Jumaat, 12 November 2010

Selamat Tinggal Polaris

 Di sini aku dapat melihat sinaranmu
Di khatulistiwa aku hanya melihat lambaianmu
Di sini kita bersua muka dalam kegelapan malam
Betanyakan Biduk aku tahu engkau di mana
Namun langit malam tak selalunya cerah
Mendung dan hujan bukan pemisah
Namun memori semalam memberi kepuasan
Dapat kita bersua muka bertentang mata
Aku bersamamu dalam dingin musim luruh
Memeluk tubuh memanaskan badan
Bila lagi kita akan bertemu?

Pohon yang dahulunya hijau merimbun
Dengan lambaian mesra menggamit diriku
Kini yang tinggal hanyalah ranting-ranting keras
Memaksa aku lekas pergi
Daun yang luruh menghiasi jalanperpisahan
Ribut memukul hati untung lekas pulang
Bisik rindu makin hari, makin jelas
Dalam kesejukkan kabus musim luruh
Aku akan menghilang di tengah-tengah kesibukan kota
Pulang bersua ubat kerinduan
Membuang benci dalam hati
Menebus kembali kegagalan diri
Bila lagi kita akan bertemu?
Selamat Tinggal Polaris



Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Malam ribut-ribut
5 Dzulhijjah 1431Hijrah
12 November 2010
Nottingham

3 ulasan:

  1. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah : 5-6)

    -la yukallifullahu nafsan illa wus a'ha.

    BalasPadam
  2. Subhanallah! Cantik!
    btw, last2 part memang dia berpusing macam tu ke?

    BalasPadam
  3. Ya memang cantik, tengok penciptaanNya... Yang part last sekali, saya nak tunjuk macam mana bintang berpusing mengelilingi bintang polaris, edit saja... Ada banyak lagi yang zubaidah boleh tengok di youtube channel saya...

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...