Puisi ini aku zahirkan
Seperti kuntum-kuntum
Yang akan terbit menjadi bunga
Menghiasi Aya Sofia
Menghiasi taman-taman Masjid Biru
Aku rindu wahai sahabat
Secebis pertemuan lalu
Dari seurat benang halus
Menjadi sehampar kain indah
Penuh corak pelbagai warna
Aku rindu wahai sahabat
Senyuman manis kalian yang ikhlas
Membirukan warna Bosphorus
Meracuni teh hitam yang kelat
Menambah rasa kemanisan baklava
Aku rindu wahai sahabat
Kita ditambat dengan ukhwah
Sehinggakan kekuatan persaudaraan ini
Lebih kukuh dari benteng Konstantinopel
Aku rindu wahai sahabat
Andai matahari pergi meninggalkan siang
Adakah engkau akan muncul sebagai bulan?
Entah bila kita akan bertemu?
Di kota kegemilangan
Al-Ilham
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Pagi Sabtu Air Perlahan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamwahai saudagar dinar dan dirham..
BalasPadamrupa2nya hg ni pndai berpuisi...hehe...
jd mai melawat http://cetusanuraniku.blogspot.com =)