Melalui jalanan sejarah
Aku dipersinggahan
menghirup segelas air pahit
kerana tiada manisnya gula
Sebuah perjalan yang jauh
Meniti setiap masa
menjenguk jendela-jendela lama
Pintu-pintunya ditutup rapat
Penduduk kota lama
Yang takutkan kegelapan
tetapi mereka itulah
yang rindukan kerdipan bintang
Ayuh penduduk kota
di jalanan sejarah
keluarlah kalian, keluarlah kalian
Nyalakan obor membara
Kita susuri jalan ini bersama
Ingat suatu ketika dahulu
Kita yang memakmurkan dunia
Kita yang menghancurkan kota-kota kemegahan
Di atas runtuhan itu kita bina kota ketaqwaan
Ayuh penduduk kota
di jalanan sejarah
bukakan pintu dan jendela
biarkan cahaya menerangi
segenap kegelapan penipuan
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Ahad, 30 Januari 2011
Khamis, 20 Januari 2011
Aku Rindu Wahai Sahabat
Puisi ini aku zahirkan
Seperti kuntum-kuntum
Yang akan terbit menjadi bunga
Menghiasi Aya Sofia
Menghiasi taman-taman Masjid Biru
Aku rindu wahai sahabat
Secebis pertemuan lalu
Dari seurat benang halus
Menjadi sehampar kain indah
Penuh corak pelbagai warna
Aku rindu wahai sahabat
Senyuman manis kalian yang ikhlas
Membirukan warna Bosphorus
Meracuni teh hitam yang kelat
Menambah rasa kemanisan baklava
Aku rindu wahai sahabat
Kita ditambat dengan ukhwah
Sehinggakan kekuatan persaudaraan ini
Lebih kukuh dari benteng Konstantinopel
Aku rindu wahai sahabat
Andai matahari pergi meninggalkan siang
Adakah engkau akan muncul sebagai bulan?
Entah bila kita akan bertemu?
Di kota kegemilangan
Al-Ilham
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Pagi Sabtu Air Perlahan
Selasa, 18 Januari 2011
Bosan
Aku sepi
mengenangkan kisah lalu
di meja tulis
menyingkap kenangan
Di luar bulan purnama mengambang
malam makin sepi
aku sendirian
masih di meja tulis
di alam kenangan
Ditemani lampu meja
dan sebuah buku
aku cuba mengimbas
kenangan lalu
mencari kekuatan
Biarpun tak dapat aku menahan
Langkah harus aku teruskan
Bulan tak sentiasa penuh
Malam tak selalunya sunyi
Resah hati ini
memikirkan masa depan
yang belum pasti terjadi
kata akal yang waras
teruslah berjalan
tanpa melihat kebelakang
bersedia untuk ke terus ke hadapan
kerana esok munculnya suria
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
mengenangkan kisah lalu
di meja tulis
menyingkap kenangan
Di luar bulan purnama mengambang
malam makin sepi
aku sendirian
masih di meja tulis
di alam kenangan
Ditemani lampu meja
dan sebuah buku
aku cuba mengimbas
kenangan lalu
mencari kekuatan
Biarpun tak dapat aku menahan
Langkah harus aku teruskan
Bulan tak sentiasa penuh
Malam tak selalunya sunyi
Resah hati ini
memikirkan masa depan
yang belum pasti terjadi
kata akal yang waras
teruslah berjalan
tanpa melihat kebelakang
bersedia untuk ke terus ke hadapan
kerana esok munculnya suria
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Ahad, 16 Januari 2011
Aku letih
Angau yang tak berkesudahan
Kadang kala menjadi racun
Usah aku mimpi lagi
Lalu aku tersedar
Entah berapa lama lamunan
Tak mungkin berkesudahan
Ingatlah wahai diri
Hanya ini jalanmu
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Isnin, 10 Januari 2011
Sakit
Sakit...
Apakah engkau membawa duka?
Kedatangan engkau meresahkan aku
Ingat sesekali rasanya derita
Tak mungkin bahagia
Kesakitan membalut kemelut diri
Entah bila akan hilang?
Pergi pergi pergi
Aku hanya mampu bertahan
Lalu aku teringat
Allah sahaja yang menyembuhkan
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Khamis, 6 Januari 2011
Fatamorgana Persahabatan
Keikhlasan dalam persahabatan seperti air, namun, andai tiada keikhlasan ia seperti fatamorgana, igauan musafir haus.
Dalam terik panas,
fatamorgana persahabatan,
menjadi igauan ngeri
musafir yang kehausan.
Musafir terus melangkah-,
tercari-cari di mana
lembah ukhwah yang subur,
untuk menghirup nikmat keikhlasan,
dari setitis erti persahabatan.
Lalu ditemukan
lembah ukhwah yang subur.
Dihirupnya air sepuas-puasnya
Sehingga hilang dahaga kerinduan
Musafir lalu pergi-,
melangkah jauh-,
namun, tidak dilupakan,
kedinginan air pengubat dahaga.
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Sungai Nibong
Rabu, 5 Januari 2011
Ali Baba
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Petang ni tengah duk melayari internet tiba-tiba terdengar bunyi "ting ting ting" yea... mamak roti mai, apa yang dibeli Roti Benggali skaya pelanta dan.... Dah lama aku tak beli benda ni, Ali Baba... Teringat zaman budak-budak dulu, suka beli Ali Baba, lepas tu hadiah kat dalam lain-lain, ikut nasib. Kalau dapat hadiah tak best, beli lagi, kalau dapat hadiah best, seronok rasa ...
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Petang ni tengah duk melayari internet tiba-tiba terdengar bunyi "ting ting ting" yea... mamak roti mai, apa yang dibeli Roti Benggali skaya pelanta dan.... Dah lama aku tak beli benda ni, Ali Baba... Teringat zaman budak-budak dulu, suka beli Ali Baba, lepas tu hadiah kat dalam lain-lain, ikut nasib. Kalau dapat hadiah tak best, beli lagi, kalau dapat hadiah best, seronok rasa ...
Ali baba sekarang ni dah 30 sen dulu 20 sen ja...
" Wei... aku dapat yang sempoi, aku dapat helikopterrr."
Macam mana la aku boleh teringat kat Ali Baba, ok lah jom tengok apa yang aku dapat....
Dulu dia balut dengan plastik, sekarang ni dengan Surat Khabar Cina ja... barang mahal la kot...
Yang aku dapat
"Benda Hijau" dengan "Tikus melekat bewarna ungu" adeyhhh...
Matlamat sebenar beli Ali baba nak dapat hadiah je... bukan nak makan pun "Benda Hijau" tu, tapi ada jugak budak-budak yang makan. Entah Halal atau tak, benda ni dah jual dekat berpuluh tahun la, sejak aku kecik pun ada lagi menatang ni... Pendek kata aku masih lagi menunggu "Akta Halal" untuk dikuatkuasakan, so kita tak leh nak bangga sebagai Negara Hub Makanan Halal SEDANGKAN kita TAK ADA PUN AKTA HALAL... Talk Only No Action, terima kasih sudi baca...
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Selasa, 4 Januari 2011
Letih Dengan Hidup
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Hari ni aku sangat letih la. Rutin aku bermula seawal jam 5 pagi, Mandi Solat lepas tu drive pergi ke Market Taman Tun Sardon nak sarapan pagi. Aku makan nasi lemak dengan nasik lemuni sekali dengan teh tarik, lepas tu drive pulak ke IPG. Di sana medan perjuangan aku yang baru. Memang tak ada pilihan lagi di situ tempat untuk aku menyambung cita - cita
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Hari ni aku sangat letih la. Rutin aku bermula seawal jam 5 pagi, Mandi Solat lepas tu drive pergi ke Market Taman Tun Sardon nak sarapan pagi. Aku makan nasi lemak dengan nasik lemuni sekali dengan teh tarik, lepas tu drive pulak ke IPG. Di sana medan perjuangan aku yang baru. Memang tak ada pilihan lagi di situ tempat untuk aku menyambung cita - cita
Waktu nak parking kereta, di tempat yang agak tinggi nampak laut (menghadap ke Timur) waktu tu matahari datang nak menyiarkan hidup aku. Bila aku nampak laut aku teringat kata-kata Tariq bin Ziyad, penakhluk Andalusia
" Di belakang Laut, dihadapan Musuh, kita tak dapat melarikan diri, Menang atau syahid"
tolong install dalam kepala
Kata-kata ini sama dengan situasi aku sekarang, tapi aku tak berhadapan dengan musuh, apa yang aku berhadapan sekarang adalah medan pertempuran bagi aku setelah tewas di medan perjuangan yang dulu. Hmmm... sebelum Tariq cakap macam tu, dalam peperangan untuk menakluk Andalusia dia mengalami kekalahan di awal pertempuran. Tariq mencari idea untuk menang menentang musuh yang berkali ganda ramainya. Lalu diilhamkan Allah s.w.t untuk Tariq memerintahkan supaya kapal yang mereka naiki untuk ke Andalusia di bakar.
Apa la tujuan dia ni? Sampai Raja Roderiga menyindir tindakan beliau. Tujuan dia bakar kapal tu adalah untuk menaikkan semangat jihad dalam kalangan tentera Islam. Bila kapal dibakar mereka tak ada kenderaan untuk pulang ke tanah air, dalam keadaan terdesak iaitu " Mati lemas atau Mati syahid" lebih baik mati syahidkan? Mereka tanamkan azam untuk menang dalam peperangan ini. Kapal dah dibakar, nak tak nak kena menang la kan?
Dalam situasi aku sekarang aku, tiada pilihan lagi ditetapkan Allah s.w.t disini tempat terbaik untuk aku belajar. Melalui pengalaman aku, lepas SPM result aku teruk sampai nak masuk U pun tak layak, tup tup ada surat tawaran matrikulasi yang aku tak pernah mimpi nak sambung belajar di sana. Tetapi aku redha, aku tahu matrik susah, akhirnya aku gagal semester 1 di matrik, lama-kelamaan aku seperti tentera Tariq, aku pulun sungguh sampai cita-cita aku nak belajar di UK berjaya.
Namun aku tewas, belum sempat ke destinasi aku karam di tengah lautan lalu berpaut pada kayu "yang mati" dihanyutkan ke sebuah "pulau". Tiada rotan akar pun berguna dalam situasi karam di tengah lautan kita mesti berharap untuk dihanyutkan ke sebuah pulau kan? Dan kita tak kisah, janji selamat. Tak la pulak time karam tu boleh buat wish, aku nak karam kat Pulau Langkawi senang sikit, hahaha...
Semuanya diaturkan oleh Allah s.w.t berdasarkan usaha kita, dan apa yang diaturkanNya baik untuk kita yakin lah yakin lah wahai diri ini, yakin lah wahai diri ini, yakin lah wahai diri ini, janji Allah itu benar, kita gagal dalam hidup bukan bermakna gagal seumur hidup. Kalau betul Allah zalim, dah tentu aku kena bayar denda berjuta-juta ringgit. Ya Allah sayangNya Kau kat aku. Tolonglah aku mohon sangat-sangat memang aku niat untuk belajar, permudahkanlah urusan aku hidup dan mati. Kalau aku lemah ingatkan aku dengan pejuang-pejuang yang berada di jalan Mu, aku sangat kagum dengan mereka.
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Langgan:
Catatan (Atom)