Isnin, 9 November 2009

Apa Itu Rubu' Mujayyab

Apa Itu Rubu' Mujayyab


Artikel Ini sedang Dikemaskini




Mendengar pada tajuk sudah tentu tertanya-tanya apakah sebenarnya Rubu' Mujayyab. Ramai di antara sememangnya tidak tahu. Seperti saya, saya juga tidak tahu apakah sebenarnya Rubu' Mujayyab? Tahun 2007, sewaktu melawat Pusat Falak Sheikh Tahir, saya ada ternampak "Rubu' Mujayyab" ni, tapi tak tahu apa fungsinya, hmm.... Terdetik untuk saya menulis artikel mengenai Rubu' Mujayyab ni, tak lain tak bukan sebab tadi tengah buat soalan Matematik (Trigonometri). Zuppppp... tiba2 terlintas di kepala "Rubu' Mujayyab".

Saya mula mengenali "Rubu' Mujayyab" ni pada akhir tahun 2007, setelah mengikut Kem Astronomi anjuran Jabatan Mufti Pulau Pinang dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Matlamat Jabatan Mufti Negeri ialah memperkenalkan sebuah alat (Rubu' Mujayyab) kepada masyarakat, target mereka "pelajar sekolah". Ternyata kini alat tersebut makin terpinggir, sedangkan suatu ketika dahulu begitu penting sekali.

Apakah kepentingan atau fungsi alat tersebut? Sewaktu saya mengikuti kem dahulu, kami didedahkan dengan sejarah penciptaan alat tersebut. Rubu' Mujayyab lahir daripada inovasi glob astronomi. 


Daripada glob menjadi Rubu' Mujayyab atau dikenali sebagai Sukuan Sinus, memang hebat. Fungsi
alat ini amat menakjubkan. Di antara fungsi alat ini ialah sebagai Kalkulator Saintifik!!!
saya ringkaskan Rubu' Mujayyab kepada RM (bukan ringgit Malaysia tau...)

RM adalah sukuan (1/4) dari satu bulatan. Di bahagikan kepada paksi x dan paksi y. Setiap paksi mempunyai panjang sebanyak 60 unit. Contonhnya kalau nak kira nilai sin(x), gunakan rumus
sin(x) = nilai paksi y / nilai paksi x. Sebenarnya alat ini memang canggih dari kalkulator dan nilai perpuluhannya tak jauh berbeza dengan nilai kalkulator. Selain itu alat ini digunakan untuk mengukur ketinggian bangunan, menentukan waktu solat dan berfungsi sebagai peta langit. Menakjubkan !!!

Rubu' Mujayyab
vs
Kalkulator Saintifik


Yang mana lagi canggih???








1 ulasan:

  1. assalamualaikum

    skrg ini sy di dlm pengkajian tesis mengenai rubu mujayyab..blh saudara membantu sy serba sedikit?saudara ada tahu bahan2 rujukan yg blh dirujuk mengenai rubu mujayyab ini?

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...