPG Penang.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...