Isnin, 2 November 2009

Kisah Kucing

Kisah Kucing



Ada di sebuah tempat tinggal seorang imam, selalu ke masjid menunaikan solat. Azan berkumandang, ramai jemaah yang datang untuk berjemaah. Muazzin beriqmat semua jemaah merapatkan saf. Waktu imam nak angkat takbir, tiba2 ada kucing melintas. Bukan sekali dua kucing tu melintas, tiap2 kali imam tu nak sembahyang kucing tu mesti melintas di hadapan imam. Tension la jugak. Jadi imam tu buat keputusan untuk ikat kucing tu kat tiang masjid setiap kali sebelum sembahyang, jemaah yang lain hanya melihat gelagat tok imam yang akan menambat kucing setiap kali sebelum dia solat.

Tahun demi tahun, usia imam makin bertambah2, ditakdirkan Allah beliau meninggal dunia. Maka dilantiklah imam baru. Nak dijadikan cerita si Imam yang baru pun turut mengikat kucing sebelum dia mengimamkan solat.

Tahun demi tahun berlalu, ditakdirkan Allah s.w.t kucing tu pun mati. Naik pening qariah, sebabnya dah tak ada kucing untuk diikat sebelum solat jemaah. Maka qaryah jawatan kuasa masjid pun bermesyuarat, akhirnya keputusan dibuat. Mereka bersepakat untuk beli kucing yang baru untuk diikat.

Moral of the story janganlah jadi pak turut, banyakkan bertanya apa dan sebabnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...