Khamis, 5 November 2009

Tengok Anak Bulan


Kisah Di Petang Raya

Di suatu petang akhir2 Ramadhan, ramai orang sibuk dengan persiapan nak raya, tiga orang sahabat karib Ali, Abu dan Samad telah pergi ke suatu tempat yang di(rekemenkan) oleh Abu. Tempat tu agak terpencil la jugak, jarang-jarang ada orang pi...


Setelah tiga sahabat menjejakkan kaki ke tempat itu, tiba2 si Ali berkata "Owh... hang nak bawak aku pi tengok laut ka??? Aku tengok macam depa ni tengah tengok kapai ja. Baik x payah mai, aku pi Jeti pun boleh" Jawab Abu " Merepek la hang ni, cuba la tanya depa buat apa kat sini..."


Sebenarnya inilah senario yang berlaku di sebuah tempat yang agak terpencil di Pulau Pinang, iaitu PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR PANTAI ACHEH PULAU PINANG. Aktiviti merukyah Hilal atau dikenali sebagai (tengok anak bulan) dijalankan setiap kali nak posa dengan nak raya (Sebenarnya tiap2 awal bulan Qamariah, rukyah hilal dilakukan) tp yg nak dekat posa dengan raya, tempat ni dibuka kepada orang ramai. Boleh la pi ikut Abu, Ali dan Samad.



Benda kuning ni bukan la teropong yang macam kat Bukit Bendera ataupun di Menara KL, tapi ianya adalah sebuah alat ukur tanah yang digunakan untuk mencari posisi (kedudukan) anak bulan tu... So kertas yang dipegang oleh pegawai ni adalah maklumat mengenai posisi anak bulan pada hari tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, maklumat tersebut telah pun dikira setahun (lebih kurang la) sebelum tibanya hari untuk tengok anak bulan. Sapa2 yang mai sini boleh mintak folio yang ada maklumat posisi anak bulan kat pegawai yang bertugas (kalau la... depa bagi)



Folio tu macam yang dipegang oleh pegawai di atas (dalam gambar). Dibelakang pegawai tu ialah Sohibus Samahah Dato' Mufti Negeri Pulau Pinang. Beliau akan melihat anak bulan, nampak atau tidak...



Abu, Ali dan Samad masih berada di situ, menanti pengunguman yang akan dibuat oleh pegawai bertugas selepas azan maghrib nanti. Sementara tu Dato' Mufti tengah tengok anak bulan, sama ada nampak atau tidak itu bergantung pada keadaan. Kemudian beliau
dan saksi-saksi yang lain akan tandatangan satu dokumen pengesahan...

Kalau anak bulan tidak kelihatan, jadi jumlah hari akan digenapkan kepada 30 hari, tapi.... kalau anak bulan kelihatan, bilangan hari dalam bulan tersebut(Ramadhan) ialah sebanyak 29 hari saja. Sebab tu dalam kalendar Hijrah ada yang 29 ATAU 30 hari, semua tu bergantung kepada nampaknya anak bulan tu...

saksi - saksi yang saya maksudkan tadi ialah Dr Halim (gambar di atas) dari Unit Penyelidikan Falak dan Sains Atmosfera Universiti Sains Malaysia. Beliau sedang menandatangani satu dokumen* (tak dapat dikenal pasti nama sebenar dokumen tersebut)



Selepas azan maghrib, satu pengunguman akan dibuat untuk memberitahu pelawat, seperti Abu, Ali dan Samad mengenai status kenampakan anak bulan (sebab bukan semua orang boleh tengok). Soal mengenai "puasa lagi tak esok?" tidak diberitahu semasa pengunguman dibuat, so balik kena la tengok tv, sebab status sama ada raya atau tidak, diambil kira dari setiap negeri-negeri lain dalam Malaysia, Kalau semua negeri-negeri lain dalam Malaysia nampak, dan Pulau Pinang saja tak nampak, maka esok raya. Dia kira macam majoriti la...



Lepas tu status kenampakan akan diberitahu pada pihak atasan. Dan akhir sekali sampai pada penyimpan mohor besar di raja. Jadi selepas berbuka puasa, ketiga-tiga sahabat ini pulang dengan hati gembira sambil menyanyikan lagu raya...hehehehe...




Pengunguman Raya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...